Tuesday, December 4, 2012

SOALAN 39: PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

                                                               
PERTANYAAN    :        LISAN
DARIPADA         :        YB DATO' SRI ONG TEE KEAT
[ PANDAN  ]
TARIKH              :        26 November 2012 - ISNIN

SOALAN

YB DATO' SRI ONG TEE KEAT [ PANDAN ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membenarkan penggunaan "guide dog" oleh OKU yang cacat penglihatan dalam kenderaan-kenderaan awam. Jika ya, bila. Jika tidak, mengapa, memandangkan banyak negara jiran kita telah menerimanya sebagai satu-satunya kaedah mesra OKU yang dapat menjimatkan guna tenaga manusia.

JAWAPAN:         YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan sedar bahawa usaha perlu di pertingkatkan untuk menjadikan sistem pengangkutan awam seperti bas dan tren “lebih mesra” (“user-friendly” dengan izin) bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Dalam hal ini Kerajaan akan membincang dengan persatuan-persatuan OKU dan pengendali pengangkutan awam langkah-langkah yang boleh diambil untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih mesra bagi OKU.

Dari segi undang-undang, tidak ada halangan untuk OKU membawa masuk “guide dog” dalam bas dan tren. Namun demikian, secara amalan, operator bas dan tren tidak membenarkan masuk sebarang binatang termasuk “guide dog” atas sebab-sebab tertentu.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment