Monday, July 30, 2012

Tindakan Lajim Adalah Langkah Sumbang Dalam Perjudian Politiknya – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR,  30 Julai –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta adalah langkah sumbang dalam perjudian politiknya.
Namun tambah beliau pada masa yangh sama tindakan Lajim itu menguntungkan UMNO terutama Barisan Nasional (BN) kerana tiada lagi ada gunting dalam lipatan.
“Taat kepada perjuangan, setia kepada parti, yakin kepada kemenangan adalah antara ciri utama ahli UMNO/BN….. 11 YB PKR (5 ADUN, 6 MP), Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Setiausaha Agong, Doktor Peribadi, Peguam Peribadi, Setiausaha Sulit dan 90 peratus pengasas asal PKR tinggalkan Anwar.
“….Lajim Ukin ikut Anwar atas isu peribadi di Beaufort,.. ini langkah sumbang dalam perjudian politiknya tapi untungkan BN yang tiada lagi ada gunting dalam lipatan”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini
Jelas beliau lagi kepentingan parti mesti mengatasi kepentingan peribadi dan ini selalu disebut oleh Presiden parti namun Lajim melupakan hal itu dan mengambil langkah yang silap mengikut Anwar Ibrahim yang telah ditinggalkan oleh ramai orang kanannya sendiri.
“Perjudian hidupnya itu bakal menyaksikan kekalahan yang teruk kerana silap perkiraan….bukankah rakyat semakin beralih menyokong Datuk Seri Najib dan BN dengan pelbagai touchpoints atau sentuhan rakyat yang sedang dilaksanakan dengan jayanya sekarang.
“Jika Lajim fikir ramai orang lain akan ikut beliau, saya kira itu juga silap kerana sifat berpolitik beliau yang tidak setia itu sudah diketahui ramai sejak tahun 1994 lagi..ctiada tempat akhirnya untuk mereka yang tidak setia dalam perjuangan yang beralih daripada kebenaran kepada kemungkaran..
“…lainlah jika beralih dari kemungkaran politik kepada kebenaran perjuangan sebagai mana orang-orang kanan Anwar yang telah keluar.. apa yang dibuat Lajim  berlawanan dari arus perdana..yakinilah BN akan menang”, katanya.

No comments:

Post a Comment