Monday, January 7, 2013

Hadi tidak akan tarik balik amanat



PUTRAJAYA 31 Dis. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menarik balik amanat yang didakwa telah memecahbelahkan umat Islam itu.
Beliau berkata, sehingga kini Abdul Hadi hanya mahu memberi penjelasan secara langsung melalui stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 berhubung amanat tersebut.
Katanya, perkara itu dilihat lari daripada gesaan pelbagai pihak, termasuk ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya amanat itu ditarik balik.
‘‘Walaupun saya sentiasa berfikiran positif yang beliau (Abdul Hadi) akan menarik amanatnya itu tetapi ia kelihatan sesuatu yang sukar.
‘‘Dari dulu sehingga kini, beliau masih berpegang kepada amanat itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini hari ini.
Semalam seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah tidak bersetuju Abdul Hadi diberi peluang muncul di televisyen bagi memperjelaskan amanat yang dibuatnya pada 1981 itu.
Bagaimanapun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tokoh agama dan mufti negeri-negeri turut dijemput untuk bersama dalam forum yang memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas itu bagi memperjelas amanatnya.

No comments:

Post a Comment