Sunday, June 17, 2012

Kakitangan Felda layak terima saham 2.5 peratus - Ahmad Maslan


KUALA TERENGGANU 10 Jun - Kakitangan Felda layak menerima saham 2.5 peratus hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad pemberian itu wajar dilakukan setelah mengambil kira beberapa faktor yang dianalisa secara mendalam oleh Felda tanpa mengabaikan nasib mana-mana pihak.
"Kakitangan dan peneroka Felda masing-masing menerima saham sebanyak 2.5 peratus, namun disebabkan bilangan peneroka lebih ramai berbanding kakitangan, agihan saham yang diterima peneroka kelihatan lebih kecil berbanding kakitangan.
"Kita mempunyai 112,635 peneroka di seluruh negara manakala bilangan kakitangan hanya 23,000 orang," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment