Monday, July 30, 2012

Tindakan Lajim Adalah Langkah Sumbang Dalam Perjudian Politiknya – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR,  30 Julai –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta adalah langkah sumbang dalam perjudian politiknya.
Namun tambah beliau pada masa yangh sama tindakan Lajim itu menguntungkan UMNO terutama Barisan Nasional (BN) kerana tiada lagi ada gunting dalam lipatan.
“Taat kepada perjuangan, setia kepada parti, yakin kepada kemenangan adalah antara ciri utama ahli UMNO/BN….. 11 YB PKR (5 ADUN, 6 MP), Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Setiausaha Agong, Doktor Peribadi, Peguam Peribadi, Setiausaha Sulit dan 90 peratus pengasas asal PKR tinggalkan Anwar.
“….Lajim Ukin ikut Anwar atas isu peribadi di Beaufort,.. ini langkah sumbang dalam perjudian politiknya tapi untungkan BN yang tiada lagi ada gunting dalam lipatan”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini
Jelas beliau lagi kepentingan parti mesti mengatasi kepentingan peribadi dan ini selalu disebut oleh Presiden parti namun Lajim melupakan hal itu dan mengambil langkah yang silap mengikut Anwar Ibrahim yang telah ditinggalkan oleh ramai orang kanannya sendiri.
“Perjudian hidupnya itu bakal menyaksikan kekalahan yang teruk kerana silap perkiraan….bukankah rakyat semakin beralih menyokong Datuk Seri Najib dan BN dengan pelbagai touchpoints atau sentuhan rakyat yang sedang dilaksanakan dengan jayanya sekarang.
“Jika Lajim fikir ramai orang lain akan ikut beliau, saya kira itu juga silap kerana sifat berpolitik beliau yang tidak setia itu sudah diketahui ramai sejak tahun 1994 lagi..ctiada tempat akhirnya untuk mereka yang tidak setia dalam perjuangan yang beralih daripada kebenaran kepada kemungkaran..
“…lainlah jika beralih dari kemungkaran politik kepada kebenaran perjuangan sebagai mana orang-orang kanan Anwar yang telah keluar.. apa yang dibuat Lajim  berlawanan dari arus perdana..yakinilah BN akan menang”, katanya.

Pelancaran AlQuran terjemahan Lafziyyah


Berdoa mohon keberkatan tiba PM & Isteri di Sik Kedah

MediaUMNO :

Taat kpd perjuangan, setia kpd parti, yakin kpd kemenangan adalah antara ciri utama ahli UMNO/BN.. 11 YB PKR (5 ADUN, 6 MP), Timb Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, SU Agong, Doktor Peribadi, Peguam Peribadi, SU Sulit & 90% pengasas asal PKR tinggalkan Anwar.. Lajim Ukin ikut Anwar atas isu peribadi di Beaufort, berlawan dgn Ketua Wanita beliau D Azizah.. Ini langkah sumbang dlm perjudian politiknya tapi untungkan BN yg tiada lagi ada gunting dlm lipatan.. Kata D Ahmad Maslan di PDM Teloi Kanan, Baling bersama D Azeez Rahim mlm tadi & bersahur dgn rakyat.

MediaUMNO :

YAB PM umum duit raya RM400 kpd 112,635 peneroka berjumlah RM43.2 juta semalam, baiki 1,000 rumah daif sekitar Felda Wilayah Kedah/Perlis dgn nilai RM5 juta & pecah tanah Jalan Teloi Timur ke Sik RM50 juta.. Taat & setia, berlaku adil & tepati janji adalah akhlak Islam.. Kemakmuran Felda juga adalah kemakmuran rakyat Msia kata PM dlm Prgm Rahmat Ramadhan di Sik Kedah, dihadiri DS Rosmah, DS Jamil, DS Chor, D Ahmad Maslan, TS Isa, D Bashah, D Tajuddin & lebih 8 ribu hadirin.

Ibu tunggal gembira terima hadiah raya


SIK 29 Julai - Seorang ibu tunggal, Kamaliah Ahmad, 50, menyifatkan sumbangan Felda bagi membaiki rumahnya sebagai hadiah Aidilfitri yang bakal mengubah kehidupan keluarganya.

Tambah bermakna buat Kamaliah apabila rumahnya di Kampung Teloi Tua di sini, turut menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Kamaliah berkata, dia amat bersyukur dengan pemberian bantuan daripada Felda untuk membaiki rumahnya dengan kos RM5,000 yang daif dan telah diduduki sejak 28 tahun lalu.
"Terima kasih banyak-banyak apatah lagi sumbangan ini diterima pada Ramadan dan boleh dikatakan hadiah hari raya, maka bolehlah kami beraya dengan rumah yang lebih selesa," kata ibu kepada lima anak itu ketika ditemui di rumahnya.
Kunjungan tersebut turut disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Tajudin Abdullah.
Kamaliah berkata, dia tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu sudi bertandang ke rumahnya dan ia merupakan saat yang istimewa dalam hidupnya.
"Selalu tengok beliau dalam televisyen tetapi hari ini dapat bersemuka, memang kami amat seronok," katanya yang menjual kuih-muih untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Duit raya untuk peneroka



Najib Tun Razak menyampaikan skim bantuan Kasih Felda kepada Kamaliah Ahmad (tiga dari kiri) untuk membaiki rumah ibu tunggal itu di Kampung Teloi Tua, Sik, semalam. Turut sama, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (tiga dari kiri) dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (kiri). - bernama

SIK 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata, pemberian itu terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda sebagaimana kaedah yang sama pada 2011.
"Seramai 103,597 orang atau 91.9 peratus peneroka Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM41.1 juta.
"Seramai 9,038 orang pula atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda turut menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta," katanya ketika berucap pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda 2012 di Sekolah Kebangsaan Beris Jaya, di sini hari ini.
Menurut Najib, pemberian duit raya kepada peneroka telah dilaksanakan sejak 2003 dan bayaran pada tahun ini bertambah sebanyak RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding 2011 iaitu sebanyak RM42.6 juta.
Katanya, pemberian duit raya itu diharap dapat meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Tambah beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda di seluruh negara.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan program kerohanian kepada semua masjid di tanah rancangan Felda iaitu bagi program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000, sagu hati kepada jawatankuasa masjid (RM792,000) dan program Ihya Ramadan Kawasan Parlimen Felda (RM540,000).
Selain itu, Najib turut memberi duit raya kepada wilayah Alor Setar berjumlah RM1.58 juta dan durian runtuh kepada penerokawati wilayah tersebut sebanyak RM20.2 juta.

UMNO Tanah Merah bantu 5,000 asnaf



Ahmad Maslan (tiga dari kanan) diiringi Ikmal Hisham (tiga dari kiri) beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Tanah Merah sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 28 Julai - UMNO Bahagian Tanah Merah akan menghulurkan sumbangan zakat kepada lebih 5,000 asnaf termasuk ibu tunggal dan warga emas sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, sudah menjadi tradisi pada setiap kali Ramadan dan Aidilfitri UMNO bahagian berkenaan akan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
''Ia merupakan komitmen UMNO Tanah Merah kepada penduduk dikawasan ini.
"secara tidak langsung ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan mereka dalam menyambut bulan mulia ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini, malam tadi jelas memperlihatkan perpaduan kukuh umat Islam di kawasan tersebut.
Ikmal Hisham menjelaskan, UMNO Bahagian Tanah Merah juga akan meneruskan usaha membantu penduduk di daerah ini bagi membolehkan mereka menikmati taraf kehidupan lebih baik pada masa hadapan.
''Kita juga akan memberikan fokus kepada aspek kebajikan terutama melibatkan pendidikan anak-anak Tanah Merah,'' katanya.
Beliau berkata, usaha UMNO bahagian selama ini telah berjaya membantu pendidikan anak-anak Tanah Merah sehingga ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan luar negara.
Mengenai gerak kerja parti, Ikmal Hisham yakin pendekatan yang digunakan selama ini diterima oleh rakyat.
"Ini membuka peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menguasai semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di sini," ujar beliau.
Katanya, penduduk Tanah Merah sememangnya sangat dahagakan perubahan memandangkan wakil rakyat yang ada tidak mampu membela nasib mereka.
Beliau berkata, rakyat di kawasan Parlimen ini akan menikmati banyak perubahan ketara jika UMNO dan BN diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

RM4.25j diperuntuk bayar bonus


Mohd. Ali Rustam (depan, enam dari kiri) dan Ahmad Maslan (tujuh dari kiri) bersama pelajar mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Mahasiswa IPTA dan IPTS negeri Melaka di Kolej KUIM, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, kelmarin.

ALOR GAJAH 27 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4.25 juta untuk membayar bonus kepada kira-kira 4,179 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, semua kakitangan dalam pelbagai sektor di negeri ini akan diberi setengah bulan gaji atau bayaran minimum sebanyak RM500.
Menurutnya, langkah itu diambil selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu yang mengumumkan pemberian bonus Aidil Fitri kepada 1.27 juta penjawat awam dan 657,000 pesara.
''Saya harap dengan dengan pemberian bonus ini ia akan dapat membantu penjawat awam membuat persiapan menyambut Aidil Fitri seperti membeli barang keperluan dan sebagainya.
''Pemberian bonus ini membuktikan sikap prihatin kerajaan negeri dan Pusat terhadap seluruh penjawat awam dan mereka sewajarnya menghargai langkah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Pemimpin Bersama Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) negeri Melaka di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin dan Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim.
Kira-kira 500 mahasiswa daripada 10 IPTA di negeri ini menghadiri majlis tersebut.
Mohd. Ali turut mengingatkan penjawat awam agar menggunakan pemberian wang bonus tersebut untuk berbelanja secara berhemah.

RM563 juta buat isteri peneroka


TEMERLOH 27 Julai - Felda memperuntukkan sebanyak RM563 juta bagi fasa kedua pengagihan wang durian runtuh membabitkan 112,635 isteri peneroka di seluruh negara berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka itu adalah sebagai menghargai jasa mereka sebagai tulang belakang kepada peneroka dalam membantu membangunkan Felda.
"Pahang mencatat jumlah pembayaran yang tertinggi iaitu sebanyak RM215.6 juta membabitkan 43,124 isteri peneroka.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wang durian runtuh fasa kedua kepada 935 isteri peneroka Felda Lakum dan Bukit Damar, Lanchang dekat sini semalam.

Friday, July 27, 2012

MediaUMNO:

Sebanyak rm563 juta diperuntukan bagi bayaran rm5 ribu durian runtuh fasa 2 kpd 112,635 penerokawati di 317 rancangan Felda seluruh negara sempena penyenaraian FGV..Ia telah diumumkan oleh YAB PM sblm ini sempena perasmian Menara Felda..Kata D Ahmad Maslan dlm majlis berbuka & serahan cek di PDM Felda Lakum & PDM Felda Bkt Damar, Temerloh bersama Exco Pahang D Sharkar malam tadi.

MediaUMNO:

Agensi Penguatkuasaan Maritim Msia APMM telah melaksanakan operasi berkesan bila hanya 2 kes lanun terhadap kapal dagang di Selat Melaka sejak 2009 hingga kini yg sebelum itu banyak berlaku..Purata 77 ribu buah kapal dagang & 50 ribu kapal kecil melalui Selat Melaka setahun..Kata D Ahmad Maslan dlm majlis berbuka & bertarawih atas kapal Maritim Marlin APMM di Pelabuhan Klang. 

Di FELDA LAKUM

Berbuka Puasa bersila dgn peneroka FELDA Lakum ptg ini.. turut kelihatan ialah Datuk Sharkar, ADUN Lanchang & Tn Hj. Jahaya RGM Wilayah mempaga

6 Ramadhan

Majlis Mesra Pemimpin, ceramah & Dialog dgn 800 pimpinan 10 IPTA/IPTS Negeri Melaka di KUIM bersama YAB CM
 Memeriksa perbarisan JPAM di KUIM 
Antara siswa/siswi yg hadir di KUIM 
 Masak bubur lambuk dgn siswa/i Fakulti Hospitaliti & Pelancongan KUIM dgn CM DS Ali
Bubur Lambuk 1Malaysia 
Mengibarkan jalur gemilang dgn CM Melaka di KUIM 

Berbuka Puasa dan bertarawikh bersama anggota APMM

 Bertarawikh diatas kapal bersama anggota APMM
 Sempat saya memberi tazkirah selepas tarawikh
Keindahan mentari senja di Pelabuhan Klang dari atas kapal Maritim Marlin menjelang berbuka semalam 
Kapal Maritim Marlin 
 Berbuka puasa diatas kapal bersama Dato Ahmad Puzi, TKP APMM
Bertarawikh bersama 
Bermesra bersama anggota APMM yang bertugas

Ahli Parlimen BN Bukan Barang Dagangan Murahan Untuk DiJual Beli – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pendedahan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa adanya usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membeli ahli-ahli Parlimen BN jika gagal membentuk kerajaan pada PRU akan datang ini, merupakan satu kesinambungan usaha kotor beliau yang sebenarnya sudah menjadi  ‘rahsia umum’ di mana rakyat negara ini turut mengetahui tentang perkara tersebut.
Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, Anwar akan terus cuba memujuk dan membuat tawaran harga terhadap ahli Parlimen BN lantaran beliau masih berpegang dengan sangkaannya, bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO merupakan barang dagangan yang begitu mudah untuk dijual beli.
“Akibat sangkaan tersebut, justeru itu lahirlah pembohongan yang paling besar dan paling dahsyat dalam sejarah politik tanahair, iaitu pembohongan 16 September. Itulah satu-satunya pembohongan yang amat besar oleh seorang pemimpin politik yang akan dikenang oleh rakyat di negara ini.
“Cuma hari ini saya nak bagitau pada Anwar, ahli-ahli Parlimen BN tidak mudah dijual beli. Ahli-Ahli Parlimen BN setia dengan janji untuk berkhidmat pada rakyat. Mereka berjuang da
n bergerak untuk kepentingan rakyat dan negara. Bukan semudah itu mahu membeli maruah dan prinsip ahli-ahli Parlimen BN,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, Anwar sepatutnya berpegang teguh dengan prinsip dan intergriti yang selama ini dilaung-laungkannya dan janganlah bersikap di depan lain di belakang lain.
Jelasnya, amalan budaya rasuah politik seperti ini amat bahaya kerana ia boleh menjadi penyebab pelbagai masalah di dalam pentadbiran negara.
Selain itu, beliau turut membidas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkenaan isu tema hari kemerdekaan tahun ini, Janji Ditepati.
Menurutnya, Setiausaha Agung PAS itu patut berfikiran lebih terbuka dan di luar kotak, dengan tidak melihat slogan itu dari sudut politik semata-mata.
“Inilah jadinya apabila segala perkara dinilai dan dilihat dari sudut politik. Bukan kita sebutpun nama mana-mana parti politik dalam tema tersebut. Slogan itu merupakan salah satu nilai moral yang baik dan universal serta diterima oleh semua manusia.
“Menepati janji, merupakan slogan yang mengingnatkan rakyat tentang nilai yang amat mulia dan merupakan satu perbuatan terpuji.
“Ini juga adalah sebagai satu ransangan dan motivasi kepada rakyat baik di peringkat mana sekalipun. Sebagai ayah, sebagai ibu,sebagai anak, sebagai majikan, sebagai pekerja dan sebagai manusia, menepati janji adalah sikap yang mulia dan patut dijadikan amalan semua,” ujar beliau.
Justeru itu, beliau meminta para pemimpin pembangkang agar tidak melihat segala usaha kerajaan hanya berdasarkan bacaan politik semata-mata. Kata beliau, jika pemimpin pakatan pembangkang melihat setiap langkah dan usaha kerajaan hari ini dari sudut politik semata-mata, ini cukup jelas membuktikan bahawa cara berfikir pemimpin pembangkang tidak matang dan terbuka, serta hanya mampu berfikir dari sudut satu aspek sahaja.

Selection Of Independence Day Theme Is Prerogative Of Government - Ahmad Maslan


Tolak tema bukti PR gagal tunai janji


SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) agar tidak melatah dengan tema Hari Kemerdekaan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' kerana membawa banyak maksud yang baik.

Menurutnya, tema tersebut memenuhi ciri-ciri dan nilai akhlak yang baik untuk rakyat negara ini tanpa mengira agama ataupun bangsa.“Kenapa pembangkang perlu melatah? Janji ditepati adalah satu nilai akhlak yang baik sama ada antara manusia dengan manusia, ketua dengan pekerja, sesama ahli keluarga, sesama rakan, dan juga antara kaum di Malaysia.“Apatah lagi antara kerajaan dan rakyat, janji mesti ditepati,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Kelmarin, PR memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pusat agar menukar tema Hari Kemerdekaan tahun ini kerana mendakwa ia tidak wajar,  malah tidak memberi gambaran terbaik berkenaan dengan semangat kemerdekaan.Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tempoh seminggu diberikan kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kemerdekaan kepada yang lebih inklusif.Justeru itu, Ahmad berkata, pembangkang tak perlu melatah kerana pemilihan tema itu sangat sesuai dengan sifat seorang Muslim yang baik dan mengikut ajaran Islam.“Janji ditepati adalah satu nilai yang universal yang mesti diamalkan oleh semua orang dan sesuai dengan kepelbagaian kaum, agama dan bangsa di Malaysia.“Jangan mereka (pembangkang) melihat itu dari sudut politik sahaja, mereka perlu melihat dengan sudut lebih meluas,” katanya lagi.

Tuesday, July 24, 2012

Jangan halang pembangunan


PONTIAN 18 Julai - Orang ramai diminta memberi kerjasama dan tidak menghalang sesuatu projek pembangunan yang mahu dijalankan supaya ia dapat dibina mengikut tempoh yang ditetapkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sekiranya sesuatu projek itu lewat disiapkan, dikhuatiri kosnya akan meningkat dan menambah beban kewangan kerajaan.
Menurutnya, projek kemudahan awam seperti sekolah, masjid, surau dan pusat kesihatan dibina bagi manfaat serta faedah orang ramai dan sekiranya timbul masalah seperti kerosakan jalan disebabkan penggunaan kenderaan berat, ia hanya bersifat sementara dan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan setelah projek tersebut siap.
"Kerosakan jalan atau masalah lain adalah bersifat sementara dan peluang wajar diberikan kepada kontraktor bagi melaksanakan kerja tersebut dengan segera tanpa sebarang halangan," katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Agama Seri Semangat yang menelan kos RM1.8 juta di Kampung Parit Stan, Benut di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Agama Daerah Pontian, Abu Sani Kalam.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, sebelum ini ada pihak yang sengaja cuba menghalang sesuatu projek dilaksanakan demi kepentingan politik tanpa mengambil kira keperluan penduduk.
"Peluang juga perlu diberikan kepada masyarakat di luar bandar yang juga mahu keperluan setaraf dengan apa yang dinikmati di bandar atau di tempat-tempat yang lebih awal menerimanya," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak kontraktor supaya peka dan mengambil langkah menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan pentadbiran mukim.
Mengenai pembinaan Sekolah Agama Seri Semangat, ia merupakan sebahagian daripada 14 projek sekolah agama di daerah Pontian yang mula dibina pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

PRU13: Umno gerak 6,667 pusat daerah mengundi




PUTRAJAYA - Umno telah mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara.
"Kita telah memberi taklimat kepada semua Ketua Penerangan Umno Negeri untuk mengadakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan ini. Umno pusat akan menyalurkan peruntukan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti termasuk berbuka puasa dan bersahur.
"Jentera bahagian Umno telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa. Sehubungan itu Umno mengaktifkan PDM sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Nur Ramadan di kediamannya di Presint 10 di sini.
Kira-kira 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih, Hulu Kelang, Rumah Anak Yatim, Miskin, Shifa, Setapak dan Rumah Kebajikan Al-Nasuha, Gombak hadir pada majlis tersebut.
Ahmad berkata setiap bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengambil satu PDM sebagai anak angkat untuk memastikan jentera parti mendekati pengundi di peringkat akar umbi.- Bernama

