Saturday, March 31, 2012

NGO Felda serah memo sokong penyenaraian FGVH



PUTRAJAYA 30 Mac – Tujuh NGO Felda hari ini menyampaikan memorandum tanda sokongan kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Memorandum itu disampaikan oleh wakil mereka, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Antara mesej utama memorandum itu ialah generasi baru Felda memberikan sokongan padu terhadap langkah penyenaraian, menolak segala campur tangan serta hasutan daripada pihak luar dan mendesak usaha penyenaraian dapat disegerakan.
Sementara itu Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, penyenaraian akan diteruskan dan dijangka akan dilaksanakan pada Jun depan dan segala persiapan mengenai penyenaraian sedang giat dilaksanakan.
"Walaupun terdapat gangguan yang lebih bermotifkan politik daripada pihak pembangkang dan terlewat sikit daripada jadual asal iaitu Mei, ia akan diteruskan,” katanya.
Ini kerana proses penyenaraian itu juga menurutnya mendapat maklum balas positif sebahagian besar masyarakat Felda demi membela nasib peneroka.

Utusan 31/3/2012: FELDA disenarai Jun


FGVH disenarai Jun ini




AHMAD Maslan (baju Melayu, bersongkok) menerima memorandum daripada wakil tujuh NGO yang menyokong penyenaraian FGVH, Anuar Abdul Manap di Putrajaya, semalam. - Bernama


PUTRAJAYA 30 Mac - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia dijangka dilaksanakan pada bulan Jun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu lewat sebulan daripada tarikh dijadual sebelum ini iaitu Mei berikutan wujud pelbagai masalah dan gangguan termasuk perintah injunksi mahkamah.
''Penyenaraian FGVH akan diteruskan mengikut jadual tetapi terlewat sebulan kerana gangguan tersebut. Sepatutnya bulan Mei tetapi kini Jun.
''Walaupun demikian, segala usaha telah dan sedang dilaksanakan dengan teliti oleh pihak yang dilantik oleh Felda untuk penyenaraian," katanya.

Jumaat (30/3/2012) parlimen Pontian

Jumaat di Masjid Pt. Mansur, Benut Pontian
Sdra Patah Salleh dari Kg Pt Jamal Benut, seorang OKU, yg saya beri peruntukan MP sebuah motorsikal roda 3 utk beliau bergerak cari rezeki & beribadat..di temui sbntr tadi di Masjid, 
Beri peruntukan rm70ribu kpd 20 org pengusaha IKS, ternakan & tanaman di Air Baloi Pontian
merasmikan Gerai Rakyat Parlimen Pontian ptg ini, 5 unit 3 pintu gerai setiap unit 3 jenis perniagaan di 5 kampong dlm 5 mukim..Ditadbir oleh JKKK dgn sewa cuma rm100 sebulan utk setiap pintu gerai..Kos rm150 ribu utk 1 unit 3 pintu..Contoh gerai makan, jahitan, IKS & runcit..Peruntukan Khas YAB PM..Boleh dikembangkan di kws lain utk premis niaga Bumiputra 
Balai Bomba Daerah Pontian yg baru dgn keluarga Penguasa Bomba Daerah petang ini
Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian yg baru
Memancing di Sungai Pontian sbntr tadi
Tebu ditanam di tanah milik Majlis Agama Islam Johor dlm kws Pontian

120 booth pameran, 15 ribu peluang kerja..3 hari

120 booth pameran, 15 ribu peluang kerja..3 hari..Pameran yg saya rasmikan pagi ini di Mid Valley Megamall KL anjuran AIC & JobStreet.Com












30/3/2012 - Menerima memorandum daripada pelbagai NGO menyokong Penyenaraian FGVH

Terima Memorandum sokongan listing FGVH depan Bgn JPM Perdana Putra pagi ini drpd 7 NGO Generasi Felda..Esok & lusa hampir 10 ribu anak peneroka akan berhimpun di Dataran Merdeka dlm Karnival Iktiraf & Anugerah Belia Felda Msia, juga akan menzahirkan sokongan..Listing FGVH ialah berita baik utk warga Felda maka ia jadi berita buruk utk pembangkang !!







NGO Felda Serah Memorandum Sokong Penyenaraian FGVH Kepada PM



PUTRAJAYA, 30 Mac  - Tujuh NGO Felda pada Jumaat menyampaikan memorandum tanda sokongan kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Memorandum itu disampaikan oleh wakil mereka Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abdul Manap kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Antara mesej utama memorandum itu ialah generasi baru Felda memberikan sokongan padu terhadap langkah penyenaraian, menolak segala campur tangan serta hasutan daripada pihak luar dan mendesak usaha penyenaraian dapat disegerakan.
Sementara itu Ahmad ketika ditemui pemberita berkata penyenaraian akan diteruskan, dijangka akan dilaksanakan pada Jun depan dan segala persiapan mengenai penyenaraian sedang giat dilaksanakan.
“Walaupun terdapat gangguan yang lebih bermotifkan politik daripada pihak pembangkang dan terlewat sikit daripada jadual asal iaitu Mei, ia akan diteruskan,” katanya.
Ini kerana proses penyenaraian itu juga menurutnya mendapat maklum balas positif sebahagian besar masyarakat Felda demi membela nasib peneroka.

Friday, March 30, 2012

42 anak syarikat Felda catat keuntungan


KUALA LUMPUR 29 Mac - Sebanyak 42 anak syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dalam dan luar negara mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM366 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, rekod itu membuktikan dakwaan pembangkang kononnya, kedudukan kewangan Felda kini berada dalam keadaan tenat adalah fitnah semata-mata dan bersifat politik.
Bagaimanapun, beliau mengakui ada anak syarikat FGVH belum mencatat keuntungan kerana baru terlibat dalam pelaburan tetapi yakin keuntungan dapat dicapai mengikut tempoh sasaran.
"Kita boleh bagi jaminan sebanyak 42 anak syarikat FGVH mencatat untung dan angka ini benar. Ia sekali gus menyumbang kepada keuntungan FGVH sebanyak RM336 juta pada tahun kewangan 2010.
"Ia peningkatan yang signifikan kerana pada tahun kewangan 2009, FGVH mencatat keuntungan sebelum cukai RM203 juta," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad menjelaskan keputusan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia yang dijangka dapat dilaksanakan pertengahan tahun ini yang dibuat berdasarkan penilaian ekonomi dan strategi.
Katanya, pelbagai kajian berhubung penyenaraian itu sudah diambil kira antaranya faktor positif dan negatif merangkumi prestasi, peluang, prospek serta risiko perniagaan.
"Kajian merumuskan penyenaraian FGVH memberi prospek yang kukuh serta pulangan yang baik terutama kepada peneroka Felda.
"Langkah ini juga akan menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) serta bakal menjadi pemangkin pertumbuhan FGVH sebagai jaguh dalam industri pertanian," katanya.

Peluang Pekerjaan Meningkat, Trend Berubah Kepada ‘Kerja Cari Orang’




KUALA LUMPUR, 30 Mac – Jumlah peluang pekerjaan yang semakin meningkat di negara ini telah merubah senario pencarian kerja di mana trend masa kini adalah ‘kerja mencari orang’ dan bukannya ‘orang mencari kerja’ seperti sebelum ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata senario itu jelas menunjukkan kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang baik.
Beliau berkata golongan remaja khususnya yang sedang mencari pekerjaan tidak harus melepaskan peluang berbuat demikian sepanjang tiga hari Karnival Kerjaya dan Latihan Jobstreet.com Malaysia yang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley Megamall di sini.
“Kita berada dalam keadaan cukup baik dari segi ekonomi dan keadaan ini bukan berlaku dengan sengaja tapi berlaku dengan diusahakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya selepas melancar Karnival Kerjaya dan Latihan Jobstreet.com Malaysia hari ini.
Karnival itu yang bermula hari ini hingga Ahad menawarkan 15,000 peluang pekerjaan daripada 120 syarikat tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai sector termasuk kerajaan dan swasta.
Antaranya ialah Talent Corporation Berhad, Panasonic Group, Nestle Products Sdn Bhd, Vale, AIG Global Services, Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia Rubber Export Promotion Council, Genting Group, British American Tobacco, CIMB Group dan RBC Dexia.
Pada majlis itu, Ahmad turut melancarkan perkhidmatan aplikasi JobStreet Iphone dikenali sebagai ‘Jobs Near Me’ yang boleh menyalurkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang terdapat berhampiran kawasan pencari kerja.

Jawapan utk Pertanyaan Dewan Rakyat soalan no:32 (29/3/2012)



Selamat Pagi Malaysia RTM TV1.. Promosi Karnival IKTIRAF 2012


Anwar terdesak raih simpati


Anwar terdesak raih simpati

29 Mac 2012
Datuk Ahmad Maslan
SHAH ALAM – Pemimpin Umno menyifatkan kenya­taan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.Menurutnya, usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.“Usaha tersebut bermula 1970 lagi me­lalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak­yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Menurutnya, Anwar hanya bercakap, sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat.“Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka“Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan de­ngan apa diucapkan,” katanya.Beliau berharap, rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, Anwar menjadikan dirinya seperti pejuang yang cuba membela golongan berpendapatan rendah.“Beliau hanya retorik meraih sokongan menjelang PRU13. Tindakan itu sebagai strategi pembangkang yang meletakkan emosi dengan bermain fakta dan angka.“Saya yakin rakyat tidak akan terpedaya kerana mereka berpengetahuan dan mempunyai jati diri. Mereka tidak tunduk kepada janji manis pembangkang” katanya.Idris berkata, rakyat bijak menilai kredibiliti pembangkang setelah melihat sendiri nenegeri ditadbir kerajaan pembangkang.Sebelum ini, Anwar dalam satu ceramahnya yang dipetik melalui satu portal berita memberitahu, PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk PRU13 akan datang.Menurutnya, perjuangan pada pilihan raya nanti adalah antara golongan berpendapatan rendah dan golongan kaya, iaitu kroni kerajaan.

Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.55 (28/3/2012)





Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.49 (28/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.74 (27/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.46 (27/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.10 (27/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.62 (26/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.38 (26/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.7 (26/3/2012)


Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.2 (26/3/2012)



Jawapan utk pertanyaan Dewan Rakyat soalan no.68 (14/3/2012)