Friday, September 28, 2012

Lawatan ke Nanyang Siang Pau


 Lawatan ke pejabat akhbar Nan Yang Siang Pau bersama Senator Datuk Heng Seai Kie, Ketua Penerangan MCA
 Juga hadir sdra Isa, Pegawai Media UMNO &En. Loh Seng Kok, Timbalan Penerangan MCA
 Beri kueh Bulan kpd wakil2 drpd akhbar Nanyang
bersama sbhg wartawan & lihat Nanyang Siang Pau

Lawatan ke Oriental Daily

Lawatan ke akhbar berbahasa cina, iaitu Oriental Daily bersama senator Heng, Ketua Penerangan MCA
Beri kueh bulan & buku2 BN & biodata PM kepada pengurusan Oriental Daily di pejabat mereka di KL
Melawat Oriental Daily News di Jalan Dang Wangi, KL  

Thursday, September 27, 2012

MediaUMNO: Menteri di JPM DS Jamil Khir memberitahu Dewan Rakyat....

MediaUMNO: Menteri di JPM DS Jamil Khir memberitahu Dewan Rakyat pagi ini menjawab soalan MP BN Kuala Krau D Ismail Said, bahawa tindakan pembangkang adakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah & Madinah telah sebabkan Kjaan Arab Saudi menghantar nota bantahan diplomatik kpd Wisma Putra..Antara akibat perbuatan tidak bertanggung jawab itu, selain isu renovation berterusan kws Mekah, kuota tambahan 10 ribu yg Msia dapat setiap tahun dibatalkan tahun ini.
Untuk rakyat di Lembah Klang, semalam saya umumkan di Dewan Rakyat 10 Projek utama yang sedang dilaksanakan era DS Najib bagi mengurang kesesakan trafik di Lembah Klang & KL.... Iaitu MRT baru fasa 3, LRT laluan-laluan baru & BRT, Bus Rapid Transit laulan2 baru..

10 projek pengangkutan Lembah Klang



KERAJAAN juga sedang mengkaji pembinaan MRT laluan 2 dan 3 yang masing-masing sejauh 29 kilometer dan 36 kilometer.

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kerajaan sedang melaksanakan 10 projek pengangkutan awam signifikan di Lembah Klang bagi menambah baik sistem sedia ada, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek-projek itu adalah menambah 38 set tren KTM Komuter daripada tiga gerabak kepada enam gerabak dan pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh ke Kajang sepanjang 51 kilometer (km).
Selain itu, katanya, projek-projek terlibat adalah:
* Sambungan 17km jajaran transit aliran ringan (LRT) dari Kelana Jaya ke Putra Heights.
* Sambungan 17.7km jajaran LRT dari Seri Petaling ke Putra Heights.
* Mewujudkan sistem Bus Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang sepanjang 33km dengan 25 stesen bas (dijangka siap 2014).
* BRT dari Setia Jaya ke Persiaran Subang, Sunway sejauh 5.5km dengan tujuh stesen.
* Mengkaji pembinaan MRT Laluan 2 sejauh 29km dengan 22 stesen.
* Mengkaji pembinaan MRT Laluan 3 sejauh 36km dengan 24 stesen.
* Penambahbaikan sistem monorel dan sambungan jajaran dari KL Sentral ke Happy Garden.
* Memperbaiki sistem rangkaian bas sepanjang koridor MRT dengan sasaran 30 peratus peningkatan dalam jaringan tersebut sebagai bas pengantara.
Selain 10 projek tersebut, katanya, kerajaan juga sedang mengkaji kewajaran empat lagi projek pengangkutan awam tambahan iaitu sambungan jajaran LRT dari Kelana Jaya ke Klang, sambungan jajaran monorel Fasa 1 dari Happy Garden ke Sunway, pembinaan Putrajaya Monorail dan sistem BRT di lapan laluan.
Kerajaan akan menjalankan kajian feasabiliti terperinci terhadap empat cadangan tersebut sebelum keputusan muktamad diambil," katanya ketika menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan menghadapi beberapa masalah dalam pelaksanaan projek terlibat seperti menentukan jajaran paling sesuai dengan pengambilan tanah awam paling minimum, bantahan orang awam seperti dalam isu MRT Jalan Sultan dan Taman Tun Dr. Ismail, peruntukan kewangan dan keuntungan pelaburan yang lambat kepada syarikat terlibat.

Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Baru, Kuala Benut


Ahmad Maslan (memegang bola) bergambar bersama penduduk selepas majlis perasmian Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Baru, Kuala Benut, Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 25 Sept. - Setelah sekian lama menanti penduduk Kampung Baru, Kuala Benut dan beberapa kampung sekitarnya kini mempunyai gelanggang Futsal 1Malaysia untuk beriadah.
Gelanggang Futsal 1Malaysia dibina dengan kos RM150,000 itu merupakan yang kelapan di kawasan Parlimen Pontian dan dilengkapi kemudahan lampu limpah, tandas dan bilik air.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru, Amri Ahmad berkata, dengan adanya gelanggang itu penduduk terutamanya golongan muda dapat menggunakannya untuk beriadah.
Menurutnya, sebelum ini mereka terpaksa menumpang di gelanggang yang jauhnya kira-kira tiga kilometer dan terpaksa menunggu giliran namun kadang-kala tidak dapat bermain kerana gelanggang penuh.
"Anak-anak muda kami kini tidak perlu bersusah payah berjalan jauh bermain futsal dan mereka boleh bermain tidak kira siang atau malam kerana gelanggang ini dilengkapi lampu limpah.
"Begitu juga dengan beliawanis dan golongan wanita yang boleh menggunakannya untuk bermain bola jaring apabila tiang gol diperoleh tidak lama lagi," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis perasmian gelanggang itu yang disempurnakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta penduduk terutamanya golongan muda memanfaatkan gelanggang futsal tersebut dan menjaganya dengan baik.

Tuesday, September 25, 2012

Kalau Manifesto Bukan Janji, Buku Jingga Adalah Buku Janji Kosong


KUALA LUMPUR, 24 Sept – “Manifesto bukan satu perjanjian, satu lagi pembohongan dari pemimpin pakatan pembangkang, bagaimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap bahawa manifesto pilihanraya itu bukanlah satu janji yang perlu ditepati”, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
“Saya berpandangan kalau ada rakyat Selangor yang rasa teraniaya akibat dari janji yang tidak ditepati, itu terpulang kepada mereka untuk menyaman kerajaan negeri sebagaimana yang berlaku terhadap kumpulan mereka yang tidak mendapat air percuma.
“Memang air percuma merupakan janji mereka tetapi di rumah pangsa, di kondo yang guna meter pukal sebagainya, itu merupakan rakyat yang sukar sebenarnya kehidupan, itu yang tak dapat. Jadi itu merupakan hak mereka untuk menyaman,” katanya mengulas kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa manifesto bukanlah satu perjanjian sehingga menyebabkan sebahagian rakyat Selangor yang tidak menerima janji air percuma menyaman kerajaan negeri Selangor.
Tegas beliau lagi  kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang tidak beretika, namun ada sesuatu yang dapat dipelajari dari kenyataan dan peristiwa tersebut.
“Apa yang kita belajar dari situ? Apa yang dapat kita belajar ialah jangan percaya dengan pemimpin pembangkang yang berjanji. Kalau mereka buat Buku Jingga, buku tersebut merupakan manifesto pilihanraya mereka, jadi jangan percayalah sebab pada mereka janji manifesto pilihanraya adalah janji yang tidak perlu ditepati.
“Kalau itulah falsafah, fahaman pemimpin kanan pembangkang, Menteri Besar sebuah negeri yang penting bahawa manifesto pilihanraya adalah satu janji yang tidak perlu ditepati, maka kita tinggalkanlah pembangkang dengan segala janji-janji kosong mereka itu,” tambahnya. -MediaUMNO
 Di Taman Tasek Perdana pagi ini jalan sorang2 mencari peluh sikit sebelum masuk parlimen utk menjawab soalan Dwn Rakyat no.2 dari Theresa Kok MP DAP Seputeh ttg perancangan Kjaan berhubung pengangkutan awam di Lembah Klang/KL. Ada 10 projek besar yg utama bawah kerajaan PM sekarang yg saya sebut tadi.. Jika selesai 2014/16, KL akan jadi bandaraya yg lega..
Melawat Tugu Negara tghri ini sambil berjalan utk keluarkan peluh agar lapang fikiran sblm mtg strategik ofis di PWTC & mtg ttg FELDA di Jln Semarak

UMNO perlu ada di barisan depan



AHMAD Maslan (tengah) bersama Ismail Lasim dan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah mengadakan perhimpunan aman membantah penerbitan filem Innocence Of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW serta tindakan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem itu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,

KUALA PILAH 22 Sept. - Pemimpin UMNO di peringkat bahagian diseru lebih berani membantah sebarang isu berbangkit yang menyentuh sensitiviti, terutama yang melibatkan bangsa, agama dan negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia memandangkan selama ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat sering tampil menyatakan bantahan serta sokongan dalam hal serta isu demikian.
"Walaupun kita tahu ada sebahagian pemimpin NGO ini merupakan pemimpin UMNO, tetapi UMNO perlu dilihat dan dinampakkan untuk berada di barisan hadapan bagi menjuarai isu seumpama ini.
"Jangan biarkan NGO berseorangan, sebab rakyat akan bertanya ke mana perginya UMNO dan pemimpinnya dalam memperjuangkan isu yang membabitkan kepentingan sejagat?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Pada masa sama, Ahmad mencadangkan semua pemimpin di peringkat bahagian, termasuk ahli UMNO dapat bersama tampil memperjuangkan isu berbangkit secara terbuka.

30 warga emas, ibu tunggal terima sumbangan Permas


SUNGAI PETANI 23 Sept. - Seramai 30 warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan beras dan makanan daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Kedah sempena Program Muafakat Ukhuwah di Taman Bakar Kapor di sini baru-baru ini.

Pengerusi pertubuhan itu, Abdul Aziz Ali berkata, mereka adalah golongan Melayu yang miskin dan kurang berkemampuan dari Kedah dan Pulau Pinang.
"Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa nilainya, ia boleh meringankan beban dan menggembirakan hati penerima," katanya.
Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO pada majlis berkenaan.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, Permas Kedah yang baru sahaja ditubuhkan kini mempunyai 54 ahli dan menyasarkan 200 orang sebelum akhir tahun ini untuk membolehkan lebih banyak aktiviti dijalankan.
"Ahli persatuan terbuka kepada sesiapa sahaja dan ia bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
"Permas juga sedang mengambil inisiatif untuk mencegah berlaku sebarang perpecahan dan prasangka buruk dalam kalangan orang Melayu dalam semua hal dan saya yakin ahli Permas mampu membuat lebih banyak kerja-kerja amal selepas ini," katanya.
Seorang penerima sumbangan, Melor Abu Hasan, 43, dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang berkata, dia gembira dengan kewujudan Permas yang menjalankan peranan membantu orang Melayu di peringkat akar umbi.

UMS bangga khidmat bakti Persada



AHMAD Maslan (dua dari kiri) ditemani Kasim Md. Mansur (kanan) bersalaman dengan ahli Persada pada majlis sambutan Merdeka Raya 1Malaysia Persada di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU 18 Sept. - Kejayaan Permuafakatan Siswa-siswi Felda (Persada) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalankan aktiviti kemasyarakatan mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti tersebut.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Datuk Dr. Kasim Md. Mansur berasa bangga dengan kesungguhan Persada dalam menabur bakti kepada orang ramai menerusi aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan.
Katanya, kunjungan ahli Persada UMS ke Felda Sahabat di Lahad Datu dan Felda Umas-Umas di Tawau, baru-baru ini merupakan sebahagian bukti pengorbanan siswa dan siswi Persada biarpun sibuk dengan tugasan hakiki sebagai mahasiswa.
Menurutnya, kolaborasi aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan turut mendapat kerjasama daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
"Setelah bertapak di UMS sejak 2010 dengan jumlah ahli kurang daripada 100 orang, Persada kini giat menjalankan program bersama IPT lain dan mempunyai kira-kira 130 orang ahli pada masa ini.
"Malah, dengan sokongan berterusan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri, saya yakin Persada UMS akan meneruskan kesinambungan sedia ada dan lebih bergiat aktif," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Merdeka Raya 1Malaysia Persada, di sini baru-baru ini.
Hadir sama menceriakan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

24 September 2012: PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


PERTANYAAN    :        LISAN
DARIPADA         :        YB TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN [ HULU TERENGGANU ]
TARIKH              :        24 SEPTEMBER 2012 







Bersama MPs BN malam ini di kediaman TPM, Putrajaya 
Dgn TPM di Sri Satria, Putrajaya

Monday, September 24, 2012

MediaUMNO: Sebelum & selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO...

MediaUMNO..Sblm & selepas Mesy Perwakilan UMNO Bhg Kuala Pilah, diadakan himpunan aman ttg isu filem, karikatur & Ngeh DAP..D Ahmad Maslan yg merasmikan sebut yg UMNO perlu terus dilihat berada dlm barisan hadapan, secara aman, bersama NGOs dlm menjuarai isu utama nasional & antarabangsa spt isu hina Nabi ini..Hadir sama D Ismail Ketua Bhg & D Hassan Timb Menteri, di Dewan Dato Bahaman pagi tadi.

MediaUMNO: "Rakyat tidak rela masa depan anak cucu diperjudikan...

MediaUMNO..Rakyat tidak rela masa depan anak cucu diperjudikan kpd pakatan palsu, pakatan yg tidak sepakat sebenarnya..Johor bertekad utk memenangi kesemua 26 kerusi Parlimen..Perpaduan Melayu adalah utuh, jentera BN adalah kukuh & bersiap sedia utk hadapi pilihanraya..Kata D Abd Ghani Osman dlm Mesy Berkelompok 4 bhg UMNO Johor di Persada JB yg dirasmikan YAB PM ptg ini.

MediaUMNO: Semangat UMNO Johor adalah tebal..

MediaUMNO...Semangat UMNO Johor adalah tebal.. Kubu kuat, akar tunjang & teras adalah UMNO Johor..Oleh kerana pengiktirafan ini, kemenangan BN di Johor perlu dikekalkan..Harapan org2 Melayu, rakan bukan Melayu, harapan rakyat Sabah & Sarawak bahawa hari esok adalah lebih baik dari hari ini & hari ini lebih baik dari semalam..Di bawah pimpinan BN negara kita bertambah baik kerana kita melakukan sesuatu yg betul..Kutuk, hasut & janji palsu adalah kerja pembangkang..Kata DS Najib ptg ini di Persada JB merasmi serentak 4 bhg, Johor Bahru, Tg Piai, Kota Tinggi & Kulai

Program Kawasan






Legoland Malaysia.. Kebanggaan Negara





Bantahan terhadap filem yang menghina Nabi kita.. secara aman












Rangkuman Program