Seminar Pemahaman Wasatiyyah akan diperluaskan


AHMAD Maslan menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Zahri Jamil (dua dari kanan) selepas perasmian Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia Peringkat Negeri Johor di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor,


JOHOR BAHRU 19 Julai - Kerajaan akan mengkaji cadangan memperluaskan Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia ke pelbagai peringkat termasuk di kementerian, institusi pengajian tinggi (IPT) dan daerah pada masa akan datang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, selepas berjaya melaksanakannya di seluruh negara pihaknya menerima cadangan menganjurkannya dengan lebih luas bagi membantu meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap konsep kesederhanaan.
"Kita ada menerima cadangan untuk program ini dibawa ke peringkat daerah serta di peringkat kementerian dan IPT. Saya akan meneliti cadangan ini.
"Saya akan berbincang dengan Biro Tatanegara mengenai perkara ini kerana sebelum ini, mereka sudah mengadakan seminar 1Malaysia di peringkat daerah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup seminar tersebut di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Ahmad berkata, seminar yang dianjurkan kali ini lebih memberikan fokus kepada golongan penjawat awam khususnya ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan orang awam.
Tambahnya, sejak dilaksanakan pada Jun lalu di Kedah, lebih 30,000 peserta menghadiri seminar berkenaan dan lebih membanggakan ia turut mendapat sambutan masyarakat bukan bumiputera.
"Seminar kali ini kurang penyertaan daripada siasah politik kerana sebelum ini kita sudah adakan program penerangan perdana untuk mereka.
"Pada masa sama, kita berharap konsep ini akan dijadikan amalan oleh rakyat Malaysia," katanya.

FGV listing benefits all, says Najib

WIN-WIN SITUATION: ‘no reason for others to envy felda settlers'


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak hands over Felda Kasih aid to Kamarun Helan Jaafar Sidek, 49, while FELDA chairman, Tan Sri Isa Samad and Deputy Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Ahmad Maslan (second from right)look on at kampung Air Hitam.

JERANTUT: THERE is no reason for others to envy Felda settlers as the listing of Felda Global Ventures Holdings (FGV) has also benefited those outside the settlement schemes through its shares and various aid programmes, Datuk Seri Najib Razak yesterday said.
He said the public could also enjoy the wealth created by Felda as FGV shares were also bought by various public agencies and investment funds such as Tabung Haji, Employees Provident Fund, Permodalan Nasional Bhd and state governments.
At the same time, he said, Felda also paid huge amounts of tithes to religious authorities every year.
“All will enjoy the benefits, including state governments such as Pahang, which was allocated RM250 million worth of FGV shares,” he said after launching the Kas1h Felda programme at Felda Padang Piol here.
The prime minister said a total of RM60 million had also been allocated to Yayasan Felda to repair 12,000 houses in villages near 317 Felda schemes nationwide under the Kas1h Felda programme.
For the first phase, Yayasan Felda will spend RM20 million to help 4,000 eligible households, which will receive RM5,000 each to repair their homes.
On the decision by an agency under the Pas-led Kedah government to sell its FGV shares after the purchase was heavily criticised, Najib said those who opposed the listing should not buy the shares in the first place.
He also said the 800 units of FGV shares offered to each settler were adequate as a higher number of shares would require them to take bigger loans.
Asked whether Felda should take legal action against those who gave misleading information and spread lies on the FGV listing, Najib said it should not be the main option as the government had always given priority to countering baseless allegations with facts.
“Legal action will take time and involve technical matters. We should instead focus on convincing Felda settlers that the listing and other initiatives by the government will always benefit them.” Earlier, Najib said each Felda settler had to fork out about RM68,000 if they wanted to buy FGV shares that would give them profits similar to the RM15,000 windfall that Felda agreed to give them.
“We have made it easier for them (by giving the windfall) and this is indeed a very special arrangement for them.” Contrary to allegations made by the opposition, Najib stressed the FGV listing was very successful, with its shares being sought after, including by the rich Qatari government, whose prime minister had requested to buy “as many as possible” of FGV shares.
However, Najib said the government had decided to give priority to Felda settlers who would own 22.5 per cent of FGV shares through individual ownership and a special fund created for them.
He said Felda settlers would continue to receive other benefits, including duit Raya, of which the amount would be announced during the fasting month.

Jangan iri hati nikmat yang dimiliki peneroka: Najib


JERANTUT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, peneroka berhak menikmati apa yang dikecapi kini kerana mereka telah berjuang lebih separuh abad menerusi program rancangan pembangunan tanah untuk mengubah nasib mereka. 

Beliau berkata, ramai masyarakat luar kini menganggap peneroka sebagai 'anak emas' perdana menteri berikutan pelbagai insentif dan nikmat yang mereka peroleh ketika ini seperti bonus, kemudahan pinjaman perumahan, saham dan durian runtuh. "Kalau hari ini peneroka dapat lebih, jangan iri hati, jangan jaki kerana mereka telah berjuang lebih separuh abad. "Kalau yang tak tabah, ada yang lari balik kampung lama (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis Program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) di Padang Piol, dekat sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad. Najib berkata, kejayaan yang dinikmati peneroka dan FELDA bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran sepanjang 56 tahun membangunkan tanah rancangan itu. "Ramai yang mahu sertai semula FELDA, ada yang hulur surat kepada saya, kepada Ahmad Maslan, kepada Tan Sri Isa. "Jasa FELDA sangat besar sebenarnya, ramai anak-anak peneroka berjaya, ada yang menjadi pegawai tinggi kerajaan dan menjadi golongan profesional," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata, nikmat yang dikecapi peneroka bukanlah sesuatu yang mudah dan datang sebegitu sahaja. Kejayaan yang dinikmati FELDA sebenarnya turut melimpah ruah kepada masyarakat sekelilingnya seperti Program Kasih FELDA yang turut dinikmati penduduk kampung tradisional sekitar tanah rancangan, katanya. Program Kasih FELDA yang dilancarkan perdana menteri hari ini adalah program membaikpulih perumahan bagi penduduk di kampung-kampung tradisional yang berhampiran dengan 317 tanah rancangan FELDA. Program itu memperuntukkan RM5,000 bagi satu keluarga mengikut garis panduan yang ditetapkan Yayasan FELDA dalam projek membaikpulih rumah tradisi di kampung bersebelahan atau berhampiran tanah rancangan FELDA. - BERNAMA 

Puak sederhana mesti bersuara



KUCHING 18 Julai - Sudah tiba masanya untuk golongan sederhana yang sebenarnya membentuk kelompok majoriti di negara ini bersuara bagi mengenepikan puak yang ekstrem khususnya dalam bidang politik.
Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Tan Sri Adenan Satem berkata, puak yang ekstrem di negara ini tidaklah kuat, cuma mereka lebih banyak membuat 'bising' sekali gus membentuk persepsi bahawa mereka adalah ramai.
Tegasnya, tiada apa lagi yang perlu ditunggu oleh golongan sederhana untuk bertindak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memimpin gerakan kesederhanaan di peringkat global.
"Majoriti rakyat Malaysia adalah sederhana dalam sikap dan pendirian tetapi mereka adalah majoriti dalam senyap. Masalahnya, mereka ini terlalu berdiam diri.
"Sekarang sudah tiba masanya untuk kumpulan sederhana ini bersuara bagi mengetepikan puak yang ekstrem, majoriti yang senyap ini tidak boleh lagi berdiam diri malah Perdana Menteri telah menunjukkan kepimpinannya," kata beliau.
Adenan berkata demikian sewaktu merasmikan majlis Penutupan Seminar Pemahaman Kesederhanaan (Wasatiyah) dan 1Malaysia yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, di sini petang semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Adenan berkata, kesederhanaan juga perlu diamalkan dalam politik antaranya dengan menerapkan elemen hormat menghormati.
Menurut beliau, cara berpolitik mencerminkan budaya, amalan dan masyarakat yang diwakili oleh seseorang tokoh itu.
"Maka ketepikan pihak pelampau, pinggirkan mereka supaya golongan itu jadi terasing," katanya.

12,000 rumah tradisi dibaiki


NAJIB Tun Razak bersama tuan rumah Kamarun Helan Jaafar Sidek (empat kanan) melihat papan tanda penerima bagi program Skim Bantuan Kasih Felda di Kampung Air Hitam di Jerantut, Pahang, semalam. Memerhatikan ialah Mohd. Isa Abdul Samad (tiga kanan) dan Ahmad Maslan (dua kanan). - BERNAMA

JERANTUT 20 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebanyak 12,000 buah rumah di kampung-kampung tradisional sekitar 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara bakal dibaik pulih menerusi peruntukan RM60 juta di bawah Skim Bantuan Kasih Felda.
Perdana Menteri yang melancarkan program berkenaan di Felda Padang Piol di sini hari ini berkata, menerusi fasa pertama program berkenaan, sebanyak 4,000 buah rumah akan dibaiki tahun ini melibatkan peruntukan RM5,000 setiap unit mengikut garis panduan ditetapkan Yayasan Felda.
"Kita akan cuba percepat program ini supaya lebih ramai dapat nikmatnya kerana jumlah yang diumum hari ini adalah permulaan dan jika ada rezeki lebih kita akan tambah lagi.
"Ini kerana falsafah kita adalah untuk membolehkan kejayaan Felda tidak hanya dirasai peneroka sebaliknya dikongsi rakyat teramai," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Program Skim Bantuan Kasih Felda merupakan ilham Perdana Menteri yang diumumkan pada Program Sejahtera Peneroka sewaktu pengumuman durian runtuh di Jengka Lapan, dekat sini, pada 8 Mei lalu.
Sementara itu, Najib berkata, Skim Bantuan Kasih Felda dirancang kerana kerajaan sedar di sekeliling tanah rancangan masih mempunyai kampung-kampung lama dan tradisi yang mana kehidupan sebahagian penduduknya tidak sebaik peneroka di tanah rancangan.
Namun, katanya, kejayaan yang dikecapi peneroka hari ini tidak harus menimbulkan rasa iri hati mana-mana pihak kerana mereka telah berjuang menghadapi segala cabaran bergelar peneroka selama berpuluh-puluh tahun.
"Kalau hari ini peneroka dapat rezeki lebih, kita jangan iri hati. Peneroka telah berjuang separuh abad, kalau tak tabah, ada lari balik kampung. Yang lari dari Felda kini menyesal seribu kali apabila pendapatan bersih bulanan peneroka mampu cecah RM5,000. Itu tak termasuk dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan insentif lain termasuk durian runtuh.
"Tunggu seminggu dua lagi, duit raya saya jamin dapat. Bonus pun dapat. Duit raya siapa setia bersama Felda dia dapat lebih. Cuma yang buat saya darah mendidih apabila yang fail injunksi (halang penyenaraian), dia dulu pergi ambil duit," jelasnya.
Dalam ucapannya, Najib turut mengingatkan peneroka mengenai kepentingan memilih kerajaan yang mampu memastikan dasar yang diperkenalkan mempunyai kesinambungan bagi membolehkan misi dan visi yang ditetapkan dapat dicapai.
Katanya, ia dapat dilihat menerusi kejayaan Felda yang mana banyak negara termasuk di benua Afrika cuba meniru konsepnya namun gagal kerana di negara berkenaan tidak mempunyai kestabilan politik sehingga menyukarkan kesinambungan dasar.
"Nak sampai ke sini kena separuh abad baru kita dapat lihat gagasan Felda. Kalau asyik ubah macam mana kita nak dapat.
"Sebab itu kita mesti ada kesinambungan dalam perjuangan dengan syarat kita ada kerajaan yang tahu tadbir, ada misi dan semangat daya juang dari dahulu sampailah hari ini, yang mana kita tak jemu-jemu berjuang untung nasib rakyat," ujarnya.

Warga miskin terima bantuan Ramadan


AHMAD Maslan (tiga dari kanan) dan Noraini Sulaiman (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan sempena Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Api-Api, Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 21 Julai - Seramai 1,770 golongan miskin termasuk ibu tunggal menerima bantuan sempena Ramadan daripada Pejabat Ahli Parlimen Pontian di dua lokasi berasingan, di sini baru-baru ini.
Penerima yang layak berdasarkan maklumat yang diberikan pimpinan UMNO cawangan di kawasan Parlimen berkenaan.
Sempena majlis penyampaian bantuan kepada golongan tersebut, agihan sumbangan turut diberikan kepada 51 masjid dan 120 surau di seluruh kawasan Parlimen bagi kegunaan sepanjang Ramadan ini.
Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Noraini Sulaiman di Masjid Jamek Kampung Api-Api dan Kampung Parit Tengah, di sini.
Ahmad dalam ucapan ringkasnya berharap sumbangan itu mampu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan.
Beliau berkata, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sumbangan kali ini diberikan lebih awal memandangkan beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO agak sibuk menjelajah ke seluruh bahagian UMNO di seluruh negara.
Menurutnya, bantuan tersebut merupakan tanda ingatan pihaknya kepada golongan yang kurang berkemampuan dan pihak masjid serta surau yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan ummah di kariah masing-masing.
"Masjid dan surau perlu terus diimarahkan dengan aktiviti bagi meningkatkan lagi ketakwaan umat Islam dengan penganjuran program seperti tadarus al-Quran, qiamullail, tazkirah dan sebagainya," katanya.

Taksub boleh cetus keganasan




JOHOR BAHRU 20 Julai - Sikap taksub sesetengah golongan dalam memperjuangkan agenda sempit hanya mengundang kepada keganasan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ketaksuban melulu sering menjadikan golongan itu menolak mentah-mentah pandangan orang lain dan beranggapan semua perkara yang disampaikan tidak benar.
Beliau berkata, sikap ekstrem seperti itu juga akan membuatkan mereka hilang pertimbangan dan menjadi tidak rasional.
"Sikap ini hanya menjurus kepada tindakan melampau seperti rusuhan jalanan yang akhirnya bukan sahaja memecah-belahkan masyarakat malah menyebabkan kemusnahan harta benda.
"Sebagai masyarakat yang peka dengan perkembangan dunia, kita tentu memahami keganasan yang meletus di negara-negara tertentu kebanyakannya disebabkan puak-puak pelampau yang memperjuangkan agenda sempit mereka," katanya.
Beliau berucap menutup Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata, konsep wasatiyyah atau bersederhana bertepatan dengan konsep gagasan 1Malaysia yang mahu melahirkan masyarakat seimbang atau sederhana berteraskan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, konsep kesederhanaan itu boleh menjadi kekuatan yang sangat berkesan apabila dijalin bersama ketegasan dan diperkukuhkan dengan jati diri serta integriti yang tinggi.
"Kita mungkin tidak sedar kesederhanaan ini merupakan kunci kepada kemakmuran dan kerukunan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan..


PM, MB Pahang, Saya dan rakyat FELDA Padang Piol, Jerantut petang ini.. berdoa sebelum PM naik helicopter.. Salam Ramadhan.. Moga Allah berkati amalan ibadah puasa kita semua.. Terima kasih kepada mereka yang melihat laman web saya ini.. Salam Perjuangan

YAB PM pagi ini di Program Kasih FELDA..


YAB PM pagi ini di Program Kasih FELDA.. Baiki rumah Kamarun Helan, bantuan Yayasan FELDA, berkongsi kemakmuran kepada rakyat kampung tradisi.. Syukur

MediaUMNO:

Berkongsi kemakmuran Felda kpd rakyat terbanyak adalah falsafah pemberian rm60juta utk baiki 12 ribu rumah daif kampong tradisional sekitar kws rancangan seluruh negara..Utk kongsi rahmat, maka kekayaan perlu dijana terlebih dahulu dgn penyenaraian FGV..Saham FGV juga adalah kemakmuran Felda yg dikongsi kpd rakyat melalui PNB, Tabung Haji, KWSP & Kjaan Negeri2 yg diberi peluang miliki saham itu..Kata YAB PM dlm Program Kasih Felda di Padang Piol, Jerantut bersama MB Pahang, D Ahmad Maslan, TS Isa & hampir 10 ribu hadirin pagi ini.

MediaUMNO:

Wasatiyyah itu bersifat alamiah & global, seimbang & adil, jadi umat terbaik, yg maju tanpa merosakkan, berbudaya sederhana jamin kerukunan, yg hubungan merentas sempadan kaum & agama, dgn rundingan bukan konfrantasi, dgn kerjasama bukan pertelagahan..Kata MB Johor diwakili Exco YB D Ahmad Zahari bersama DS Jamil Khir/YB Shahbudin & D Ahmad Maslan..Selesai 14 negeri Seminar Wasatiyyah & 1Msia pagi ini anjuran BTN JPM & SUK Negeri di JB dgn hadir hampir 30 ribu peserta pelbagai kumpulan di seluruh negara.

Tuesday, July 17, 2012

Himpunan gagal dapat sambutan



TAPAH 15 Julai - Kegagalan Himpunan Oren yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam menunjukkan provokasi pakatan pembangkang untuk memburukkan Felda tidak lagi mendapat perhatian golongan peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perhimpunan tersebut gagal kerana ia hanya mampu menarik penyertaan antara 1,500 dan 2,000 orang dan majoriti yang hadir pula terdiri daripada penyokong pembangkang, bukannya peneroka.
"Apa yang kita lihat, pembangkang ini apabila kita beri durian runtuh, bagi saham, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang beri keuntungan, perasmian Menara Felda, ia jadi satu kerugian bagi mereka.
"Mereka ini tidak mahu rakyat untung. Sebab itu, mereka anjurkan perhimpunan tetapi silap besar sebab tidak mendapat sambutan, malah, disertai pula oleh pihak lain yang datang dari mana-mana yang tidak tahu pun isu Felda," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tapah di sini hari ini.
Perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang disertai 12 NGO semalam diadakan sebagai tanda bantahan terhadap penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Perarakan yang bermula pada pukul 2 petang dari Masjid Wilayah Persekutuan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum meminta campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam isu itu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, ketiadaan pemimpin utama pembangkang pada perhimpunan yang diadakan juga memperlihatkan mereka tidak sepakat dalam isu penyenaraian FGV.
Malah, tindakan menggunakan gambar bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah seolah-olah menyokong bantahan tersebut disifatkan sebagai suatu pembohongan dan kerja jahat pihak terbabit.
"Mereka guna wajah kedua-dua tokoh itu di dalam poster untuk promosi bagi menarik minat orang, tetapi tetap tidak mendapat sokongan juga.
"Tindakan mereka ini sangat tidak bertanggungjawab dan satu pembohongan besar kerana Tun Abdullah dan Tengku Razaleigh sendiri tidak tahu langsung mengenai perkara ini," ujarnya.
Terdahulu, berucap pada majlis tersebut, beliau meminta semua perwakilan supaya menggunakan peluang menerusi mesyuarat itu sebagai pusingan terakhir dalam membincangkan agenda parti sebelum menghadapi pilihan raya umum.
''Ini mesyuarat perwakilan yang terakhir sebelum pilihan raya. Oleh itu, ini peluang terbaik bagi kita membincangkan agenda parti dan persiapan pilihan raya termasuk janji-janji yang belum tertunai untuk diselesaikan,'' ujarnya.

Sunday, July 15, 2012

Himpunan Oren kurang sambutan bukti peneroka yakin langkah kerajaan

TAPAH - Himpunan Oren Selamatkan Felda di ibu negara semalam yang gagal mencapai sasaran kehadiran 20,000 warga peneroka membuktikan peneroka yakin dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. 


Beliau mendakwa majoriti daripada kira-kira 4,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu adalah daripada parti pembangkang.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada peneroka kerana tidak menyokong perhimpunan itu, apa kita (kerajaan) buat adalah jalan yang betul," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah 2012 di sini, hari ini. 

Mengenai tindakan pihak tertentu menggunakan gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di laman blog bertujuan memancing orang ramai menghadiri perhimpunan itu, Ahmad berkata perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab. "Kedua-dua pemimpin tidak pernah menyatakan tidak setuju dengan penyenaraian ini dan mereka melalui wakil-wakilnya telah menafikan penglibatan mereka tentang hal himpunan itu," jelasnya. 

Perhimpunan itu diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campurtangan Seri Paduka terhadap penyenaraian FGV.