Tuesday, September 25, 2012

UMNO perlu ada di barisan depan



AHMAD Maslan (tengah) bersama Ismail Lasim dan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah mengadakan perhimpunan aman membantah penerbitan filem Innocence Of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW serta tindakan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem itu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,

KUALA PILAH 22 Sept. - Pemimpin UMNO di peringkat bahagian diseru lebih berani membantah sebarang isu berbangkit yang menyentuh sensitiviti, terutama yang melibatkan bangsa, agama dan negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia memandangkan selama ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat sering tampil menyatakan bantahan serta sokongan dalam hal serta isu demikian.
"Walaupun kita tahu ada sebahagian pemimpin NGO ini merupakan pemimpin UMNO, tetapi UMNO perlu dilihat dan dinampakkan untuk berada di barisan hadapan bagi menjuarai isu seumpama ini.
"Jangan biarkan NGO berseorangan, sebab rakyat akan bertanya ke mana perginya UMNO dan pemimpinnya dalam memperjuangkan isu yang membabitkan kepentingan sejagat?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Pada masa sama, Ahmad mencadangkan semua pemimpin di peringkat bahagian, termasuk ahli UMNO dapat bersama tampil memperjuangkan isu berbangkit secara terbuka.

No comments:

Post a Comment