Friday, March 30, 2012

Peluang Pekerjaan Meningkat, Trend Berubah Kepada ‘Kerja Cari Orang’




KUALA LUMPUR, 30 Mac – Jumlah peluang pekerjaan yang semakin meningkat di negara ini telah merubah senario pencarian kerja di mana trend masa kini adalah ‘kerja mencari orang’ dan bukannya ‘orang mencari kerja’ seperti sebelum ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata senario itu jelas menunjukkan kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang baik.
Beliau berkata golongan remaja khususnya yang sedang mencari pekerjaan tidak harus melepaskan peluang berbuat demikian sepanjang tiga hari Karnival Kerjaya dan Latihan Jobstreet.com Malaysia yang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley Megamall di sini.
“Kita berada dalam keadaan cukup baik dari segi ekonomi dan keadaan ini bukan berlaku dengan sengaja tapi berlaku dengan diusahakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya selepas melancar Karnival Kerjaya dan Latihan Jobstreet.com Malaysia hari ini.
Karnival itu yang bermula hari ini hingga Ahad menawarkan 15,000 peluang pekerjaan daripada 120 syarikat tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai sector termasuk kerajaan dan swasta.
Antaranya ialah Talent Corporation Berhad, Panasonic Group, Nestle Products Sdn Bhd, Vale, AIG Global Services, Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia Rubber Export Promotion Council, Genting Group, British American Tobacco, CIMB Group dan RBC Dexia.
Pada majlis itu, Ahmad turut melancarkan perkhidmatan aplikasi JobStreet Iphone dikenali sebagai ‘Jobs Near Me’ yang boleh menyalurkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang terdapat berhampiran kawasan pencari kerja.

No comments:

Post a Comment