Saturday, March 31, 2012

NGO Felda serah memo sokong penyenaraian FGVH



PUTRAJAYA 30 Mac – Tujuh NGO Felda hari ini menyampaikan memorandum tanda sokongan kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Memorandum itu disampaikan oleh wakil mereka, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Antara mesej utama memorandum itu ialah generasi baru Felda memberikan sokongan padu terhadap langkah penyenaraian, menolak segala campur tangan serta hasutan daripada pihak luar dan mendesak usaha penyenaraian dapat disegerakan.
Sementara itu Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, penyenaraian akan diteruskan dan dijangka akan dilaksanakan pada Jun depan dan segala persiapan mengenai penyenaraian sedang giat dilaksanakan.
"Walaupun terdapat gangguan yang lebih bermotifkan politik daripada pihak pembangkang dan terlewat sikit daripada jadual asal iaitu Mei, ia akan diteruskan,” katanya.
Ini kerana proses penyenaraian itu juga menurutnya mendapat maklum balas positif sebahagian besar masyarakat Felda demi membela nasib peneroka.

No comments:

Post a Comment