Thursday, March 29, 2012

Najib akan lancar IKTIRAF Ahad




KUALA LUMPUR: Karnival Ikatan Hati Warga FELDA Kebangsaan (IKTIRAF) 2011/2012 di Dataran Merdeka akan diadakan selama tiga hari mulai Jumaat ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.Karnival yang bertemakan "Menjunjung Transformasi Negara" itu bertujuan menghimpunkan serta membentuk jalinan kerjasama di kalangan warga FELDA khasnya yang tinggal di dalam dan di luar rancangan FELDA."Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan karnival pada Ahad," katanya pada sidang berita mengenai berita mengenai IKTIRAF di sini, hari ini.Ahmad berkata, karnival itu adalah kemuncak kepada keseluruhan pelaksanaan program serta aktiviti Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan pengisian program Majlis Anugerah Belia FELDA Malaysia kali keenam, Perhimpunan Kompang Berirama 'Malaysian Book of Records', Pesta Sukan dan kebudayaan serta aktiviti pameran dan jualan.Beliau berkata, antara 12,000 peserta karnival ini terdiri daripada kepimpinan warga FELDA dari setiap rancangan FELDA, selain sukarelawan dan usahawan FELDA.Sebanyak 19 kategori anugerah diadakan termasuk anugerah persatuan, individu, Tokoh Generasi Baru FELDA dan Anugerah Khas Belia FELDA Malaysia."Pemenang kategori persatuan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, piala, sijil serta pakej lawatan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 40 ahli jawatankuasa persatuan," katanya.Ahmad berkata, karnival ini akan dimeriahkan dengan pertandingan kompang berirama kategori terbuka yang menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang utama iaitu RM5,000 yang sehingga kini telah mendapat penyertaan daripada 120 pasukan."Kita sasarkan 200 pasukan (10,000 orang) menyertai pertandingan ini yang bertemakan ciri-ciri Malaysia yang terbuka kepada semua warganegara berumur 15 hingga 40 tahun," katanya.Karnival itu adalah kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Gabungan Pemikiran Profesional Felda, Alumni Asrama FELDA Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Kementerian Belia dan Sukan. 

No comments:

Post a Comment