Friday, October 26, 2012

NO. SOALAN: 25 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT


NO. SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN
:
LISAN
DARIPADA
:
 [ PARIT ]
TARIKH    
:
11 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
SOALAN   
:


TUAN MOHD NIZAR BIN ZAKARIA [ PARIT ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan yang telah dicapai melalui pengapungan  FELDA Global Ventures Holding Berhad (FGV) di Bursa Malaysia dan adakah pihak Kerajaan bercadang mengapungkan saham-saham FGV di pasaran saham luar negara. 

JAWAPAN
:
DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
TIMBALAN MENTERI DI JPM

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk  makluman  Ahli  Yang Berhormat, penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGV) merupakan salah satu langkah penting di dalam mencapai matlamat transformasi Kumpulan FELDA untuk 50 tahun akan datang. Dari sudut komersil, ianya bertujuan meletakkan FGV di atas landasan yang kukuh bagi merealisasikan visinya untuk menjadi pelaku global berasaskan pertanian yang berjaya.
Menerusi penyenaraian ini, FGV telah berjaya memperoleh dana berjumlah kira-kira RM4.5 bilion untuk membuat pelaburan-pelaburan baru bagi keseluruhan rantaian nilai produknya.

FELDA pula memperoleh dana berjumlah kira-kira RM5.9 bilion yang akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti sosialnya yang melibatkan kesejahteraan peneroka, termasuk pembayaran ‘durian runtuh’. Dengan penyenaraian ini juga, para peneroka akan mendapat dividen untuk selamanya menerusi Tabung Amanah Peneroka yang memiliki 20 peratus (%) ekuiti di dalam FGV. Pada masa  ini, FGV tidak mempunyai perancangan untuk mengapungkan sahamnya di luar negara.

Sebagai tambahan, saham FGV yang turun sekarang ini adalah disebabkan harga sawit di pasaran dunia yang agak rendah. Namun, pengurusan FGV berpandangan, fenomena ini adalah berupa ‘cyclical’, turun naik yang menjadi trend biasa; turun dan naik semula pada masa-masa tertentu.


************************

No comments:

Post a Comment