Sunday, July 15, 2012

Himpunan Oren gagal tarik warga peneroka


TAPAH 15 Julai - Kegagalan Himpunan Oren yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam menunjukkan provokasi pakatan pembangkang untuk memburukkan Felda tidak lagi mendapat perhatian golongan peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perhimpunan tersebut gagal kerana ia hanya mampu menarik penyertaan antara 1,500 dan 2,000 orang dan majoriti yang hadir pula terdiri daripada penyokong pembangkang, bukannya peneroka.
"Apa yang kita lihat, pembangkang ini apabila kita beri durian runtuh, bagi saham, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang beri keuntungan, perasmian Menara Felda, ia jadi satu kerugian bagi mereka.
"Mereka ini tidak mahu rakyat untung. Sebab itu, mereka anjurkan perhimpunan tetapi silap besar sebab tidak mendapat sambutan, malah, disertai pula oleh pihak lain yang datang dari mana-mana yang tidak tahu pun isu Felda," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tapah, di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment