Sunday, March 18, 2012

Pembangkang rugi dalam penyenaraian FGVH

KUANTAN 18 Mac - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham kelak hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.
"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenaraian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Isu ini (FGVH) hanya dipolitikkan pembangkang semata-mata untuk memecahkan undi warga Felda sebab mereka tahu Felda merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan BN berkata, daripada 222 kerusi di Parlimen, 25 peratus undi adalah daripada kalangan warga Felda, justeru, pembangkang perlukan jumlah undi itu untuk memerintah.
Sehubungan itu katanya, pembangkang terdesak menggunakan isu FGVH untuk meraih undi warga Felda.

No comments:

Post a Comment