Saturday, March 31, 2012

FGVH disenarai Jun ini




AHMAD Maslan (baju Melayu, bersongkok) menerima memorandum daripada wakil tujuh NGO yang menyokong penyenaraian FGVH, Anuar Abdul Manap di Putrajaya, semalam. - Bernama


PUTRAJAYA 30 Mac - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia dijangka dilaksanakan pada bulan Jun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu lewat sebulan daripada tarikh dijadual sebelum ini iaitu Mei berikutan wujud pelbagai masalah dan gangguan termasuk perintah injunksi mahkamah.
''Penyenaraian FGVH akan diteruskan mengikut jadual tetapi terlewat sebulan kerana gangguan tersebut. Sepatutnya bulan Mei tetapi kini Jun.
''Walaupun demikian, segala usaha telah dan sedang dilaksanakan dengan teliti oleh pihak yang dilantik oleh Felda untuk penyenaraian," katanya.

No comments:

Post a Comment