Saturday, June 30, 2012

29 jun 2012


'Categorise cabin crew as postal voters'


Bangi: The National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM) handed over a memorandum to the government asking it to consider allowing cabin crew from MAS, Air Asia and Fire Fly to cast early or postal votes in the next general election.

Union president Ismail Nasaruddin Abd Wahab claimed that during the last general election 5,000 cabin crew could not vote due to work commitments.     
"We had about 5,000 cabin crew who could not vote because they were working. So we request the government to categorise them as postal voters just like media pratitioners and national security forces personnel," he said in a dialogue session with deputy minister in Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan here yesterday.   
The dialogue session also raised issues faced by workers in the airline industry which covered salary increments, the rights and future of flight crew, retirement, female workers’ rights and assistance for cabin crew who were single mothers.     
Ahmad Maslan received the memorandum and assured that it would be brought to the attention of Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. -- Bernama

Saham FGV catat premium 84 sen






Pengundi pos untuk anak kapal kabin penerbangan


BANGI 29 Jun - Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kabin Malaysia (NUFAM) menuntut kerajaan supaya anak kapal kabin penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Fire Fly diberi peluang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos atau pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13.
Presiden kesatuan itu, Ismail Nasaruddin Abd Wahab mendakwa terdapat 5,000 anak kapal kabin penerbangan yang tidak dapat mengundi disebabkan terpaksa menjalankan tugas atau berada di luar negara pada hari mengundi dalam pilihan raya lepas.
Katanya, kerajaan wajar mempertimbangkan permohonan mereka dengan memasukkan kumpulan itu dalam kategori pengundi pos atau pengundi awal, bagi memastikan mereka turut menunaikan tanggungjawab mengundi dalam memilih kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di sini semalam.
Sesi dialog bertemakan "Menuju Hak dan Kemajuan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan di Bawah Gagasan 1Malaysia" turut mengetengahkan beberapa masalah yang dihadapi pekerja dalam industri penerbangan, antaranya peningkatan gaji, hak dan masa depan anak kapal kabin penerbangan, isu persaraan, hak pekerja wanita dan bantuan keluarga untuk pekerja ibu tunggal yang bekerja sebagai anak kapal kabin penerbangan.
Ahmad, yang menerima memorandum bagi pihak kerajaan, berjanji akan membawa perkara itu untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sesi dialog itu turut dihadiri Anggota Parlimen Pengerang, Johor Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Presiden Gabungan NGO Malaysia Datin Reny Rahayu Ishak. - BERNAMA

Jalan baru ke SMK Sri Bandar dipertimbang


PONTIAN 28 Jun - Kerajaan akan menimbangkan permintaan kira-kira 2,500 penduduk Taman Megah supaya jalan baru dibina ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Bandar yang kini sedang dalam pembinaan .

Penduduk meminta jalan baru memandangkan kini hanya ada satu jalan utama menuju Taman Megah dan keadaan tersebut bakal menimbulkan kesesakan apabila sekolah tersebut beroperasi pertengahan tahun 2013.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berjanji akan memanjangkan perkara tersebut kepada Pejabat Tanah Pontian, Majlis Daerah Pontian (MDP), Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dan Pejabat Daerah Pontian supaya mengenal pasti jalan alternatif ke sekolah itu.
Pihaknya difahamkan terdapat kawasan rizab jalan bersebelahan sekolah tersebut menuju ke jalan besar Parit Semerah yang difikirkan sesuai untuk dibina jalan baru bagi memenuhi permintaan penduduk.
"Selain laluan masuk dan keluar menggunakan Taman Megah, satu jalan baru perlu dicari supaya tidak timbul sebarang masalah pada masa depan," katanya selepas meninjau kerja-kerja pembinaan SMK Seri Bandar di Taman Megah baru-baru ini.
Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Msduki Shahri.
SMK Sri Bandar yang dibina dengan kos RM26 juta mengandungi lima blok tiga tingkat dengan 18 bilik darjah dan dijangka beroperasi dengan pengambilan seramai 700 pelajar tingkat satu hingga lima.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pembinaan SMK Sri Bandar bertujuan mengatasi lebihan pelajar, terutama di SMK Dato' Ali Haji Ahmad serta SMK Sri Perhentian.
Selain itu, beliau berharap satu trek dapat dibina di sekolah tersebut bagi membolehkan acara olahraga dijalankan mengikut keperluan.
"Ketiadaan trek ini telah menyebabkan prestasi atlet olahraga sekolah-sekolah kurang mencapai kejayaan berbanding daerah lain yang telah mempunyai kemudahan seumpama itu," katanya sambil berharap pihak yang berkaitan dapat memberi peruntukan tambahan untuk tujuan berkenaan.

Friday, June 29, 2012

Durian runtuh hargai sumbangan peneroka Felda terhadap kemajuan sosioekonomi



KUALA LUMPUR 27 Jun - Pemberian durian runtuh kepada peneroka Felda merupakan satu bentuk penghargaan kerajaan terhadap sumbangan golongan berkenaan kepada pembangunan sosioekonomi negara di dalam sektor pertanian sejak 50 tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, menerusi sumbangan besar peneroka Felda, Malaysia berjaya meletakkan namanya sebagai negara pengeluar utama produk hasil sawit dan getah di dunia.
"Pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka adalah asas yang adil dan saksama tanpa mengira status sosial atau kewangan mereka.
"Tambahan pula, pembayaran duit durian runtuh akan dibiayai dengan menggunakan dana dalaman Felda serta hasil dana daripada penyenaraian FGVH (Felda Global Ventures Holdings), tanpa melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF)," katanya dalam jawapan bertulis kepadaDatuk Kamarul Baharin Abbas (PKR- Teluk Kemang) di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada Mohd. Nasir Zakaria (Pas- Padang Terap), Ahmad memberitahu, status terkini Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab adalah bercuti untuk mengikuti kursus pengurusan Diploma in Strategy and Innovation di University of Oxford, Executive Educatioan Centre, United Kingdom.
"Beliau cuti berkursus mulai 1 Februari hingga 1 September 2012. Beliau mula bercuti pada 17 Januari lalu untuk membuat persediaan awal sebelum menyambung pengajian. Namun begitu, sebelum cuti belajar, beliau terlibat secara langsung dalam proses penyenaraian FGVH," katanya.
Dalam jawapan bertulis kepada Azmin Ali (PKR-Gombak), Ahmad menjelaskan, jawatan Pengerusi Felda merupakan pelantikan secara kontrak di bawah Seksyen 15(2)(a) Akta Kemajuan Tanah 1956 dan ia bukan merupakan pelantikan sebagai penjawat awam.
"Pelantikan Pengerusi Felda dilulus dan diperakukan oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda. Tempoh pelantikan adalah untuk tiga tahun dan boleh disambung oleh Menteri," katanya.

Pelancaran iTR1M (Interaktif Tuisyen 1Malaysia)

Dgn PM melancar iTRIM.. Interaktif tuisyen 1Malaysia yg diberi percuma kpd 10 ribu pelajar miskin di Selangor
 Bersama PM Lancar iTR1M
Petang 28 jun beraam PM di Sri Perdana dgn Profesor Madya IPTA Lembah Klang

28 Jun 2012:

Hari bersejarah di Bursa Malaysia, Listing FELDA GLOBAL FGV 
 Bersama DS Wahid Omar, President & CEO Maybank
 Berdoa agar listing FGV berjaya, 8.35 pagi 28 jun 2012
 Berucap sebelum listing FGV.. 8.45 pagi 28 Jun
 Gong dipalu oleh TS Isa.. diperhati Dato Sabri..
 Melihat pergerakan saham FGV di skrin Bursa Malaysia
 Bersama Pengerusi Bursa Malaysia, President Maybank & Pengerusi FELDA.. Hari bersejarah
 Bersama pemimpin peneroka,, penerokawati & Belia
 Tengahari bersama tetamu2 di Dewan Rakyat
sempat buat mykad baru di JPN

MediaUMNO:

Penyenaraian Felda Global Ventures FGV di Bursa Msia menempa sejarah melonjak gandakan kejayaan Felda menjadi jaguh dlm bidang agri-bisness.. Idea YAB PM ialah utk transformasikan Felda dari pembangunan tanah ke perdagangan di persada global.. FGV didedikasi kpd 112,635 keluarga peneroka & untuk berkongsi kemakmuran Felda dgn rakyat Msia.. Kata D Ahmad Maslan bersama TS Isa Samad & D Sabri Ahmad CEO FGV di Bursa Msia.. Saham FGV untung 86 sen dgn dagangan 137 juta saham hanya dlm tempoh setengah jam pagi tadi.

Wednesday, June 27, 2012

MediaUMNO

BN & UMNO Pembela Rakyat.. BN & UMNO Menjuarai Kehidupan Rakyat.. BN & UMNO Dahulukan Rakyat.. Itulah yg menjadi perjuangan BN & UMNO selama ini bila contohnya Sekretariat Hal Ehwal Bandar ( SHEB ) Pemuda UMNO selama 120 minggu tanpa gagal setiap malam Selasa memberi makanan kpd sekitar 150 orang gelandangan (homeless) di hadapan Masjid India KL.. Malam tadi turut dihadiri D Ahmad Maslan & Tengku Azman Pengerusi SHEB.

UMNO Proaktif Dekati Rakyat, Bantu Golongan Gelandangan


KUALA LUMPUR, 26 Jun – UMNO sentiasa berusaha mendekati masyarakat dalam pelbagai cara khususnya turun padang dan memberi bantuan sama ada dalam bentuk penerangan, memahami permasalahan dan meringankan beban rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
“Kita tak tunggu orang datang kepada kita tapi kita datang kepada orang kerana kita melaksanakan sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri iaitu turun padang dan mendekati orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra sempena Program ‘Food For Life’ yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia menerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
“Pelbagai rakyat dari pelbagai tempat berpusat di sini dan Jalan Majid India ini adalah antara pusat tumpuan di Kuala Lumpur yang mana ia menjadi lokasi SHEB yang dilaksanakan setiap minggu selama 120 minggu tanpa gagal sejak dilancarkan pada awal 2010,” katanya.
Jelasnya, SHEB mengambil inisiatif dengan memberi makan secara percuma kepada golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal pada setiap hari Selasa di perkarangan Masjid India.
Turut serta dalam program tersebut ialah Pengerusi SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang memaklumkan bahawa program seumpama ini bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik terutama penghijrah baru yang datang ke Ibu Kota untuk mencari peluang pekerjaaan tetapi akhirnya terpaksa hidup dalam gelandangan.
“Ini adalah usaha-usaha berterusan dan kita telah membawanya ke bandar-bandar besar di seluruh negara misalnya di Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru tetapi ia tidak cukup besar sebagaimana di Kuala Lumpur,” katanya.
Selain dari memberi makanan percuma SHEB juga menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter semakan daftar pemilih (SPR) dan perkhidmatan penghantaran percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan terutama warga emas dan orang kurang upaya (OKU) ke hospital bagi menjalani kesihatan.
Dalam masa yang sama, SHEB juga telah membantu masyarakat termasuklah menghantar pulang sejumlah 2,745 orang ke pangkuan keluarga masing-masing selain sejumlah 4,320 orang telah mendapat pekerjaan hasil kerjasama daripada pihak SHEB. – MediaUMNO

Insentif FGVH guna dana, wang imbuhan



KUALA LUMPUR: Pembayaran durian runtuh RM15,000 kepada warga FELDA dibiayai menggunakan dana dalaman dan wang imbuhan yang diterima melalui penjualan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). 


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pembayaran fasa pertama sebanyak RM5,000 yang dibiayai FELDA menggunakan dana dalaman selesai Mei lalu.
“Baki pembayaran fasa seterusnya akan menggunakan wang imbuhan yang diterima daripada penjualan saham FGVH. Ia mula dibayar Julai 2012,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) yang diedarkan kepada media di Dewan Rakyat, semalam. Dalam soalannya, Mohd Nasir bertanya dari sumber mana kerajaan membayar RM15,000 kepada peneroka Felda sedangkan penyenaraian FGVH belum dilaksanakan. Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Pembayaran itu akan dilakukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama berjumlah RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka, fasa kedua membabitkan RM5,000 kepada isteri peneroka, manakala fasa ketiga pembayaran RM5,000 kepada generasi kedua FELDA. Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Ahmad berkata, penasihat utama dan Penyelaras Global Bersama untuk penyenaraian FGVH ialah CIMB Investment Bank, Maybank Investment Bank dan Morgan Stanley & Co International. “Jenis bayaran kepada penasihat terbabit adalah yuran pembrokeran, yuran penempatan dan komisen Penyelaras Global Bersama. Kadar yuran dan komisen yang dibayar FGVH kepada penasihat terbabit adalah sejajar dengan kadar yang diguna pakai dalam Penawaran Awam Umum (IPO) tempatan,” katanya. 

Gelandangan dapat kerja melalui program 'Food For Life' SHEB


KUALA LUMPUR 26 Jun - Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 4,320 golongan gelandangan melalui program 'Food For Life' yang telah diwujudkan sejak awal tahun 2010.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, inisiatif yang dilakukan SHEB itu juga berjaya mendaftarkan 5,920 golongan berkenaan sebagai pengundi berdaftar sejak 120 minggu lalu selepas dilancarkan.
"Inisiatif ini berjaya memberi nafas baru kepada golongan berkenaan untuk membina hidup baru dan diharap ia juga dapat mengurangkan golongan tersebut di jalanan," katanya ketika meluangkan masa mendekati golongan gelandangan di perkarangan Masjid India di sini hari ini. 

Monday, June 25, 2012

RM3b: UMNO cabar Anwar saman


Anwar Seorang Pelakon Handalan

Kenyataan YB D Ahmad bin Maslan Ketua Penerangan UMNO, Timb Menteri Di JPM.

1.30 ptg -  24 Jun 2012. 

1. Jika benar akuan D. Murad Khalid dan Ummi Hafilda, maka ternyata Anwar seorang pelakon handalan yang lantang menuduh semua orang lain rasuah tetapi pertanyaan rakyat ialah adakah beliau sendiri tidak terpalit dgn segala rasuah sebab RM3 billion itu jumlah yang teramat besar?..Soalan ini amat penting utk dirungkai.. Yang amat saya hairan juga mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan kumpulan TIBAI yg membuat segala kenyataan yg berani itu. 

2. Anwar jangan ingat rakyat tidak cerdik dan boleh dipesong oleh beliau berkali kali dgn kepetahan berhujah beliau. Anwar telah menonjolkan dirinya dgn suatu imej alim dan bersih dari rasuah. Tapi sekarang semua nya telah diketahui orang ramai sehingga Wan Azizah seakan akan tidak mampu lagi utk menutupnya. Rakyat sedang menanti apa kesudahan isu ini..SPRM, Polis mesti segera siasat pihak2 yg berkaitan, jangan bertangguh agar kebenaran diperolehi. 3. Oleh sebab Wan Azizah terus membisu, maka kita mahu Karpal Singh, Guan Eng, Kit Siang dan Hadi Awang, Nik Aziz pertahankan Anwar dalam pembongkaran kegiatan rm3b dll tuduhan terhadap Anwar yang dibuat oleh Ummi Hafilda & TIBAI. Jika Karpal, Guan Eng, Kit Siang dan Hadi Awang, Nik Aziz mahu pertahankan Anwar ianya perlu dibuat dengan fakta2 kukuh atau pernyataan bersumpah (SD). Kita tidak mahu jawapan politik kosong sahaja yg retorik atau cuba utk mengelak dari berdepan dgn kebenaran..salam

24 Jun 2012

Antara yg hadir di FELDA suharto 
9.30 pg: Felda Suharto Hulu Selangor.. Rasmi Bangunan JKKR
 10.15 pg: Saksi MOU antara HUKM dgn FELDA soharto
 11.45 pg: Himpunan TR1Ma, 10 ribu buah teksi rakyat 1Malaysia di Bkt. Jalil
 12 tghri: Bersama lebih 10 ribu pemandu teksi
 Bacaan ikrar pemandu teksi di hadapan pemimpin
6.15 ptg: Main bowling dgn anak2 di Alamanda, Putrajaya 
8.27 mlm: TV3.. Anwar dicabar saman yg buat dakwaan

200 ahli PSSGM hadir majlis tahlil, solat hajat


Perletakan Batu Asas Bangungan Silat Seni Gayung Malaysia

Acara yang bersejarah
 Baca yasin dan tahlil di Tapak Bangunan Silat Seni Gayung Malaysia di Kg.Pandan
Perletakan batu asas bersejarah bangunan 3 juta 
 Istiadat amanah sandang kebesaran dgn simbol keris
Memakaikan sandang kebesaran kpd Pengarah DBKL

Saturday, June 23, 2012

Segerakan Siasatan Skandal RM3 Bilion Anwar – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 19 Jun – Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) hari ini berharap dan menggesa agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung akuan bersumpah Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan berkata langkah berkenaan penting memandangkan banyak pihak telah meminta perkara berkenaan diambil tindakan oleh kerajaan.
“Lagipun semalam Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami mengharapkan dan gesa agar kerajaan ambil tindakan secepat mungkin berhubung tuduhan berkenaan…..Persoalan Anwar bersalah atau tidak itu adalah perkara berbeda dan rakyat secara keseluruhan telah mengadakan pelbagai laporan polis dan pelbagai NGO juga mengadakan demonstrasi. Ini adalah kenyataan pertama daripada BN kecuali oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini,“ katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Biro Publisiti dan Penerangan di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan parti-parti komponen BN. Turut serta Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis.
Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata : “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
“Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.”
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Ketika mengulas desas-desus yang berlegar hari ini bahawa Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Eskay esok, Ahmad Maslan menimbulkan persoalan kenapakah masa yang cukup panjang diambil oleh Ketua Umum PKR itu untuk berbuat demikian.
“Jika desas-desus itu benar, kenapakah masa yang diambil cukup panjang….Pendedahan itu pada Febuari 2011. Sekarang ini sudah Jun 2012. Mengapa Anwar mengambil masa yang cukup panjang,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengulangi lima pilihan yang diungkapkannya sebelum ini terhadap Anwar Ibrahim dalam usaha menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan dirinya.
Lima pilihan itu tambah beliau antaranya termasuklah mengambil tindakan saman selain mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks itu tidak tulen.
“Jika benar Anwar mahu menyaman Eskay maknanya tinggal lagi empat…. Selain memanggil pakar luar negara, Anwar juga perlu bersumpah laknat sepertimana Eskay dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Selain itu Anwar dan Wan Azizah serta Eskay perlu melakukan ujian poligraf sepertimana cadangan Datuk Husam Musa sebelum ini dalam usaha mengetahui kebenarannya,” kata beliau.
Berhubung mesyuarat jawatankuasa berkenaan, Ahmad Maslan memberitahu pelbagai program yang akan diatur dan dilaksanakan yang menjurus ke arah pilihan raya umum ke-13.
“Dan hari ini kita menyerahlan risalah kepada parti-parti komponen untuk dialih bahasa bagi memudahkan ianya difahami oleh setiap lapisan bangsa. Maknanya risalah itu nanti akan ada dalam bahasa masing-masing,” katanya.

23 Jun 2012

Sarapan pagi ubi kayu dgn ikan kapak masin  
 Program kasihi pekebun.. dengan RISDA & Penoreh getah
 Lawat projek sekolah menengah baru.. SMK Seri Bandar Pontian dgn kos rm26juta.. kontraktor anak tempatan
 mbik kuih ni bang.. Makan ya.. diberi wakil rakyatnya..
 Lulus rm50ribu utk baik pulih surau uzur di Pt. Dua
 Program Santai Belia.. Lulus rm30k untuk pertandingan futsal parlimen pontian
Disambut anak2 pesilat.. 
Gooooollllllll... Rasmi futsal Kg.Puteri Menangis

Jumaat 22 Jun 2012

Sidang Media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC bersama Presiden, SU Agong & Bendahari

Friday, June 22, 2012

Saham FGVH: Peneroka tidak pernah dipaksa tandatangani


KUALA LUMPUR 21 Jun - Peneroka Felda tidak pernah dipaksa untuk menandatangani borang pembiayaan kewangan bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sesi penerangan dijalankan di setiap pejabat rancangan Felda mulai 24 April 2012 berkenaan proses langganan saham FGV, keperluan, kelebihan, risiko serta terma-terma pembiayaan kewangan yang diperinci oleh setiap wakil bank yang dilantik.
Ahmad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohd. Nasir Zakaria (Pas-Padang Terap) yang bertanya mengapa peneroka seolah-olah dipaksa menandatangani borang berkenaan, yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan kurang difahami oleh peneroka.
Menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Pendang) mengenai sumber dana untuk pemberian durian runtuh kepada peneroka, Ahmad berkata, bagi fasa pertama pembayaran duit durian runtuh itu dibiayai oleh Felda dengan menggunakan dana dalaman sementara menerima imbuhan melalui penjualan saham di FGV yang perlu disalur kepada Felda selewatnya akhir bulan depan.
"Pembayaran bagi fasa kedua dan ketiga pula menggunakan wang imbuhan yang akan diterima daripada FGV yang dijangka akan mula dibayar pada Julai 2012.
"Pembayaran bagi fasa pertama sebanyak RM5,000 telah pun selesai dibayar pada Mei lepas. Secara keseluruhannya, Felda memperuntukkan RM1.69 bilion bagi tujuan pemberian durian runtuh ini," katanya dalam jawapan bertulis itu. - BERNAMA

Thursday, June 21, 2012

Saya dlm Sin Chiew Jit Poh, hari ini


2008 iktibar buat jentera BN


KUALA LUMPUR 20 Jun - Kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008 mempunyai hikmah tersendiri bukan sahaja kepada rakyat, malah jentera parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia memberi iktibar kepada semua jentera agar sentiasa menyelesaikan masalah dalaman masing-masing supaya tidak menjejaskan peluang kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Jentera BN jangan mengulangi kesilapan lalu dan selesaikan masalah dalaman dengan segera.
"Masalah utama pada Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah kerana masa banyak terbuang hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman ketika tempoh kempen pilihan raya," ujarnya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa kekalahan BN di beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008 mempunyai hikmah tersendiri.
Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, ia dapat memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang dalam membawa kemajuan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, selepas pilihan raya 2008, BN telah berusaha gigih untuk lebih mendekati rakyat berbanding pembangkang yang dilihat tidak menunaikan manifesto pilihan raya mereka.
Katanya, pentadbiran pembangkang yang mengecewakan di negeri-negeri dikuasai mereka telah membuka mata rakyat segala janji ditaburkan pakatan pembangkang tidak boleh dipercayai kerana ia penuh dengan dusta dan meraih kepentingan politik semata-mata.
"Pada pilihan raya lalu mereka memenangi beberapa negeri, namun sehingga kini rakyat negeri tadbiran mereka 'melopong' menantikan janji-janji sebelum pilihan raya pembangkang ditunaikan," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat kini sudah boleh melihat perbezaan nyata antara pentadbiran kerajaan BN dan pembangkang dalam menjamin kebajikan mereka.
Beliau memberitahu, sikap pembangkang yang tidak menunaikan janji dengan memberi pelbagai alasan telah menjadi tumpuan penilaian rakyat.
"Secara jelas, pelbagai janji seperti pendidikan tadika percuma dan pengurangan cukai pintu di Selangor tak dapat dilaksanakan. Kalau peringkat negeri pun janji-janji tak boleh ditunai apatah lagi janji-janji besar dalam Buku Jingga mereka?
"Justeru, semasa membuat pemilihan ketika pilihan raya umum nanti, bolehlah rakyat nilai mereka dengan pencapaian dan bukan janji," tambahnya.

