Wednesday, May 30, 2012

10 keluarga miskin terima sumbangan



AHMAD Maslan (duduk, dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Maznah Daud dan Salmah Hussin (kiri) semasa Program Tinjauan Mesra Penerangan UMNO di Kampung Seri Pantai, Muar, baru-baru ini.


MUAR 24 Mei - Seramai 10 keluarga miskin di daerah ini menerima sumbangan wang dan barangan keperluan harian menerusi program Tinjauan Mesra Penerangan UMNO baru-baru ini.
Sumbangan disampaikan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dengan diiringi Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah dari rumah ke rumah.
Seorang penerima, Salmah Hussin, 60, dari Kampung Seri Pantai, Jalan Junid, terharu menerima sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan keluarganya.
Dia yang menyara kehidupannya dengan mengambil upah mengurut turut mengaku mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150.
Salmah yang mempunyai empat orang anak berusia antara 26 hingga 35 tahun kini hidup bersendirian sejak enam tahun lalu setelah kesemua anaknya mempunyai keluarga sendiri.
"Saya tidak mengharapkan anak-anak kerana mereka punya kehidupan dan tanggungan sendiri. Sumbangan UMNO ini amat bermakna dan saya bersyukur," katanya.
Maznah Daud, 60, dari kampung sama berkata, sumbangan itu dapat meringankan belanja dapur yang kini tinggal bersama anak bongsunya.
Dia turut mengakui mendapat bantuan bulanan daripada JKM dan berharap lebih ramai golongan miskin sepertinya dibela menerusi program itu.

No comments:

Post a Comment