Wednesday, May 30, 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012

"MOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI"













'BN does better at power-sharing'


KUALA LUMPUR: The Barisan Nasional portrays a better representation of races within its component parties compared with the opposition coalition, its information bureau chief Datuk Ahmad Maslan said yesterday.

Ahmad, who is also deputy minister in the Prime Minister's Department, said although the prime minister of the day was required to be a Muslim, there was a practice of sharing power in the administration of this country.
"In the cabinet, there are representatives from almost all the BN component parties," said Ahmad, who is also Umno information chief.
He was speaking after a gathering with 300 members of Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).
Ahmad, who is also an honorary member of Permas, was responding to DAP national chairman Karpal Singh's remarks that a non-Muslim should be the next prime minister.
Permas secretary-general Zulkifly Shariff said that Karpal's comments showed that he did not understand the country's history.
"He refuses to understand on purpose. He does not respect the rule of thumb in this country and the sentiments of the majority of the rakyat," he said.
Karpal had recently suggested that there was no law barring a non-Muslim from becoming prime minister and suggested that DAP secretary-general Lim Guan Eng could be a potential candidate.

300 pelajar di Cheras dapat komputer



Ahmad Maslan (berdiri lima dari kiri) dan Syed Ali Alhabshee (empat dari kiri) bersama sebahagian pelajar yang menerima komputer riba 1 Malaysia di Majlis Penyerahan Komputer Riba 1 Malaysia bagi Parlimen Cheras, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Para pelajar dinasihatkan agar menggunakan komputer dan perkhidmatan jalur lebar sebaik-baiknya kerana ia akan memberi kesan negatif sekiranya disalah guna.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gajet tersebut boleh menjadi 'racun' kepada pelajar jika mereka mengakses laman web yang tidak berfaedah.
"Komputer sebenarnya boleh menjadi 'ubat' kalau pelajar-pelajar memanfaatkannya sebagai gerbang ilmu untuk tujuan pembelajaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia bagi Parlimen Cheras di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Tengah, Fadilah Mohd. Nor.
Penyerahan komputer riba fasa kedua itu membabitkan 300 pelajar dari 12 buah sekolah menengah sekitar Cheras.
Seorang penerima, R. Krishnaraja, 16, berkata, komputer pertama miliknya dan keluarga itu akan dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan pelajaran kerana ia membantu dalam mencari maklumat.
"Saya akan mengingati kata-kata Datuk Ahmad mengenai komputer boleh menjadi racun atau ubat dan berharap rakan-rakan turut sama berpegang kepada peringatan itu," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Miharja.
Pelajar SMK Yaakob Latif, Nurul Sahira Kasmawi, 15, berkata, penerimaan komputer riba itu memberi semangat kepadanya dalam persediaan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) nanti.
"Saya memang tiada perancangan untuk membeli komputer ketika ini kerana keluarga bukanlah orang senang. Jadi saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kerana memberi komputer ini," katanya.
Seorang lagi pelajar, Sun Sieh Mae, 16, berkata, komputer riba sangat praktikal kepada pelajar ketika ini kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja.
"Selepas ini, kalau mahu menyiapkan folio saya sudah tidak perlu ke kafe siber lagi kerana boleh dilakukan di sekolah bersama rakan-rakan,"' katanya.

Sembilan lagi sekolah agama baru di Pontian



Ahmad Maslan menyampaikan pencetak komputer kepada Junaidah Baharon ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Arab Bersepadu Benut di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 28 Mei - Kerajaan negeri akan membina sebanyak sembilan buah lagi sekolah agama dalam Parlimen Pontian untuk menampung keperluan kira-kira 5,000 pelajar yang menumpang di sekolah kebangsaan.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sekolah agama tersebut ialah Sekolah Agama Tanjung Air Hitam, Seri Pulai, Jaya Mulia, Seri Semangat, Seri Bugis, Sanglang, Seri Anom, bangunan tambahan Sekolah Agama Parit Semerah dan Bandar Pontian yang masing-masing memakan belanja RM1.2 juta hingga RM1.5 juta.
Menurutnya, pembinaan bangunan baru atau tambahan satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah serta lain-lain kemudahan itu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bagi memenuhi keperluan semasa penduduk.
"Ia juga bagi memenuhi harapan pemilik tanah yang telah mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan sekolah agama di tempat mereka. Kelewatan itu juga telah menjadi isu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 dan diharap pembinaannya akan memberi kelegaan kepada orang ramai.
"Dengan adanya bangunan baru kelak, ia akan memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru-guru untuk menjalankan aktiviti mereka berdasarkan kesesuaian semasa," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Arab Bersepadu Benut di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Guru Besarnya, Junaidah Baharon dan Yang Dipertua PIBG, Ahmad Yahya Damiran dalam majlis yang turut menyaksikan pelancaran Dana Pembangunan Insan (DP) SRAB bertujuan mengumpul sumbangan bagi menjalankan pelbagai aktiviti serta membantu pelajar kurang berkemampuan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan penubuhan dana tersebut yang mampu meningkatkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan beberapa aktiviti bagi faedah bersama.
"Ia juga peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk memberikan sumbangan ikhlas mereka bagi sama-sama membangunkan bidang pelajaran sejajar dengan transformasi pendidikan negara," katanya.

Negara-negara Arab tolak LGBT


PULAU PINANG 28 Mei - Negara-negara Islam di rantau Arab senada dengan Malaysia mengharamkan ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada diamalkan di negara masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian tegas itu disampaikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland pada Februari lalu yang meminta penjelasan Malaysia berhubung perkara tersebut.
"Pada mulanya saya dan pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdepan masalah menjelaskan kepada pejuang hak kebebasan asasi PBB tentang perkara ini.
"Ini kerana jika kita menggunakan hujah hadis dan al-Quran, mereka tidak akan faham dan saya terpaksa berbincang dengan peguam syarie mengenai hujah yang ingin disampaikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Wasatiyyah dan 1Malaysia di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
Menurutnya, ketika pertemuan itu berlangsung pihaknya telah mendapat pertolongan negara-negara Arab yang juga mengharamkan ideologi berkenaan.
Ketika itu, katanya, wakil negara-negara Arab yang turut dipanggil dengan lantang dan tegas menolak LGBT walaupun atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
"Pada masa sama, umat Islam di negara ini harus sedar ancaman LGBT ini hadir dalam pelbagai bentuk dan kumpulan itu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkannya," jelasnya.
Jelas beliau, ancaman terbaru termasuk daripada orang Islam sendiri yang menjadi ejen kepada penularan ideologi itu.
Ia, kata beliau, seperti menerusi terjemahan buku Irshad Manji iaitu Allah, Kebebasan dan Cinta yang sebenarnya hanya mahu melihat umat Islam berbalah mengenai isi kandungan buku tersebut.
Ketika ditemui pemberita selepas seminar tersebut, Jamil Khir berkata, beliau telah menulis surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi memastikan kuota jemaah haji Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran tindakan penyokong Bersih berdemonstrasi menyokong perhimpunan haram tersebut di negara berkenaan pada 28 April lalu.
Katanya, surat itu akan disampaikan Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang akan ke negara tersebut minggu ini.
Menyentuh mengenai seminar itu pula, Jamil Khir berkata, ia merupakan siri kelima selepas dianjurkan di Kedah, Perak, Selangor serta Negeri Sembilan dan akan diadakan di seluruh negara dari semasa ke semasa.
"Pemahaman rakyat terhadap konsep wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia semakin mantap dan saya yakin ia dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab seharian.
"Lima kumpulan masyarakat yang menjadi kumpulan sasar program ini adalah penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, pekerja swasta dan anggota parti politik," jelasnya.

Karpal tidak hormati sentimen rakyat


KUALA LUMPUR 27 Mei - Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) mengecam kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu berjuang memastikan jawatan Perdana Menteri disandang oleh orang bukan Melayu.

Ahli Kehormatnya, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan berbau perkauman yang dikeluarkan jelas menunjukkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut tidak menghormati sentimen masyarakat majoriti di negara ini.
''Permas yang dianggotai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebulat suara mengutuk dakwaan Karpal. Sangat jelas beliau tidak memahami sejarah kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia.
"Melihat dari sudut sejarah, kesemua enam Perdana Menteri setakat ini yang merupakan orang Melayu tidak pernah mengabaikan hak kaum lain kerana jawatan Perdana Menteri bukan mewakili sesuatu kaum tetapi rakyat Malaysia,'' katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Permas Pertama di sini hari ini.
Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 300 ahli Permas dari seluruh negara tersebut turut bersetuju menggesa Karpal supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbau perkauman yang boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.
Tambah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dakwaan tersebut juga jelas tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini kerana pemilihan Perdana Menteri adalah berlandaskan parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya.
"Malah dalam barisan menteri Kabinet terdapat menteri-menteri kanan yang terdiri daripada orang bukan Melayu dan bukan dibolot oleh orang Melayu sahaja," katanya.
Selain itu, mengulas mengenai kenyataan The Wall Street Journal yang menyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika menyertai Bersih 3.0, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, perkara itu terpulang kepada mahkamah kerana pengakuan telah pun dibuat.

Medan niaga baru Mara di Pekan Benut tahun depan



PONTIAN 27 Mei - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membangunkan semula medan niaganya di Pekan Benut, dekat sini dengan pembinaan bangunan baru dua tingkat bernilai RM2.3 juta.
Pembinaan bangunan yang dijangka siap tahun depan itu bertujuan bagi memenuhi keperluan ekonomi penduduk tempatan.
Timbalan Ketua Pengarah Mara, Mohd. Rosdi Ismail berkata, bangunan baru itu menempatkan 12 unit ruang niaga, lengkap dengan kemudahan lain seperti tempat meletak kereta, tandas awam dan taman rekreasi.
"Reka bentuk binaan bakal dibangunkan dengan menggunakan konsep baru yang lebih segar dan menarik bagi memberi nafas baru kepada peniaga serta usahawan bumiputera.
"Kami menjangka pembinaannya akan siap pada pertengahan tahun hadapan seiring dengan kepesatan pembangunan premis perniagaan di Pekan Benut ketika ini," katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut di sini kelmarin.
Majlis disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Mohd. Rosdi berkata, Mara kini mempunyai 69 lot kedai di daerah ini dengan pengisian ruang niaga turut disertai pengusaha industri kecil dan sederhana.

Persatuan penjaja taja 10,000 naskhah Utusan Malaysia setahun



Wakil Pemasaran Wilayah Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Romli Awang (kanan) mengedarkan akhbarUtusan Malaysia kepada para peniaga dan pengunjung pada majlis Prapelancaran Pandan Uptown di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 26 Mei - Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru menaja 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena majlis Pra Pelancaran Pandan Uptown bersebelahan Pasar Borong Pandan, di sini hari ini.
Yang Dipertuanya, Abdullah Md. Yusuf berkata, langganan selama setahun itu dibuat sebagai salah satu usaha persatuan mempromosikan Pandan Uptown yang kini berwajah baru.
"Seperti ramai sedia maklum, Pandan Uptown mula beroperasi pada Mac tahun lalu dan mendapat sambutan hangat sehingga mencecah kira-kira 2,000 pengunjung pada hari biasa dan mencecah sehingga 10,000 pada cuti umum dan hujung minggu sebelum ditutup bagi kerja-kerja pembinaan bangunan separa kekal ini.
"Tajaan berterusan selama setahun ini merupakan langkah strategik pemasaran secara aktif untuk menarik perhatian umum tentang segala bentuk aktiviti yang sudah, sedang dan bakal dijalankan di sini," katanya selepas majlis penyerahan replika cek tajaan bernilai RM12,000 di pentas khas Pandan Uptown, di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot; Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Nik Azizi Amirah Nik Ab. Rahman dan Eksekutif Jualan Zon Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Shahrul Azhar Yacob.
Sementara itu, Nik Azizi Amirah berkata, kerjasama tersebut dapat mempromosikan Pandan Uptown untuk menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus meningkatkan hasil jualan sebaik sahaja ia beroperasi pada 1 Jun ini.
"Bukan itu saja, ia juga dapat meningkatkan lagi jualan Utusan Malaysia terutamanya di Johor daripada pembaca baru kepada pelanggan setia akhbar ini," katanya.

'Uptown' majukan bisnes bumiputera



AHMAD Maslan bersama Ahli Jawatankuasa 'Uptown' Johor Bahru menunjukkan replika tajaan akhbar Utusan di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 25 Mei - Pembinaan bangunan separa kekal Pandan Uptown yang menempatkan 150 ruang niaga untuk disewa adalah pendekatan bagi memajukan perniagaan bumiputera dan menjadi satu lagi daya tarikan di bandar raya ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, konsep 'uptown' seperti itu telah terbukti mendapat sambutan kerana kewujudannya di Korea Selatan, China dan beberapa negara lain membolehkan pengunjung dari dalam dan luar negeri mendapatkan pelbagai jenis produk pada harga berpatutan.
"Saya mencadangkan mungkin 10 lagi 'uptown' dibina di seluruh Johor Bahru melalui perancangan strategik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Pembinaan tempat seperti Pandan Uptown ini tidak boleh ditunda terlalu lama dan lokasi perniagaan seperti ini adalah baik, bukan tempat yang kecil seperti mahu menjual sesikat pisang.
"Masyarakat bumiputera khususnya orang Melayu harus mengambil kesempatan ini untuk menambah pendapatan agar dapat menyaingi kaum Cina yang mempunyai kekuatan ekonomi menerusi perniagaan. Ini kerana kejayaan hanya dikecapi oleh mereka yang berusaha gigih," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Prapelancaran Pandan Uptown yang diusahakan oleh Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru (PPPPIKMJB), bersebelahan dengan Pasar Borong Pandan dan merasmikan mesyuarat agung ke-12 persatuan tersebut, di sini hari ini.
Turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut; Yang Dipertua PPPPIKMJB, Abdullah Md. Yusuf dan Pengerusi Biro Ekonomi PPPPIKMJB, Zaini Atan.
Pada majlis itu, persatuan tersebut turut menyampaikan cek tajaan akhbar Utusan Malaysiaselama setahun yang bernilai RM12,000.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, aktiviti perniagaan harus disertai umat Islam kerana ia bukan sahaja sunnah Rasulullah tetapi juga beberapa nabi lain turut menceburi kegiatan berkenaan.
"Secara relatif masa, kaum Cina yang diletakkan penjajah di kawasan bandar terlebih dahulu mula berniaga untuk kehidupan dan kita sekarang ini baru hendak bermula. Tidak hairan daripada 40 senarai individu terkaya di Malaysia, ramai terdiri daripada orang Cina, selebihnya lapan Melayu dan tiga India," katanya.
Sementara itu, Abdullah berkata, Pandan Uptown dimulakan menggunakan khemah dan kini beralih kepada bangunan separa kekal yang dibina dengan kos RM5 juta dan mula dibuka 1 Jun ini.
Menurutnya, bangunan itu juga akan diberi nama Pandan Uptown 1Malaysia bagi mencerminkan bukan sahaja peniaga Melayu, malah kaum India dan Cina turut berniaga di situ dan pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat merasmikannya nanti.
"Nasib peniaga dan penjaja di negeri ini terbela dengan kepimpinan sedia ada, tidak seperti di sesetengah negeri lain. Malah, kurniaan sebidang tanah di Taman Universiti di Skudai kepada persatuan juga akan dimajukan kelak," katanya.

10 keluarga miskin terima sumbangan



AHMAD Maslan (duduk, dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Maznah Daud dan Salmah Hussin (kiri) semasa Program Tinjauan Mesra Penerangan UMNO di Kampung Seri Pantai, Muar, baru-baru ini.


MUAR 24 Mei - Seramai 10 keluarga miskin di daerah ini menerima sumbangan wang dan barangan keperluan harian menerusi program Tinjauan Mesra Penerangan UMNO baru-baru ini.
Sumbangan disampaikan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dengan diiringi Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah dari rumah ke rumah.
Seorang penerima, Salmah Hussin, 60, dari Kampung Seri Pantai, Jalan Junid, terharu menerima sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan keluarganya.
Dia yang menyara kehidupannya dengan mengambil upah mengurut turut mengaku mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150.
Salmah yang mempunyai empat orang anak berusia antara 26 hingga 35 tahun kini hidup bersendirian sejak enam tahun lalu setelah kesemua anaknya mempunyai keluarga sendiri.
"Saya tidak mengharapkan anak-anak kerana mereka punya kehidupan dan tanggungan sendiri. Sumbangan UMNO ini amat bermakna dan saya bersyukur," katanya.
Maznah Daud, 60, dari kampung sama berkata, sumbangan itu dapat meringankan belanja dapur yang kini tinggal bersama anak bongsunya.
Dia turut mengakui mendapat bantuan bulanan daripada JKM dan berharap lebih ramai golongan miskin sepertinya dibela menerusi program itu.

Lupakan cadangan muzakarah


KUALA LUMPUR 22 Mei - Cadangan untuk mengadakan muzakarah di antara UMNO dan Pas wajar dilupakan sahaja kerana parti pembangkang itu tidak pernah menunjukkan keikhlasannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pas hanya tahu memberi pelbagai alasan dan tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam mencari jalan penyelesaian.
"Dengan keadaan yang semakin bercelaru ini, kita tidak perlu ada muzakarah. Sebarang perbincangan perlu ada ketulusan dan keikhlasan untuk menyelesaikan masalah, kalau tidak ikhlas, apa pun tidak menjadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu muzakarah kembali timbul apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian.
Namun, apabila hasrat itu disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Nik Abdul Aziz mula meletakkan syarat iaitu UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas dalam pembangkang dan menukar dasar kebangsaan kepada Islam terlebih dahulu.
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memadam spekulasi untuk bermuzakarah apabila menegaskan pertemuan itu tidak akan berlaku dan menyifatkan ia hanya permainan politik UMNO menjelang pilihan raya umum.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berpendapat, keputusan Presiden Pas menolak muzakarah tersebut menggambarkan ada pihak-pihak tertentu yang mengawal tindak tanduk parti itu.
"Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin parti itu mungkin bertuankan dengan pihak yang lain di luar Pas dan mempunyai agenda politik peribadi.
"Sebenarnya, Presiden Pas tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak cadangan muzakarah yang dicadangkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Kata beliau, sebarang muzakarah yang hendak dilakukan seharusnya mengenepikan fahaman politik parti masing-masing.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan turut kesal dengan tindakan Pas menjadikan isu muzakarah sebagai permainan politik mereka.
"Salam perpaduan di pihak UMNO telah dihulur, namun mereka ini sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak meneruskan usaha ini.
"Kita yakin rakyat tahu siapa sebenarnya ikhlas dalam memperjuangkan perpaduan Islam dan UMNO tidak akan meletakkan noktah dalam meneruskan perjuangan ini demi kepentingan umat Islam keseluruhannya," ujar beliau.

Wasatiyyah tolak budaya ekstremis


RASAH 21 Mei - Konsep wasatiyyah merupakan resipi terbaik menolak budaya ekstremis kerana ia mampu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, konsep kesederhanaan itu wajar menjadi amalan bukan sahaja di kalangan umat Islam bahkan melibatkan penganut agama lain.
"Wasatiyyah ini bermaksud kesederhanaan yang mana pendekatannya selari dengan apa yang diperjuangkan melalui gagasan 1Malaysia yang turut mempunyai ciri tersebut selain adil dan terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, dekat sini hari ini.
Jelasnya, konsep wasatiyyah sudah lama dijadikan panduan dalam pentadbiran negara memandangkan konsep ia relevan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa atau agama selain tertakluk dalam Perlembagaan.
"Gagasan 1Malaysia yang dibentuk kerajaan juga sudah cukup mencerminkan bahawa kita sememangnya mengamalkan wasatiyyah kerana ia diwujudkan untuk semua," katanya.
Mengulas mengenai seminar itu, Ahmad memberitahu, ia akan dijalankan di setiap negeri dalam usaha menyebar luas pemahaman konsep tersebut di kalangan masyarakat.
"Negeri Sembilan merupakan negeri kedua, kita sudah selesai di Kedah dan selepas ini akan ke Selangor seterusnya ke negeri lain sehingga hujung Jun ini," katanya.
Beliau menambah, seminar itu disasarkan disertai seramai 1,500 peserta pada setiap kali penganjurannya.

Friday, May 18, 2012

Ahmad Maslan minta 'satu dua kerat Melayu' keluar DAP



Ahmad Maslan

PONTIAN - Tindakan Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim meninggalkan parti itu membuktikan orang Melayu tidak mempunyai tempat di dalam parti pembangkang terbabit, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.   Sehubungan itu, beliau menyarankan agar segelintir orang Melayu yang masih menganggotai DAP agar menyusul jejak langkah Tunku Abdul Aziz.   "Saya menyeru orang Melayu yang satu dua kerat masih menjadi anggota DAP supaya keluar daripada parti itu yang jelas merupakan sebuah parti yang tidak menghormati kaum lain," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.   Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata tindakan Tunku Abdul Aziz itu turut mendedahkan sikap sebenar DAP yang hanya bersandiwara apabila mengambil orang Melayu sebagai anggota dan pemimpin parti, konon terbuka untuk semua kaum.   Beliau diminta mengulas tindakan Tunku Abdul Aziz keluar DAP selepas menerima kecaman daripada pemimpin parti tersebut susulan kenyataannya mengenai perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata DAP yang merupakan akronim kepada "Democratic Action Party" tidak mengamalkan prinsip demokrasi apabila mengecam anggota parti yang mempunyai pandangan berbeza dengan mereka.   Malah katanya, ramai anggota dan penyokong keturunan Cina telah meninggalkan DAP kerana tertarik dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.   Ini katanya dibuktikan menerusi kehadiran kira-kira 2,000 masyarakat Cina pada majlis makan malam anjuran Barisan Nasional (BN) di Bakri, Muar semalam.   "Ia suatu yang memeranjatkan bagi saya secara peribadi, di mana kehadiran (orang Cina) yang begitu ramai, itu (Bakri) adalah kubu mereka (DAP)," katanya.   
Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian itu ditemui selepas majlis menyambut keberangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Kampung Parit Puteri Menangis sempena Kembara Mahkota Johor 2012. - Bernama

Hari terakhir meriah



SULTAN Ibrahim membungkus tempe ketika menyertai demonstrasi membuat makanan tradisi di Kampung Puteri Menangis, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 16 Mei - Suasana hari terakhir program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 berlangsung meriah dengan pelbagai acara menarik bersama rakyat jelata.
Antara acara yang menjadi tumpuan ramai apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli menyertai pertandingan memancing di kawasan parit semasa rombongan baginda singgah di Dataran Kampung Puteri Menangis, dekat sini.
Baginda menerima tepukan gemuruh daripada rakyat jelata apabila berjaya menaikkan ikan keli setelah beberapa kali ikan terlepas daripada mata kail yang menggunakan joran batang buluh.
Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.
Hadir sama Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.
Sultan Ibrahim turut berkenan menyaksikan pelbagai acara yang diadakan termasuk sepak raga bulatan, ting-ting, panjat tiang licin, demonstrasi membuat makanan tradisi etnik Bugis, Burasak dan tempe bagi etnik Jawa.
Baginda turut berkenan menyampaikan dua motosikal kurniaan baginda kepada pemenang cabutan nombor bertuah.
Terdahulu, pada hari terakhir KMJ 2012, Sultan Ibrahim turut beramah mesra dengan masyarakat Tionghua di Rumah Berhala Lim Sz Chong Su di Jalan Fatimah, Batu Pahat.
Rombongan baginda turut singgah di Kompleks Komuniti Kempas, Johor Bahru untuk beramah mesra dengan rakyat jelata serta menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada golongan yang memerlukan.
Konvoi KMJ 2012 yang bermula 12 Mei lalu mengakhiri jelajah ke seluruh negeri ini di padang awam Plaza Angsana untuk menghadiri majlis penutupan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Setelah mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,000 kilometer bermula dari Kulaijaya, nyata KMJ 2012 berjaya mengeratkan lagi hubungan pihak istana dengan rakyat jelata.
Malah, KMJ 2012 lebih bermakna apabila Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sendiri pelbagai kurniaan baginda termasuk dua buah motosikal kepada penerima bertuah di semua 10 daerah yang dikunjungi.

Sunday, May 13, 2012

12 Mei 2012

Pagi tadi dengan pelajar SMK Segambut Jaya di Pontian 
Sultan Johor, PM, DS Rosmah, TPM dll di persandingan anak MB Johor, Jamil yg berkahwin dgn Daryl Abdullah dari Filipina mlm ini di saujana JB
Makan semeja dgn exco Kjaan Johor.. antara ramai yg hadir persandingan anak lelaki MB Johor mlm ini..

Saturday, May 12, 2012

Sempena hari Ulangtahun UMNO ke-66

 Demi agama bangsa dan tanahair.. UMNO 66 tahun diatas pentas perjuangan UMNO membela rakyat
 Stadium hampir penuh jam 7.45 mlm.. penuh 8.30
 Dgn pimpinan UMNO & MIC malam ulangtahun UMNO ke-66
Anak muda yg mencintai UMNO

UMNO perlu bersedia hadapi cabaran


UTUSAN: Apa pengharapan Datuk sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 ? 
AHMAD MASLAN: Sempena 66 tahun kelahiran UMNO, kita mengharapkan agar UMNO akan terus melakukan transformasi sebagai sebuah parti politik terbesar yang dianggotai oleh 3.4 juta orang Melayu dan bumiputera lain.
Ia penting untuk menghadapi cabaran mendatang kerana pada saya kita kini berdepan dengan masyarakat yang lebih terbuka, berani menyuarakan pandangan, mendapat banyak maklumat daripada pelbagai sumber, termasuk dari media baru.
Jadi pada saya, kita perlu menyediakan diri untuk menghadapi cabaran itu.
Pada pandangan Datuk, apakah fokus utama transformasi tersebut?
Kita mempunyai empat perkataan yang berkait rapat dengan rakyat iaitu mesra rakyat, mendahului rakyat, juara rakyat dan pembela rakyat.
Semua perkataan itu adalah tema perjuangan UMNO dan tema sambutan kali ini adalah pembela rakyat dan ini menjadi fokus pemerintah negara sekarang yang diketuai oleh Presiden UMNO.
Maka, pada kita, rakyat ialah segala-galanya tetapi bila sebut rakyat, itu bukan hanya Melayu sahaja tetapi rakyat secara keseluruhan dan juga di pentas global.
Bagaimana pula dengan golongan anak muda ?
Kita tidak pernah melupakan atau meminggirkan peranan golongan anak muda dalam perjuangan parti. Hampir 1/3 daripada 3.4 juta ahli UMNO ialah kumpulan anak-anak muda dan kita akan terus berusaha bukan hanya untuk menambah keahlian di kalangan mereka tetapi memberikan lebih banyak peluang dalam mengepalai perjuangan parti.
Saya harap UMNO akan beri lebih tempat kepada anak muda kerana perlu ada keseimbangan dan dalam masa yang sama, UMNO perlu menyediakan pemimpin pelapis untuk masa depan.
Apakah Datuk merasakan ahli UMNO akan menjadikan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 sebagai pemangkin semangat untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai UMNO atau Barisan Nasional (BN) ?
Saya berpendapat setiap ahli UMNO menyedari perkara itu kerana ia adalah antara tiga perkara utama yang menjadi cabaran dalam memperkasakan parti di masa depan.
Selain menangani cabaran berdepan dengan ahli parti yang tidak setia dan kecewa serta memburukkan UMNO, parti itu perlu berusaha mendamping anak-anak muda untuk cintakan parti dan mengikut perjuangan parti.
Kita kena bantu anak-anak muda secara berterusan kerana itu adalah tanggungjawab selaku parti yang memerintah.
Sama ada mereka akan berterima kasih atau tidak selepas berjaya hasil bantuan kita, itu terserahlah kepada mereka untuk menentukan.
Adakah Datuk yakin ahli UMNO akan berubah ?
UMNO tidak mengaku kita parti yang sempurna. Namun di sebalik ketidaksempurnaan itu, kami akan terus memperbaiki dan muhasabah diri. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sebut yang beliau minta maaf atas apa yang berlaku pada 2008 hinggakan kalah lima negeri.
Rakyat mengingatkan agar pimpinan UMNO lebih mesra, lebih rapat dengan rakyat, membela rakyat, tidak sombong dan lain-lain.
Kami mendengar itu semua dan kami sanggup berubah untuk kepentingan rakyat.
Saya berharap UMNO dan BN dapat diterima oleh majoriti rakyat sebagai satu pasukan yang berupaya membawa kemakmuran dan keamanan negara.

UMNO komited perjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR 10 Mei - UMNO komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selama 66 tahun UMNO menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja.
"Memang teras perjuangan UMNO adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia?
"Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya memfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap UMNO sehingga kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program Soal Jawab terbitan TV3 malam tadi.
Program wawancara itu dipengerusikan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar. Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju UMNO sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Ditanya perbezaan UMNO pada tahun 2008 dan pada masa sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum, Ahmad berkata, kekuatan UMNO pada kali ini berada di tahap optimum yang mana ia juga melibatkan peringkat akar umbi.
"2008 dahulu kita dilanda 'tsunami', ekoran lima negeri kita kalah dan terpaksa diserahkan kepada pembangkang tetapi kini atas komitmen dan gerak kerja yang saya lihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan tidak mustahil kita mampu peroleh apa yang kita rancang untuk pilihan raya akan datang nanti.
"UMNO juga semakin matang dan ia boleh dilihat sendiri apabila presiden sendiri memohon maaf kepada anggota parti atas kesilapan dan kekhilafan pimpinan lalu yang menyebabkan kita tidak memperoleh kemenangan yang 'total' semasa 2008," katanya.
Kepada pertanyaan Azman mengenai kemampuan undi UMNO daripada kaum lain berbanding undi orang Melayu sahaja, Ahmad berkata, kenyataan itu tidak boleh diterima seratus peratus walaupun ada benarnya.
"UMNO di bawah tunjang Barisan Nasiolan (BN) bersama 12 parti kompenan yang lain sebenarnya berkemampuan untuk menarik undi pelbagai kaum termasuklah di Sabah dan Sarawak.
"Di BN kami sentiasa bekerjasama sesama parti kompenan yang lain dalam menarik undi, dan dalam konteks ini tidak wajar hanya menggunakan UMNO sahaja sebagai penarik undi orang Melayu sebaliknya BN yang patut digunakan yang mana ia bertindak sebagai peraih undi Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak," katanya.
Azman berkata kematangan UMNO juga dilihat semakin meningkat terutamanya berjaya memperbaiki salah satu faktor kekalahan parti itu di lima negeri pada 2008.
"Faktor 'sosial network' yang menjadi duri dalam daging kepada UMNO dilihat sudah tidak menjadi ancaman lagi ekoran ramai dalam kalangan pemimpin telah mula sedar akan pentingnya untuk menggunakan laman sosial untuk mendekati rakyat.
"Cuma apa yang saya lihat sekarang UMNO perlu lebih berusaha dalam mendekati golongan muda yang mana mereka ini golongan pengundi di atas pagar bagi pilihan raya akan datang," katanya. 

UMNO komited perjuang hak seluruh rakyat


KUALA LUMPUR 10 Mei - UMNO komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selama 66 tahun UMNO menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja.
"Memang teras perjuangan UMNO adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia?
"Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya menfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap UMNO sehinggi kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program "Soal Jawab" terbitan TV3 malam tadi.
Program wawancara itu dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.
Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju UMNO sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Ditanya perbezaan UMNO pada tahun 2008 dan pada masa sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum, Ahmad Maslan berkata, kekuatan UMNO pada kali ini berada ditahap optimum yang mana ia juga melibatkan peringkat akar umbi.
"2008 dahulu kita dilanda "tsunami" ekoran lima negeri kita kalah dan terpaksa diserahkan kepada pembangkang tetapi kini atas komitmen dan gerak kerja yang saya lihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan tidak mustahil kita mampu peroleh apa yang kita rancang untuk pilihan raya akan datang nanti.
"UMNO juga semakin matang dan ia boleh dilihat sendiri apabila presiden sendiri memohon maaf kepada anggota parti atas kesilapan dan kekhilafan pimpinan lalu yang menyebabkan kita tidak memperoleh kemenangan yang "total" semasa 2008," katanya. - BERNAMA

Wednesday, May 9, 2012

9 MEI 2012

 Minum petang di warung Kg.Malaysia dgn aktivis UMNO/BN
 Majlis di Bandar Tun Razak, sederhana yang menarik dengan semangat UMNO/BN
Melancarkan PDM & War Room kg.malaysia Bandar Tun Razak ptg ni.. juga solat maghrib berjemaah di surau

8 Mei 2012 "PM umum Durian Runtuh Buat Peneroka dan petugas FELDA"











Program Helo Malaysia di TV Bernama tentang FELDA


 8 MEI 2012



Srikandi Bestari sasar kumpul 30,000 buku


PONTIAN 8 Mei - Persatuan Srikandi Bestari Negeri Johor menyasarkan kira-kira 30,000 buku dapat dikumpulkan pada program Jelajah Buku sempena Himpunan Belia Iskandar Malaysia pada 17 Mei ini di Johor Bahru.

Pengerusinya, Aspalela Mohamad Hasan berkata, program itu yang dimulakan 23 April lalu bertujuan mengumpulkan seberapa banyak buku ilmiah yang tidak digunakan untuk disumbangkan kepada orang ramai.
Menurutnya, orang ramai boleh menyumbangkan buku-buku mereka dengan memasukkan ke dalam kotak yang terdapat di stesen minyak Petronas atau kepada Persatuan Srikandi Bestari di setiap daerah.
“Buku ilmiah itu penting bagi membantu meningkatkan pengetahuan orang ramai dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya.
“Usaha ini juga diharap dapat membantu mereka yang mempunyai banyak buku ilmiah supaya berkongsi dengan orang lain daripada ia dibakar atau dijual sebagai barangan kitar semula," katanya selepas majlis pelancaran Jelajah Buku peringkat negeri yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Penerangan Pelancongan Pontian, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Pontian, Joharnuddin Samion; Pegawai Kemas daerah, Lukman Nordin dan Pengerusi Persatuan Srikandi Bestari Pontian, Hasrunzah Hassan.
Aspalela berkata, program Jelajah Buku diharap menyedarkan orang ramai mengenai pentingnya bahan tersebut yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat.

RM15,000 setiap keluarga



Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor memegang replika cek RM1.6 bilion bersama ketua-ketua peneroka Felda pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka Lapan, Jerantut, Pahang, semalam. Turut hadir Adnan Yaakob, Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Maslan dan Isa Samad. - BERNAMA


JERANTUT 8 Mei - Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama, setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000 seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.
Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM5,000 lagi akan diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan tersebut.
Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM5,000 lagi akan diberikan kepada generasi kedua Felda bagi membolehkan bukan sahaja suami malah isteri dan anak warga peneroka juga menerima durian runtuh tersebut.
"Durian runtuh ini adalah lebih hebat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ini bukan BR1M tetapi 'broomm' macam bunyi seperti kereta 'broomm.'
"Bukan sahaja generasi pertama Felda dapat, isteri juga dapat dan anak-anak mereka juga dapat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Najib berkata, durian runtuh itu tidak berakhir begitu sahaja kerana ada pula 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' atau borang biru untuk saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada warga peneroka dan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membaik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Beliau berkata, untuk tabung amanah, sebanyak 20 peratus saham FGVH akan dimasukkan ke dalam tabung milik warga peneroka tersebut.
"Kalau FGVH dapat untung RM1.5 bilion seperti mana kita jangka tahun ini, tahun depan tolak cukai dan sebagainya maka setiap warga peneroka akan menerima RM1,331 sebagai tambahan kepada durian runtuh," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, kakitangan Felda juga tidak dilupakan apabila mereka akan diberikan 'pink form' atau borang merah jambu saham serta mendapat bonus khas petugas Felda sebanyak dua bulan setengah.
"Durian runtuh dan durian gugur ini sebenarnya begitu luas pengertiannya, bukan sahaja peneroka, isteri, anak peneroka dan petugas Felda mendapat faedah malah kampung-kampung lama dan tradisional juga dapat.
"Inilah kejayaan kita (kerajaan) menguruskan Felda dan negara dan buktinya durian runtuh dan durian gugur ini dapat diberikan," katanya yang selepas itu mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir pada program tersebut.
Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Perdana Menteri berkata, pemberian fasa pertama durian runtuh itu akan diberikan bermula hari ini dan dijangka selesai dalam masa dua ke tiga minggu.
"Fasa kedua akan saya umumkan selepas pemberian fasa pertama selesai dan fasa ketiga akan diberikan selepas penyenaraian FGVH. Ia akan disampaikan oleh jentera Felda dan wakil-wakil rakyat di setiap kawasan," katanya.