Monday, June 18, 2012

Pas Tidak Ikhlas Perjuang Institusi Raja – Ahmad Maslan


Bagan Serai– PAS tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.
“Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar.
“Nizar pula ‘baling batu sembunyi tangan’, berbelit-belit cakap, menuduh orang lain…jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.
Ahmad mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu.
Khamis lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kenyataan PAS supaya anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum menangguh ibadah haji tahun ini menunjukkan mereka ‘mendaulatkan’ parti.

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa..2 prgm di Semporna & 2 prgm di Penampang Sabah hari ini..bangun 5pg, keluar rumah 5.30, naik Air Asia KL Tawau 7pg, berkereta sejam ke Semporna, ptg naik MAS Tawau KK, pergi Penampang, balik Air Asia KK KL 11mlm tiba KL 1.30pg tiba rumah 2pg..Kerja 21 jam hari ini sbg bapa yg berkhidmat utk rakyat demi sebuah perjuangan yg mulia..adakah letih?..mudah2an tidak & doakan kesihatan..Salam

Tindakan disiplin perlu dikenakan - Ahmad



PONTIAN 15 Jun - Pas diminta mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ekoran kritikannya terhadap bidaan nombor kenderaan WWW 1 baru-baru ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas sama ada menyokong atau tidak bersetuju dengan kritikan pemimpin itu.
Menurutnya, jika Pas tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, tindakan disiplin perlu dikenakan ke atas Mohammad Nizar yang sebelum ini juga pernah mengeluarkan perkataan sembah derhaka terhadap Sultan Perak.
"Sebagai parti dalam pakatan pembangkang yang mendakwa turut mempertahankan institusi raja-raja Melayu, Pas perlu menasihati Mohammad Nizar agar meminta maaf kepada Sultan Johor serta rakyat Johor dengan segera,'' katanya selepas melawat projek pembinaan Sekolah Agama Kampung Seri Pulai, di sini hari ini.
Katanya, jika Pas benar-benar mendokong ketelusan dan integriti seperti tindakan ke atas beberapa pemimpin Pas sebelum ini, tindakan sama juga perlu dibuat ke atas Mohammad Nizar.
Baru-baru ini, kritikan Mohammad Nizar menerusi akaun Twitternya mengenai bidaan nombor WWW 1 dengan nilai RM520,000 oleh Sultan Johor menerima kecaman dan bantahan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Malah Ahad lalu, kira-kira 30,000 rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai kaum berhimpun di pekarangan Istana Pasir Pelangi iaitu kediaman rasmi Sultan Ibrahim untuk menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika Pas boleh memecat pemimpin mereka yang tidak bersetuju mengenai dasar pakatan pembangkang, tiada bezanya dengan Mohammad Nizar yang telah menghina institusi raja-raja Melayu.
"Kepimpinan tertinggi Pas tidak boleh lepas tangan dan membiarkan Mohammad Nizar lepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan disiplin ke atas beliau," katanya.
Katanya, teguran Sultan Johor itu juga perlu menjadi ingatan dan iktibar kepada ahli politik supaya dapat menjaga batas-batas dan tidak terkeluar daripada peradaban yang boleh disifatkan sebagai biadab.
Beliau juga menyifatkan sikap Mohammad Nizar yang menyalahkan media arus perdana sepertiUtusan Malaysia dan TV3 dengan mendakwa memutarbelitkan kenyataannya sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Beliau boleh menyemak satu persatu catatan di dalam Twitter itu, bukan menuduh pihak lain memutarbelitkan kenyataannya dan jangan bersikap seperti lempar batu sembunyi tangan," katanya.

DS Rosmah Lancar NGO