Sunday, April 22, 2012

Kemuka bukti pengundi asing kepada SPR: Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, mencabar pihak pembangkang mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan bahawa 0.3 peratus atau 42,000 daripada 12.6 juta pemilih yang layak mengundi diklasifikasikan sebagai pengundi bukan warga negara. "Jika ada bukti, kemukakan kepada SPR. Kerajaan tak campur tangan dalam urusan SPR. Jika ada pengundi yang meragukan, biar SPR semak dan siasat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Katanya, SPR sudah menjelaskan bahawa jumlah itu adalah mereka yang gagal dihubungi dan tidak mengambil kad pengenalan di kaunter Jabatan Pendaftaran (JPN).
"Saya hairan pembangkang ni, ketika sesi taklimat yang diadakah SPR baru-baru ni, hanya 10 Ahli Parlimen pembangkang saja yang datang. Tetapi hari ni, kecoh macam ramai yang pergi taklimat itu," katanya.

No comments:

Post a Comment