Wednesday, May 30, 2012

Persatuan penjaja taja 10,000 naskhah Utusan Malaysia setahun



Wakil Pemasaran Wilayah Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Romli Awang (kanan) mengedarkan akhbarUtusan Malaysia kepada para peniaga dan pengunjung pada majlis Prapelancaran Pandan Uptown di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 26 Mei - Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru menaja 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena majlis Pra Pelancaran Pandan Uptown bersebelahan Pasar Borong Pandan, di sini hari ini.
Yang Dipertuanya, Abdullah Md. Yusuf berkata, langganan selama setahun itu dibuat sebagai salah satu usaha persatuan mempromosikan Pandan Uptown yang kini berwajah baru.
"Seperti ramai sedia maklum, Pandan Uptown mula beroperasi pada Mac tahun lalu dan mendapat sambutan hangat sehingga mencecah kira-kira 2,000 pengunjung pada hari biasa dan mencecah sehingga 10,000 pada cuti umum dan hujung minggu sebelum ditutup bagi kerja-kerja pembinaan bangunan separa kekal ini.
"Tajaan berterusan selama setahun ini merupakan langkah strategik pemasaran secara aktif untuk menarik perhatian umum tentang segala bentuk aktiviti yang sudah, sedang dan bakal dijalankan di sini," katanya selepas majlis penyerahan replika cek tajaan bernilai RM12,000 di pentas khas Pandan Uptown, di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot; Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Nik Azizi Amirah Nik Ab. Rahman dan Eksekutif Jualan Zon Selatan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Shahrul Azhar Yacob.
Sementara itu, Nik Azizi Amirah berkata, kerjasama tersebut dapat mempromosikan Pandan Uptown untuk menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus meningkatkan hasil jualan sebaik sahaja ia beroperasi pada 1 Jun ini.
"Bukan itu saja, ia juga dapat meningkatkan lagi jualan Utusan Malaysia terutamanya di Johor daripada pembaca baru kepada pelanggan setia akhbar ini," katanya.

No comments:

Post a Comment