Wednesday, May 2, 2012

TARIKH PRU13:

Mungkin kerana saya Ketua Penerangan UMNO Msia & Pengerusi Penerangan & Publisiti BN, maka ke mana2 juga saya pergi, tidak dapat mengelak daripada ditanya bilakah tarikh PRU13..Termasuk malam ini 1 Mei di Pontian dlm Majlis Makan Malam sempena Larian Bendera UMNO utk Ulangtahun UMNO yg ke 66..Jawapan saya ialah samada tahun ini atau tahun depan..Dan jika Parlimen tidak dibubarkan pada April 2013, maka ia akan terbubar dgn sendiri..Sebenarnya tarikh PRU adalah tertakluk kpd PM kita utk menentukannya setelah mendapat ilham daripada pelbagai petunjuk ekonomi, politik, sosial, persekitaran dalam negara & mungkin juga suasana antarabangsa..Terpulang kpd kebijaksanaan YAB DS Najib utk memutuskannya..Yg penting, keputusan itu tentu merujuk kpd tema pentadbiran kita iaitu 'Rakyat Didahulukan & Pencapaian Diutamakan'..Yg penting, tidak lama lagi atau lambat, tentu dlm masa 11 bulan ini, sebelum April 2013..Yg penting, jentera UMNO & BN mesti sentiasa berada dlm gear ke 5 yg kelajuannya 110 km/j & anggap kita berada di Lebuh Raya Utara Selatan sedang menuju ke Putrajaya dari semua arah, menuju utk mempertahankan Putrajaya yg kita telah bina, kita yg menjadikannya simbol pentadbiran sebuah kegemilangan..Yg penting, kita pertahankan Putrajaya drpd pembangkang yg akan membawa negara ini ke kancah durjana spt terbukti dlm Bersih 3 yg amat kotor itu, kotor dgn huru hara, melanggar peraturan & merugikan negara yg sepatutnya aman damai kecuali pada sejarah hitam hari 28 April itu.. salam


No comments:

Post a Comment