Monday, October 29, 2012

Masjid, surau bukan untuk politik kepartian


PONTIAN 28 Okt. - Masjid dan surau perlu bebas daripada politik kepartian kerana kehadiran jemaah bukan untuk mendengar ceramah berbaur sedemikian tetapi menghayati pengajaran yang disampaikan khatib.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata, kejadian teks khutbah Aidiladha berunsurkan kebencian terhadap pemimpin negara yang dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) amat dikesali.
"Kejadian itu telah mencemarkan kemuliaan mimbar yang sepatutnya menjadi medium penyatuan ummah. Pemimpin Pas di Kelantan dilihat menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada mereka untuk mengecam pemimpin negara tanpa mengira waktu dan tempat.
"Tidak cukupkah pentas politik setiap malam di seluruh negara untuk mereka (Pas) tanam kebencian terhadap Barisan Nasional (BN)?" katanya ketika ditemui dalam ibadah korban di pekarangan Balai Polis Pekan Kayu Ara Pasong di sini semalam.

No comments:

Post a Comment