Tuesday, April 10, 2012

“Kenapa Hapus PTPTN Saja, Baik Hapuskan Segala Hutang Rakyat Malaysia” – Ahmad



KUALA LUMPUR, 9 April – Tindakan pihak pembangkang yang mahu menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM43 bilion dilihat sebagai satu tindakan ‘populis sembrono’ seperti yang disebutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kumpulan dan puak pembangkang ini sebagai kumpulan ‘populis sombrono’, dan tindakan ini memang disukai oleh mereka yang berhutang.
“Mengapa pakatan pembangkang tidak menghapuskan segala hutang-hutang rakyat di Malaysia, buatlah pengumuman bahawa semua hutang rakyat Malaysia jika pakatan memerintah, semuanya akan dihapuskan. Alang-alang nak menghapuskan hutang.
“Lupuskan segala hutang rakyat. Saya rasa, confirm mereka menang tetapi saya rasa seminggu sahajalah, bankrap negara ini,” ujarnya kepada media selepas mengadakan pertemuan dan majlis dialog bersama beberapa NGO dari Negeri Sembilan di  sini, hari ini.
Tambahnya, pengumuman itu popular tetapi pengumuman yang tidak berfikir, sembrono dan tidak memikir kesan.
“Kesannya, kemungkinan para mahasiswa kita akan jadi pemalas. Jika sebelum ini, para mahasiswa akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang terbaik baru hutang itu akan ditukar kepada biasiswa dan dilupuskan.
“Tindakan ini juga dilihat sebagai tindakan mengajar rakyat untuk tidak bertanggungjawab.  Lepas-lepas ini segala hutang, rakyat malas nak bayar, lebih-lebih lagi hutang dengan MARA, hutang dengan bank yang ada hubung kait dengan kerajaan. Menjadikan rakyat Malaysia ini tidak bertanggungjawab, malas nak bayar hutang.
“Dalam masa yang sama, RM42 bilion bukan jumlah yang sedikit. Kita ada sistem ekonomi yang baik, dengan membayar hutang itu, kita bertanggungjawab dengan generasi yang akan datang,” tambahnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap agar rakyat tidak terpedaya dengan sandiwara pembangkang ini sebaliknya segala keputusan yang akan diambil haruskan memikirkan masa depan generasi yang akan datang.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment