Friday, August 10, 2012

Tiga Tema Hari Kebangsaan Bukti Pembangkang “Tidur Satu Bantal Mimpi Lain-lain”


SHAH ALAM, 8 Ogos – Penggunaan tema hari kebangsaan berbeza oleh empat negeri yang ditadbir pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mencapat kata sepakat walau dalam perkara kecil.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka tidak akan mampu bersepakat walaupun ‘tidur sebantal’ kerana masing-masing ‘berlainan mimpi’.
“Mereka adalah pakatan tidak sepakat bukan pakatan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 110 penduduk miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal di Kampung Bukit Lanchong, di sini Selasa.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada Selasa bahawa negeri yang ditadbir pakatan akan menggunakan tiga tema sambutanhari kebangsaan.
Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”, Kelantan dengan tema “Menerajui Perubahan” dan Kedah “Terus Berbakti”.
Mustafa berkata, penggunaan tema berbeza itu berikutan Kedah dan Kelantan telahmemutuskan tema masing-masing sebelum pakatan membuat keputusan menggunakan tema”Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pembangkang berasa tidak senang dengan tema hari kebangsaan yang dipilih kerajaan pusat iaitu “Janji Ditepati”, kerana mereka tidak pernah menepati janji.
“Terbukti manifesto pilihan raya umum lepas di empat negeri ditadbir pembangkang, hanya sebahagian kecil sahaja dilaksanakan. Sebab itu mereka berpakat untuk buat tema baru sedangkan tema sedia ada tiada salahnya.
“Dalam Islam kita dituntut supaya menepati janji. Memang sah mereka (pembangkang) takut pada ‘janji ditepati’ kerana mereka tidak tepati janji,” katanya.

No comments:

Post a Comment