Thursday, August 2, 2012

UMNO beri masa 14 hari kepada Lajim Ukin


KUALA LUMPUR 30 Julai - UMNO memberi tempoh 14 hari kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada parti ekoran tindakannya melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorberkata, surat tunjuk sebab itu bagi membolehkan UMNO mempertimbangkan tindakan seterusnya yang boleh diambil terhadap Lajim seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan parti.
"Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 telah menetapkan semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Lajim yang meletak jawatan politik dalam UMNO dan BN, namun masih belum membuat keputusan untuk keluar daripada parti itu atau melepaskan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tindakan Lajim itu bagaimana pun tidak mengejutkan banyak pi hak kerana ura-ura beliau mahu ber buat demikian telah menjadi buah mulut sebelum ini.
Mengulas perkara sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslanberkata, peletakan jawatan Lajim daripada UMNO adalah lebih baik daripada membiarkan 'gunting dalam lipatan'.
"Ini cuma masalah terpencil, masih ada ramai lagi yang boleh menjadi pengganti, sokongan rakyat tetap bertambah," katanya.

No comments:

Post a Comment