Sunday, April 22, 2012

Majoriti ahli setuju Felda Global ke bursa Jun


KUALA LUMPUR: Seramai 1,110 ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia yang dijadualkan Jun ini.


Persetujuan majoriti ahli KPF itu diputuskan melalui undian pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Dewan Perdana FELDA pagi semalam. Sebanyak 120 ahli tidak bersetuju dengan penyenaraian, 15 tidak mengembalikan kertas undi dan lima undi rosak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata tiga usul yang dipersetujui majoriti ahli termasuk penjualan saham KPF dalam FELDA Holdings Berhad kepada FELDA, KPF menyertai penyenaraian FGVH dengan pemilikan saham 37 peratus dan memberi mandat kepada Lembaga KPF berunding, menghalusi, menerima dan meminda sebarang terma tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).Beliau berkata, keputusan itu menggambarkan majoriti 224,000 ahli KPF melalui perwakilan yang sah bersetuju dengan penyenaraian FGVH, sekali gus menyekat usaha pembangkang yang cuba mempengaruhi ahli menggagalkan penyenaraian itu.
Penyenaraian ini memberi kebaikan kepada kakitangan KPF, peneroka, staf FELDA dan negara. Mereka tidak rugi apa-apa, sebaliknya mendapat pelbagai keuntungan. - Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Penyenaraian ini memberi kebaikan kepada ahli KPF, peneroka, kakitangan FELDA dan negara. Mereka tidak rugi apa-apa, sebaliknya mendapat pelbagai keuntungan,” katanya.Ahmad Maslan berkata, Lembaga FELDA akan bermesyuarat hari ini untuk meneliti segala keputusan dan permohonan Lembaga KPF.EGM KPF tertangguh lebih sebulan selepas lapan peneroka FELDA yang juga ahli KPF memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Februari lalu bagi mendapatkan injunksi menghalang koperasi membuat sebarang keputusan pada EGM yang sepatutnya pada 22 Februari.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2 April menolak injunksi itu selepas hakim berpendapat berdasarkan Seksyen 82(1) dan 82(2) Akta Koperasi 1993, sebarang masalah berkaitan koperasi perlu dibawa kepada pengetahuan SKM yang mempunyai kuasa menyelesaikannya.Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, sebelum ini berkata, penyenaraian FGVH tetap diteruskan tanpa pembabitan KPF jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepada FELDA dengan membentuk syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melindungi kepentingan ahli, termasuk 112,635 peneroka, kakitangan koperasi serta anak peneroka.

No comments:

Post a Comment