Monday, October 15, 2012

NO. SOALAN: 5 (PERTANYAAN LISAN DARIPADA : DATO’ LILAH BIN YASIN (JEMPOL) , 11 OKTOBER 2012 (ISNIN)


    
     NO. SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN
:
LISAN
DARIPADA
:
TARIKH    
:
11 OKTOBER 2012 (ISNIN)
SOALAN   
:


DATO’ LILAH BIN YASIN [ JEMPOL ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
a)   Sejauh manakah kejayaan Program FELDA sebagai Gedung Makanan Negara; dan

b)   Berapakah peruntukan yang telah di salurkan bagi tujuan tersebut di Gugusan FELDA di Parlimen Jempol.

JAWAPAN
:
DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
TIMBALAN MENTERI DI JPM

Tuan Yang di-Pertua,

a)   Projek Gedung Makanan Negara (GMN) telah dilancarkan pada Julai 2009 bertujuan meningkatkan bekalan makanan dan mengurangkan perbelanjaan import produk agrifood. Matlamat akhir Projek Gedung Makanan ini ialah melahirkan sejumlah petani moden dari kalangan warga FELDA melalui penggunaan teknologi baru. Contohnya  projek-projek yang dijalankan adalah penggunaan struktur pelindung tanaman (SPT), sistem fertigasi, pengudaraan Aerotube, kaedah fidlot dan integrasi tanaman. Tumpuan diberikan kepada beberapa produk iaitu penanaman pisang berangan dan cavendish, tanaman cili dan rock melon secara fertigasi, tanaman nanas, ubi kayu, ternakan ikan tilapia, ternakan lembu secara fidlot dan ternakan biri-biri.

Kesemua projek telah dijalankan secara berperingkat yang setakat ini di 35 kawasan rancangan FELDA. Sehingga Oktober 2012, projek ini telah melibatkan penyertaan daripada 794 peneroka membabitkan perbelanjaan berjumlah RM39 juta (sehingga Ogos 2012). Perbelanjaan ini merangkumi kos aset sebanyak   RM13.8 juta dan kos operasi sebanyak RM25.2 juta. Sehingga  kini, terdapat projek-projek yang telah mendatangkan hasil dan secara purata pengusaha memperoleh pendapatan tambahan diantara RM800 - RM1200 sebulan.

b)   Bagi Wilayah  Raja Alias, Kerajaan telah mengenalpasti kawasan di Parlimen Jempol sesuai dilaksanakan dengan tanaman nanas. Berdasarkan kepada cadangan, projek ini telah dilaksanakan secara integrasi dengan getah membabitkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta dengan jumlah keluasan sebanyak  600 ekar. Seramai 63 orang pengusaha yang terlibat. Jenis nanas yang ditanam ialah N36.

Sehingga  kini, sebanyak 1,068,000  pokok  nanas telah di tanam secara berperingkat dan mula berhasil pada September 2012, membabitkan pengeluaran sebanyak 700 kilogram (kg) dan  dijangka FELDA  mampu mengeluarkan  sehingga 1,130 matrik tan nanas sepusingan. FELDA juga telah mengikat perjanjian bersama FAMA untuk membekalkan sebanyak 10,000  nanas sebulan disamping pembekal tempatan yang lain.


************************


Maklumat Tambahan :

Program GMN Tahun 2013

1.            Memantapkan GMN dengan penstrukturan semula – Pegawai Kanan yang berpengalaman.
2.            Ternakan lembu – daripada 11 kandang kepada 24 kandang (tambahan 13 kandang)
3.            Cili – daripada 7 hektar kepada 27 hektar (tambahan 20 hektar)
4.            Pisang Berangan    daripada 1,787 hektar kepada 3,441 hektar (penambahan 1,654 hektar)
5.            Peneroka – daripada 794 kepada 1,213 (penambahan 419 peserta)
6.            Bajet tahun 2013 sebanyak RM99.18 juta (tambahan RM39 juta) menjadikan keseluruhannya RM140 juta.
7.            Anggaran perbelanjaan keseluruhan RM700 juta secara berperingkat.

No comments:

Post a Comment