Sunday, December 16, 2012

Lakukan perubahan menerusi idea baharu - PM


LANGKAWI 14 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melakukan pembaharuan menerusi idea-idea baharu bagi menambah baik pergerakan masing-masing.
Perdana Menteri berkata, penambahbaikan itu penting bagi membolehkan mereka mengharungi arus perubahan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
Katanya, ia adalah proses transformasi ke arah sesuatu yang terbaik demi kecemerlangan pertubuhan masing-masing di mata dunia.
“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang berani dan boleh mengorak satu pembaharuan mengikut arus perubahan iklim global dalam memajukan pergerakannya.
“Jambori kali ini mempunyai konsepnya yang tersendiri dengan membawakan idea baharu iaitu berkonsepkan pelancongan, geopark dan maritim," katanya yang juga Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia.
Beliau berkata demikian pada perasmian Jamboree Antarabangsa Pengakap Geopark Maritim di Oriental Village di sini hari ini.
Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Malaysia, Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir yang mewakili Ketua Pengakap Negara.

No comments:

Post a Comment