Monday, March 5, 2012

Semua permohonan pinjaman baiki rumah Felda dilulus tahun ini

BENTONG 4 Mac - Kesemua 10,700 permohonan pinjaman membaiki rumah peneroka Felda akan diluluskan sebelum akhir tahun ini atau Ogos ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sebanyak 5,000 daripadanya akan diluluskan pada Jun, Julai dan Ogos, manakala bakinya akan menyusul selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia atau selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.
“Felda tidak akan mengenakan sebarang caj perkhidmatan atau faedah, sebaliknya peneroka hanya perlu membayar balik melalui potongan hasil ladang.
"Jika peminjam (peneroka) tersebut meninggal, tiada sebarang tuntutan bayaran dikenakan ke atas isteri atau keluarga terbabit kerana rumah tersebut telah diinsuranskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Isu semasa kepada peneroka Felda Mempaga 1,2 dan 3 di Felda Mempaga 1, semalam.
Katanya, tidak ada agensi di dunia seperti Felda yang berjaya membangunkan tanah dan menempatkan 112,635 keluarga peneroka di 317 rancangan seluruh negara. 

No comments:

Post a Comment