Tuesday, December 4, 2012

Soalan 26: PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

                                                               
PERTANYAAN    :        LISAN
DARIPADA         :        YB DATO' KAMARUDIN BIN JAFFAR
[ TUMPAT  ]
TARIKH              :        26 NOVEMBER 2012 - ISNIN
SOALAN

YB DATO' KAMARUDIN BIN JAFFAR [ TUMPAT ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah laluan-laluan baru kereta api di Pantai Timur Semenanjung.

JAWAPAN:         YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,


Buat masa sekarang, tidak ada laluan baru keretapi di Pantai  Timur Semenanjung. Namun demikian, kajian untuk menyediakan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara telahpun memperakukan bahawa landasan keretapi yang sedia ada daripada Gemas ke Tumpat wajar dipertingkatkan. Kajian tersebut juga telah memperakukan bahawa perkhidmatan rel di Pantai Timur Semenanjung wajar dilanjutkan ke Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bahru untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi wilayah ini. Perakuan-perakuan ini akan dikaji secara mendalam oleh Kerajaan.

Buat masa sekarang, SPAD sedang menyediakan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara. Adalah dijangka Rancangan Induk ini akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri sebelum akhir tahun ini.

Dalam pada itu, SPAD juga akan menjalankan Kajian Pengangkutan Barangan Negara pada awal tahun 2013. Kajian tersebut akan meneliti secara lebih mendalam isu mempertingkatan infrastruktur dan perkhidmatan rel di wilayah Pantai Timur Semenanjung.

Sekian. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment