Monday, April 2, 2012

Parlimen Pontian wujudkan GR1M




PONTIAN 1 April - Jika kerajaan Pusat menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mendapat sambutan hangat masyarakat, Pejabat Ahli Parlimen Pontian pula mewujudkan Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) bagi tujuan sama.

Idea penubuhan GR1M dicetuskan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dengan pembinaan lima GR1M di Parit Betak (Mukim Benut), Kampung Parit Mastar (Mukim Sungai Pinggan), Kampung Parit Panjang (Mukim Ayer Baloi), Kampung Parit Dahlan (Mukim Api-Api) dan Kampung Parit Bugis (Mukim Pontian).
Ahmad semasa melancarkan GR1M di Kampung Parit Bugis kelmarin memberitahu, setiap sebuah GR1M diwujudkan dengan kos RM150,000 menerusi peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurutnya, penubuhan GR1M merupakan usaha bagi memberi peluang kepada peniaga atau usahawan kecil memulakan perniagaan di lokasi strategik dengan kemudahan yang lebih selesa manakala pengurusannya diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan mengutip sewa bagi dimasukkan ke dalam tabung JKKK berkenaan.

No comments:

Post a Comment