Thursday, November 29, 2012

Misi kemanusiaan ke Gaza berpaksikan fisabilillah



KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusiaan 'Road to Gaza' anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia pada 5 hingga 14 Disember ini diingatkan bahawa pemergian mereka berpaksikan jihad atau fisabilillah.
Sehubungan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi sebarang kemungkinan yang berlaku, mereka tidak harus menuding jari kepada pihak penganjur mahupun kerajaan.
''Bagaimanapun, kita akan melakukan semua perkara terutama daripada segi keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang sedia ada.
''Sebanyak 28 misi kita sudah pergi, ini misi yang ke 29. Jadi kita akan lakukan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang kita ada,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran misi itu oleh oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Tabung Amanah Palestin, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun dan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk Irwan Shah atau DJ Dave.
Menurut Abdul Azeez, misi kali ini sangat merbahaya kerana bukan sahaja Gaza yang sedang bergolak, malah Mesir sebagai pintu laluan untuk ke sana turut ditimpa masalah dengan beberapa siri demonstrasi yang melanda negara itu.
''Saya hendak ingatkan kepada sukarelawan-sukarelawan yang mengikuti misi ini, kita bukan pergi berkelah, melancong atau berjalan-jalan. Segala akibat yang mungkin boleh berlaku adalah atas inisiatif sendiri dan tanggungjawab sendiri.
''Jangan nanti jika berlaku sesuatu, ada isteri, ibu atau bapa yang cuba menyalahkan mana-mana pihak terutama pihak kerajaan atas kehilangan ahli keluarga mereka,'' katanya.
Abdul Azeez berkata, misi kali ini yang melibatkan 56 sukarelawan dan 30 doktor memfokuskan kepada bantuan perubatan selain menyediakan bekalan makanan.
''Kita akan membawa bekalan ubat-ubatan bernilai RM460,000 dari sini manakala bekalan makanan kita akan beli di sana,'' katanya.



Taklimat Presiden UMNO

 Sempena Perhimpunan Agong UMNO 2012






Pemimpin Kelab UMNO pejuang siber parti



KUALA LUMPUR 28 Nov. - Para pemimpin Kelab UMNO Luar Negara diminta memainkan peranan sebagai penggempur siber bagi menghadapi perang siber oleh pihak pembangkang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal dan belajar di luar negara, mereka mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan pihak pembangkang di alam maya.
"Oleh sebab itu hari ini saya nak umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi UMNO," katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di sini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Pengerusi Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara (AKULN) menggesa ahli-ahli Kelab UMNO agar menyertai pertubuhan itu selepas mereka menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air.
Katanya, ini membolehkan ahli-ahli berkenaan meneruskan kesinambungan perjuangan mereka sebelum mereka menyertai mana-mana cawangan dan bahagian UMNO. - UTUSAN

Perwakilan berbaju merah tanda sedia "berperang"


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 tampak lebih garang dengan memakai baju merah, menandakan kesiapsiagaan yang maksimum serta semangat berkobar-kobar untuk berjuang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Hari ini kami pakai baju merah... ini petanda kami nak pergi berperang, perang demi kebaikan dan kebajikan rakyat," kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Bercakap kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau berkata pada perhimpunan kali ini juga, perwakilan akan mengimbas kembali kejayaan kerajaan sepanjang tiga tahun diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuk program transformasi nasional, gagasan 1Malaysia dengan berpuluh produk 1Malaysia, dan banyak lagi idea baharu seperti klinik 1Malaysia, perumahan rakyat 1Malaysia sejajar dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".
Ahmad berkata pada perhimpunan agung ini, kepimpinan parti ingin mendengar pandangan perwakilan untuk mengetahui perkara yang boleh diubah dan diperbaiki demi kebaikan parti.
"Kita tidak kata kita sempurna, jadi kita bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.
Ahmad berkata UMNO akan terus relevan dan diterima rakyat kerana kepimpinan yang ada sekarang sentiasa menekankan kebajikan mereka.
"Selagi kita menjaga rakyat, selagi itulah rakyat akan mendukung kita...
kebajikan rakyat sentiasa didahulukan dan selagi perkara itu dilakukan, kerajaan yang ada akan terus diterima rakyat," katanya. - BERNAMA

Ucapan perwakilan perlu berlandaskan fakta



PONTIAN 25 Nov. - Perwakilan yang bakal menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu depan perlu berlandaskan fakta yang betul dan tidak mengikut rentak pembangkang yang banyak menabur tohmahan serta fitnah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, mana-mana perwakilan yang mahu 'menyerang' Pas, DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mempunyai hujah dan maklumat yang tepat selain tidak bersandarkan kepada andaian semata-mata.
Katanya, jika bercakap soal Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), doa memusnahkan UMNO (dalam muktamar Pas di Kota Bharu, Kelantan minggu lalu), menggambarkan UMNO murtad (kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), soal pluralisme Anwar Ibrahim, semuanya mestilah bukan berdasarkan tohmahan, sebaliknya bukti yang ada.
"Di sini beza pemimpin UMNO dan BN berbanding pemimpin pembangkang yang selalu memutarbelitkan kenyataan dan menyalahkan pihak lain apabila kenyataan tersebut memakan diri mereka sendiri," katanya selepas perasmian jalan baru Kampung Parit Jawa ke Jalan Kayu Ara Pasong bernilai RM350,000 di sini hari ini.
Beliau mengulas sama ada perwakilan UMNO perlu membincangkan atau menyerang balas isu-isu yang dimainkan pembangkang baru-baru ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pendedahan mengenai pembangkang tidak akan dapat dinafikan kerana UMNO mempunyai bukti dan hujah yang tidak boleh dipertikaikan.
"Walaupun selepas ini UMNO mungkin akan disaman, tetapi kita tidak takut dan gentar kerana semua yang diperkatakan mempunyai bukti dan salinan sama ada dalam bentuk dokumen, gambar, rakaman dan sebagainya.
"Saya yakin perwakilan di peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta badan perhubungan UMNO negeri telah bersedia dengan segala hujah yang akan dibangkitkan nanti. Kita juga tidak akan berdoa supaya Pas hancur walaupun Pas menggunakan solat hajat dan mendoakan kemusnahan UMNO," katanya.
Tambahnya, kesemua 1.3 juta ahli UMNO perlu memberi sokongan padu dan perhatian dengan penuh teliti kepada setiap perkara yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO itu nanti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ahmad turut menganggarkan jumlah kehadiran persidangan yang berlipat kali ganda, sekali gus bakal menjadi bukti bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah kuat dan kukuh serta diterima oleh rakyat secara keseluruhannya.

Sunday, November 25, 2012

Najib kesal tindakan Anwar


Najib Tun Razak melaungkan 1Malaysia sambil disambut ribuan ahli pertubuhan bukan kerajaan pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan Australia bagi memastikan pilihan raya umum di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah.
Perdana Menteri berkata, Anwar tidak sewajarnya mengheret Australia untuk campur tangan dalam urusan pilihan raya di negara ini kerana perbuatan itu hanya memalukan negara.
Jelasnya, Anwar sepatutnya menunjukkan bukti tentang kesilapan yang dikatakan terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar dapat diperbetulkan.
"Janganlah beri malu kepada negara. Kita sudah melakukan yang terbaik untuk negara tetapi dia minta tolong daripada Australia.
"Nasib baik orang Australia akalnya besar dan mereka enggan membantu Anwar kerana sedar perbuatan itu bukan urusan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta para pemimpin dan wakil 1,500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Pada majlis sama, Najib dan semua yang hadir menghulurkan sumbangan wang tunai untuk tabung bantuan kemanusiaan Gaza /Palestin dan lebih RM10,000 berjaya dikutip untuk tabung itu.
Baru-baru ini, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum yang patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Tambah Najib, tindakan Anwar itu boleh dipersoalkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut tidak berbuat demikian semasa masih bersama kerajaan BN dahulu dan selepas pembangkang menang di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
"Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pun banyak masalah seperti nama pengundi tiada dan keputusan lambat diumumkan tetapi mereka tidak kata ada penipuan besar atau mendakwa kemenangan Barack Obama tidak sah," ujarnya.
Menurut Perdana Menteri, beliau juga yakin rakyat kini mula mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang setelah segala kelemahan mereka terbongkar.
Kemampuan pakatan pembangkang, kata beliau, untuk membentuk kerajaan sangat diragui memandangkan mereka masih bercanggah antara satu sama lain dalam soal dasar.
"Kejayaan kita dapat dilihat daripada kemajuan yang dicapai. Ekonomi negara bertambah 5.2 peratus, hasil negara bertambah, Bank Dunia meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 terbaik dari segi urusan perniagaan dan dua hari lalu, CNN Travel menamakan Kuala Lumpur sebagai bandar raya keempat terbaik di dunia untuk membeli belah," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, dalam satu perjumpaan baru-baru ini, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara jiran itu.
"Malaysia boleh membantu tanpa kita campur tangan dalam urusan negara tersebut," jelasnya.

Perlembagaan UMNO secara khusus pertahankan Islam


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya UMNO sebagai parti yang murtad adalah tidak berasas kerana perlembagaan parti itu secara khusus meletakkan pendirian menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut adalah fitnah melampau kerana UMNO selama ini berjuang untuk memartabatkan lagi kedudukan agama Islam.
"Kita berdoa supaya Pas diberi petunjuk dan hidayah. UMNO telah membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara Islam contoh, malah kita mempunyai pelan jangka pendek dan panjang untuk umat Islam tanpa mengabaikan bangsa-bangsa lain," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Ilmuan dan Profesional UMNO di sini hari ini.
Yang turut hadir mewakili kumpulan ilmuan itu ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin; Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Mohd. Yusof Noor serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.
Ahmad mengulas tentang kenyataan Nik Abdul Aziz baru-baru ini yang memberikan gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Ketika ditanya tentang hasrat Nik Abdul Aziz menyaman Utusan Malaysia kerana mendakwa berlakunya pembohongan dalam kenyataan itu, Ahmad berkata, kenyataan itu tidak boleh dinafikan kerana adanya rakaman yang memperincikan lagi perkataan demi perkataan.
Sementara itu, mengulas pertemuan yang diadakan hari ini, Ahmad berkata, golongan ilmuan UMNO akan menjalankan peranannya dalam memberikan penerangan kepada masyarakat tentang UMNO dan Islam menerusi pelbagai platform termasuk secara bersemuka, media cetak, media elektronik dan digital.
Sementara itu, menurut Mohd. Yusof, beliau hairan bagaimana sebuah parti boleh dianggap sebagai murtad sedangkan kesalahan itu hanya boleh berlaku kepada individu yang keluar daripada agama Islam.
"UMNO bukannya insan yang menganut agama. Ini sebuah pertubuhan. Saya berpendapat sasarannya salah dan datang pula daripada orang yang berfikiran secara salah," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, tindakan Pas mendoakan kehancuran UMNO pula bercanggah dengan ajaran Islam kerana doa sepatutnya digunakan untuk meminta kebaikan dan petunjuk.
"Harus diingat doa sebagai ibadah itu ada peraturan, adab sopan dan tertib. Apabila kita berdoa dengan niat tidak baik untuk menjahanamkan dan meminta dicelakakan, itu bukan dituntut agama Islam," katanya.

Tonik’ terbaik untuk menang PRU Ke-13


SEBAGAI Ketua Penerangan UMNO, DATUK AHMAD MASLAN yakin ketiga-tiga sayap UMNO nanti akan banyak menyentuh berkenaan isu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dalam perhimpunan agung kali ini dan seterusnya berusaha mencari ‘tonik’ terbaik bagi memastikan UMNO dan BN kembali memperoleh kemenangan besar pada PRU nanti.
Beliau juga meletakkan empat syarat yang perlu diberi perhatian khusus oleh perwakilan dan ahli-ahli UMNO iaitu semangat sepasukan, kesetiaan, perjuangan dan kesiapsiagaan supaya apa juga rintangan serta cabaran yang dihadapi parti akan dapat diharungi bersama.
Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia TERMIZI CHE ANUAR baru-baru ini, beliau mengharapkan agar kesatuan dan perpaduan sesama orang Melayu di negara ini diperkukuhkan khususnya melalui UMNO. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Tegas beliau, tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang berjaya datangnya daripada bangsa yang berpecah belah.

UTUSAN: Apakah signifikan Perhimpunan Agung UMNO kali ini lebih-lebih lagi sebelum menghadapi PRU Ke-13?
AHMAD: Pada perhimpunan tahun lalu mungkin ramai fikir perhimpunan itu adalah kali yang terakhir sebelum PRU, jadi kita telah berikrar dan sebagainya.
Jadi, saya kira kalau ikrar itu diperbaharui ada baiknya kerana mungkin setahun selepas berikrar ada sebahagian perwakilan serta ahli UMNO yang terlupa dan sebaiknya semua yang hadir nanti berikrar sekali lagi.
Saya meletakkan kepercayaan bahawa perhimpunan kali ini akan menjadi medan kepada semua peringkat ahli UMNO bagi mengembalikan perjuangan asal parti dan pada masa sama mengekalkan ‘ukhuwah’ dan persahabatan bagi menghadapi PRU akan datang.
Maka, semua ahli UMNO perlu kembali sedar bahawa perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang tetap sama mempertahankan alif, ba dan ta iaitu agama, bangsa dan tanah air.
Tidak ada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga ketiga-tiga perkara utama kepada orang Melayu itu melainkan UMNO. Kita tiada pilihan lain, perhimpunan kali ini mesti menjadi ‘tonik’ kepada perwakilan dan juga ahli UMNO untuk bekerja lebih keras dalam menghadapi PRU nanti.
Adakah isu untuk menghadapi PRU akan menjadi topik utama dalam perbahasandan mungkin ada cadangan daripada Datuk sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Saya secara peribadi menetapkan tiga objektif dalam menghadapi PRU akan datang. Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dua per tiga dalam PRU akan datang, yang kedua ialah menawan kembali negeri-negeri yang kalah dan terakhir, untuk menambah undi popular berbanding PRU-12 lalu. Sehubungan itu, saya berharap perkara-perkara itu perlu menjadi fokus dalam ucapan-ucapan termasuk ucapan tiga sayap UMNO.
Seperti yang saya sebut sebelum ini, kita bakal melalui PRU-13 pada bila-bila masa sahaja. Sudah tentu persediaan kita untuk menempuh ujian itu merupakan isu terpenting yang perlu dibawa.
Jadi, saya juga meletakkan empat perkara utama yang juga harus menjadi intipati perbahasan iaitu menanam semangat sepasukan, kesetiaan, perjuangan dan kesiapsiagaan. Ini penting untuk dikekalkan sehingga sekurang-kurang tamat tempoh mengundi. Soal lain juga penting, tetapi biarlah kita kukuhkan perpaduan dan kesetiaan kepada parti kerana pilihan raya semakin hampir. Biar tiada lagi budaya ‘cah keting’ dan sabotaj berlaku dalam parti agar UMNO serta BN kembali mendapat tempat di hati rakyat.
Sekarang, kita perlu pastikan UMNO dan BN kembali memperolehi majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat dan merampas kembali negeri-negeri yang kini ditadbir oleh pembangkang.
Selain soal PRU, kita lihat orang Melayu kini berpecah sehinggakan hak keistimewaan, kuasa Raja-raja dipertikai, bahkan agama Islam sendiri menjadi mainan politik. Bagaimana perwakilan perlu menggunakan perhimpunan kali ini bagi membincangkan isu tersebut?
Saya berharap pada perhimpunan kali ini, perwakilan akan berusaha membangkitkan semangat ahli untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua ahli parti perlu sedar, hanya UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Sebab itu, semua ahli parti dan perwakilan perlu meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Orang Melayu yang bukan ahli UMNO juga perlu sedar perjuangan ini bukan perjuangan parti semata-mata tetapi ia perlu melibatkan seluruh orang Melayu.
Tidak ada gunanya kita sibuk berpolitik jika kuasa yang ada pada orang Melayu tidak dapat dikekalkan. Kalau UMNO lemah, siapa lagi yang akan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Adakah DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjaga hak orang Melayu.
Bagaimana perhimpunan agung kali ini akan dapat menguatkan penyatuan antara ahli?
Cogankata UMNO, Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat sendiri merupakan keseluruhan intipati perjuangan parti yang menjadi perjuangan ahli parti selama ini. Walau bagaimanapun, mungkin ada segelintir ahli yang terlupa tentang perjuangan parti selama ini. Namun, saya percaya perhimpunan kali ini akan mampu menguatkan penyatuan dan persaudaraan sesama ahli khususnya bagi menghadapi PRU nanti.
Perhimpunan kali ini juga perlu menjadi medan untuk menanamkan semangat sayang dan taat kepada kepimpinan parti. Biarlah hujah-hujah nanti dibuat bagi tujuan itu.
Paling penting, selepas tamat perhimpunan nanti semua perwakilan dan ahli perlu dapat menterjemahkan apa juga nasihat dan kehendak kepimpinan parti. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jika semua ahli UMNO sentiasa berpegang teguh kepada prinsip itu, insya-Allah semua yang dilaksanakan akan berjaya.
Apakah mesej ringkas yang ingin Datuk sampaikan kepada perwakilan atau kepada ahli di peringkat akar umbi?
Perjuangan UMNO kini terletak di tangan kita sebagai ahli dan perwakilan. Sekarang kita perlu pertahankan semua yang telah diwarisi daripada kepimpinan UMNO terdahulu sehingga kita berada ditahap ini.
Ada sesetengah ahli yang hanya pentingkan ganjaran dan saya ingin tegaskan bahawa UMNO bukan parti kebendaan tetapi ia adalah sebuah parti perjuangan.
Jangan terlalu mengharapkan balasan kerana setiap yang diusahakan sudah pasti ada ganjarannya.
Ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi juga dijemput hadir untuk bersama-sama pada perhimpunan kali ini. Saya harap biar Perhimpunan Agung UMNO kali ini mencipta sejarah sebagai sebuah perhimpunan terbesar yang pernah diadakan sebelum menghadapi PRU nanti.

HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA..

''Barisan 1Msia..Utk Masa Depan Rakyat''..Himpunan 1500 NGO pelbagai kaum smlm di Dwn Merdeka PWTC melakar satu lagi sejarah baru dlm politik tanahair.

 







 












Wednesday, November 21, 2012

 Umar 1st Class Honours UFCH Coventry University London Campus CULC, Konvokesyen 16 Nov 2012
UFCH at CULC & the proud father 
and the proud mother 
ufch DI culc 16/11 
gambar konvokesyen 
Umar Ikramullah ahmad (UIA) 1st Class Honours, majoring in account & finance in international business at coventry university london campus CULC.. Convocation on the 16th Nov 2012.. Congratulations
Sejambak bunga tanda tahniah daripda kami semua

Doa kehancuran: Pas hilang pertimbangan


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Pas sudah hilang pertimbangan apabila sanggup mendoakan kehancuran UMNO yang dianggotai saudara seagama hanya kerana terlalu taksub dengan kuasa.

Walaupun kesal dan sedih dengan sikap Pas itu, para pemimpin UMNO ketika memberi reaksi terhadap perkara itu tetap menghormati mereka sebagai saudara seagama dan memohon kepada Allah supaya ahli-ahli parti itu diberi petunjuk dan hidayah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Pas mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) memberi gambaran seolah-olah parti itu mahu menghancurkan serta memporak-perandakan hubungan sesama umat Islam.
Katanya, Pas sebenarnya semakin keliru dengan perjuangan mereka apabila tidak bersetuju agama Islam dihina di negara lain, tetapi mendoakan kehancuran sesama Islam di negara sendiri.
"Ahli-ahli UMNO yang terdiri daripada orang Melayu beragama Islam merupakan saudara sebangsa serta seagama Pas dan tidak wajar bagi parti itu mendoakan kehancuran mereka. Ketika kita menolak keganasan terhadap umat Islam di luar negara, tiba-tiba kita mendoakan kehancuran umat Islam di negara sendiri,'' kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu selepas merasmikan penubuhan Pertubuhan Permuafakatan Malaysia Selangor (Permas) di sini hari ini.
Bagi Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula, Pas semakin terdesak sehingga sanggup memperalatkan agama dan mengamalkan politik yang kurang beretika.
Katanya, hajat Pas agar UMNO dan BN hancur bermakna parti tersebut ingin menghancurkan semua kebaikan selama 55 tahun yang dikecapi negara.
"UMNO dan BN tidak pernah berdoa atau bersolat hajat untuk kehancuran parti atau pemimpin lawannya. Hajat kami adalah untuk kemenangan majoriti dua pertiga oleh BN agar dapat menjadi kerajaan yang kuat bagi manfaat rakyat. Hajat kami adalah untuk umat Islam bersatu supaya berjaya dan disegani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula berkata, doa Pas agar Allah menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti Dia memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab jelas membuktikan parti tersebut telah terpesong daripada ajaran Islam dan tidak layak menggelar diri mereka sebagai sebuah parti Islam.
Sambil melahirkan rasa kesal dan sedih dengan sikap Pas itu, beliau berkata, Pas perlu bertaubat kerana mendoakan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam.
"Tak pernah saya dengar orang Islam mendoakan kehancuran sesama Islam. Jelas sudah terpesong daripada ajaran agama dan Pas tidak layak lagi menggelarkan diri sebagai parti Islam. Orang seperti ini yang busuk hati tidak layak dijadikan pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kemarahan Pas terhadap UMNO dan BN sehingga membawa kepada doa seperti itu juga boleh mendatangkan kezaliman sekiranya Pas dan sekutu pembangkangnya memerintah negara.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam blognya pula berkata, Pas terbukti telah 'menjual agama' kerana tergamak mendoakan kehancuran UMNO iaitu sebuah parti yang berjaya meningkatkan syiar Islam di negara ini.
Keadaan itu jelasnya, menggambarkan Pas bukannya sebuah parti bertunjangkan perjuangan Islam sebaliknya penganjur kepada perpecahan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Ketika Israel mengganas di Gaza, Pas pula menggalakkan ahlinya berdoa hancurkan umat Islam di negara ini. Mereka minta doa supaya hancurkan UMNO kerana kepentingan politik, ini perbuatan keji kerana cuba menghancurkan perpaduan sesama umat Islam," katanya.