Tuesday, December 4, 2012

SOALAN NO 29: PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA




PEMBERITAHUAN PERTANYAAN PERTANYAAN LISAN
DEWAN NEGARA


                                                               
PERTANYAAN    :        LISAN
DARIPADA          :        YB TUAN HAJI AHAMAT @ AHAMAD BIN   YUSOP  
TARIKH              :        3 DISEMBER 2012 – ISNIN

SOALAN

YB Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta Perdana Menteri menyatakan :-
  
a)   Tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD) terhadap permit teksi yang tidak aktif; dan

b)  Adakah cadangan untuk menyeragamkan dekorasi dan penampilan teksi dengan hanya menggunakan satu logo, warna dan serta identiti bagi tujuan penambahbaikan dan imej yang lebih menonjol.

JAWAPAN:         YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

a)   SPAD akan mengambil tindakan untuk membatalkan permit teksi yang didapati tidak lagi aktif. Langkah ini adalah bertepatan dengan usaha untuk mengimbangkan tahap penawaran dan permintaan perkhidmatan teksi di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemilik lesen berkenaan akan di beri peluang terlebih dahulu untuk mengaktifkan lesen berkenaan jika mereka masih berminat. Setakat ini terdapat 7100 surat tawaran kenderaan yang masih belum dilesenkan dan tidak akan diperbaharui berdasarkan lebihan penawaran di dalam industri teksi.

b)   Terdapat cadangan dari pelbagai pihak termasuk dari rakyat untuk menyeragamkan logo, warna dan indentiti teksi bagi tujuan penambahbaikan dan imej yang menonjol. Cadangan ini  di kaji dengan teliti dalam inisiatif Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma). Jika ia didapati akan turut menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan dan imej industri teksi di negara ini, SPAD akan mencadangkan supaya ia di laksanakan. SPAD juga sedang meneliti kaedah pengiklanan untuk teksi bagi tujuan peneyeragaman dan penambahbaikan imej teksi.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment