Tuesday, April 3, 2012

Pembangkang Hanyalah Satu Pakatan Rebut Kerusi – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 2 April- Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi melihat perebutan kerusi dalam pakatan pembangkang khususnya di Terengganu dan Kedah merupakan bukti jelas bahawa mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.
Tambahnya, mereka hanya berpura-pura baik di khalayak umum namun apabila tiba untuk pembahagian kerusi, mulalah belang yang sebenar dapat dilihat apabila masing-masing berebut dan mengatakan kerusi tersebut adalah hak mereka.
”Saya kira di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina, PKR tidak akan ada harapan kerana ia akan dibolot oleh DAP manakala kawasan-kawasan yang bercampur akan dibolot PKR, dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah Pas.
“Jadi, biarkanlah mereka memangsakan antara satu sama lain. Apabila kerusi diambil DAP, PKR jadi mangsa dan apabila kerusi diambil oleh PKR, Pas akan jadi mangsa,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional.
Jelas beliau lagi jika perkara perebutan kerusi ini berlaku di seluruh negara, ianya mengesahkan mereka bukanlah pakatan rakyat, mereka hanyalah berpakat untuk kerusi untuk menang pilihanraya.
“Inilah yang saya katakan `perkahwinan yang tidak kekal’ , hanya untuk mendapat kerusi sahaja. Perjuangan mereka adalah perjuangan kerusi, perjuangan BN perjuangan rakyat. Berebut kerusi sebenarnya berjuang untuk kerusi.
“Kita (BN) berjuang untuk rakyat, ia perkara yang cukup berbeda  dan perkara itu berlaku di khalayak, bukan bergaduh dalam bilik mesyuarat. Di dalam BN, kita tidak berebut dalam parti kompenan. Kita dah dengar MIC tidak mahu pertambahan kerusi, MIC hanya minta kerusi yang ada supaya mana yang kalah, boleh mereka menangkan. Itu satu contoh yang ada dalam BN,” tambahnya lagi.
Dengan memberi pilihanraya negeri Sawarak sebagai contoh, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun PKR begitu ghairah berebut kerusi tetapi parti itu tetap kalah di negeri tersebut.
”Bertanding 30 buah kerusi, yang menang hanya tiga.  Itu adalah satu pencapaian yang amat memalukan sebenarnya. Kalau saya pengerusi atau Presiden parti tersebut, saya akan letak jawatan.
“Tapi Anwar Ibrahim ini jenis yang tak tahu malu, ada video pun dia tidak letak jawatan, kalah teruk di Sarawak pun, dia macam hebat sangat, kita kena bongkar segala benda ini. Sebenarnya pakatan pembangkang ini bukannya hebat sangat, kerana kita yang kadang-kadang menampakkan mereka hebat sangat. Mereka sebenarnya berpecah-belah, mereka hanya pandai berebut kerusi,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment