Saturday, December 1, 2012

Masa Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Pembangkang – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata sekarang adalah masa untuk seluruh ahli UMNO bersama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang dengan memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.
“Di sini pada Perhimpunan Agung UMNO terpenting ini, tibalah masanya untuk perwakilan dan seluruh saf kepimpinan UMNO, menyahut seruan Presiden agar bersiapa siaga pada tahap tertinggi untuk PRU-13”, katanya di sini hari ini.
Ini tegasnya boleh dicapai dengan mematuhi disiplin organisasi dengan matlamat yang jelas untuk kemenangan BN demi membela nasib semua rakyat dengan adil.
Jelas beliau lagi PRU-13 bukan bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Tambahnya pembangkang telah terbukti tidak berjaya menunaikan janji pilihanraya di empat negeri di bawah pemerintahan mereka.
“Buku Jingga mereka pula adalah dokumen yang fatamorgana yang bakal membankrapkan negara tercinta ini.  Oleh itu, sekarang ini juga mari kita bersama mengucapkan selamat tinggal kepada puak pembangkang.
“Sokonglah Barisan Nasional yang sentiasa menepati janji untuk manafaat rakyat”, ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment