Monday, October 15, 2012

Felda Sahabat baiki 1,300 rumah rakyat miskin di Sabah


KOTA KINABALU 8 Okt. - Sebanyak 1,300 rumah rakyat termiskin di Sabah selesai dibaiki oleh Felda Sahabat setakat ini tahun ini manakala 300 lagi dijangka siap menjelang akhir tahun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sebanyak RM24 juta, iaitu 30 peratus daripada keuntungan Felda diperuntukkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat tersebut di 16 kawasan Parlimen di negeri ini.
"Sebelum ini Felda melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki rumah, tetapi di bawah pelaksanaan Strategi Lautan Biru, projek ini dilakukan secara bergotong-royong bersama agensi di bawah tanggungjawab saya.
"Untuk projek ini, Felda mengeluarkan peruntukan daripada keuntungannya, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melaksanakan kerja-kerja membaiki rumah sebagai sebahagian usaha murni mereka semantara Biro Tata Negara memanggil orang ramai untuk turut serta dalam projek gotong-royong," katanya pada Majlis Bersama Media di sini malam tadi.

No comments:

Post a Comment