Monday, October 15, 2012

Felda nafi Genting miliki saham FGV


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Felda menafikan dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa 400 juta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dimiliki oleh Genting Berhad.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan itu sengaja dilakukan bagi memberi gambaran palsu dan menimbulkan persepsi jahat kepada peneroka tentang penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Tegas beliau, semasa proses pra-IPO, tiada saham yang diperuntukkan kepada Genting Berhad dan mengikut peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5 peratus perlu diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia.
"Sekiranya Genting Berhad memiliki 12 peratus saham dalam FGV, Genting perlu memfailkan notis pemilikan saham tersebut.
"Bagaimanapun, sehingga kini tiada notis yang difailkan oleh Genting kepada FGV,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment