Wednesday, March 21, 2012

Draf pelan induk pengangkutan awam darat Lembah Klang siap


KUALA LUMPUR 20 Mac — Draf Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Lembah Klang, telah siap dan akan dipamerkan kepada orang ramai untuk mendapat maklum balas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, draf rancangan itu disediakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat, di samping mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian di kawasan bandar.
Selain mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lebih bersepadu, efisien, selamat dan mampu dibayar, katanya ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Fong dalam soalannya ingin tahu cadangan dan rancangan SPAD untuk memperkemas dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Ahmad berkata, pelan itu merangkumi enam komponen termasuk pelan pembangunan rel bandar melibat pembangunan laluan kereta api Express Rail Link (ERL), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter.

No comments:

Post a Comment