Wednesday, May 30, 2012

Medan niaga baru Mara di Pekan Benut tahun depan



PONTIAN 27 Mei - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membangunkan semula medan niaganya di Pekan Benut, dekat sini dengan pembinaan bangunan baru dua tingkat bernilai RM2.3 juta.
Pembinaan bangunan yang dijangka siap tahun depan itu bertujuan bagi memenuhi keperluan ekonomi penduduk tempatan.
Timbalan Ketua Pengarah Mara, Mohd. Rosdi Ismail berkata, bangunan baru itu menempatkan 12 unit ruang niaga, lengkap dengan kemudahan lain seperti tempat meletak kereta, tandas awam dan taman rekreasi.
"Reka bentuk binaan bakal dibangunkan dengan menggunakan konsep baru yang lebih segar dan menarik bagi memberi nafas baru kepada peniaga serta usahawan bumiputera.
"Kami menjangka pembinaannya akan siap pada pertengahan tahun hadapan seiring dengan kepesatan pembangunan premis perniagaan di Pekan Benut ketika ini," katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut di sini kelmarin.
Majlis disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.
Mohd. Rosdi berkata, Mara kini mempunyai 69 lot kedai di daerah ini dengan pengisian ruang niaga turut disertai pengusaha industri kecil dan sederhana.

No comments:

Post a Comment