Monday, October 15, 2012

NO. SOALAN: 41 (PERTANYAAN LISAN DARIPADA : YB TAN SRI DATO’ ABD. KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] 1 OKTOBER 2012 (ISNIN)



         
                                   NO. SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN
:
LISAN
                                                       
DARIPADA
:
YB TAN SRI DATO’ ABD. KHALID BIN IBRAHIM  [BANDAR TUN RAZAK ]

TARIKH     
:
1 OKTOBER 2012 (ISNIN)

SOALAN   
:


Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pengagihan peruntukan sebanyak RM60 juta kepada Program ‘Kasih FELDA’ untuk membaiki 12,000 rumah berjiran dengan penempatan FELDA.

JAWAPAN
:
DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
TIMBALAN MENTERI DI JPM

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim Bantuan  KAS1H FELDA (SBKF) peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 20 Julai 2012 bertempat di Padang Awam FELDA Padang Piol, Jerantut, Pahang oleh Y.A.B Perdana Menteri. Program ini bertujuan menyampaikan rasa terima kasih kepada kampung-kampung tradisi berhampiran rancangan FELDA yang mana pada peringkat awal pembangunan telah menjadi laluan perantara ke tanah-tanah rancangan FELDA. Program SBKF berkonsepkan ‘Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni’ melalui limpahan nikmat yang diperolehi FELDA untuk dikongsi dengan peserta-peserta yang terpilih. Program ini juga memperjelaskan lagi hasrat Kerajaan bahawa penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGV) bukan sahaja memberi manfaat kepada warga FELDA malah turut dirasai oleh masyarakat yang tinggal di kawasan kampung tradisi berhampiran tanah rancangan FELDA.

Peruntukan berjumlah RM60 juta telah disediakan untuk membaikpulih rumah 12,000 peserta dengan maksima RM5 ribu setiap rumah mengikut  tiga (3) fasa  mulai tahun 2012. Menjelang berakhirnya fasa pertama ini, dijangka 3000 ke 4000 rumah akan siap dibaikpulih membabitkan kos sebanyak RM20 juta.

Berkenaan dengan aspek pemantauan, ia dilakukan secara berkala oleh pihak Yayasan FELDA bagi meninjau kemajuan Projek Baikpulih Rumah Bantuan yang turut melibatkan pihak Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

************************

No comments:

Post a Comment