Sunday, March 31, 2013

Felda Kemahang 2


 FELDA Kemahang 2, Tanah Merah, semalam
 Umum 5 juta untuk selesai masalah air
 Rasmikan dewan Semai Bakti semalam di Kemahang 2










APMM MMEA




Bersama Menteri Belia dan APMM

Rakyat Kelantan jangan takut



RANTAU PANJANG 30 Mac - Rakyat negeri ini tidak harus rasa was-was atau takut untuk menukar kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini biarpun parti itu memainkan sentimen Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas hanya menggunakan strategi bahawa kerajaan negeri ini dipimpin oleh ulama untuk menakutkan rakyat sedangkan kebanyakan pemimpin mereka bukan dari golongan tersebut.
Beliau berkata, sekiranya benar parti itu memartabatkan ulama, pemimpin seperti Nasharuddin Mat Isa tidak diketepikan sebagai Timbalan Presiden Pas.
"Dalam Pas sendiri orang yang disebut ulama sudah semakin sedikit, kalau kita lihat pemimpin tertinggi Pas, Mohamad Sabu orang nombor dua sejak bila jadi ulama, mereka bukan menjunjung pimpinan ulama, sepatutnya mereka pilih Ustaz Nasharudin sebagai orang nombor dua Pas.
"Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas), sejak bila jadi ulama, serupa kita saja. Memang kita perlu tukar kerajaan, rakyat tidak perlu takut, kita boleh senarai siapa ulama dalam pimpinan mereka, adakah semua Exco dalam kerajaan Pas Kelantan semua ulama?," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-33 dan 'Bekwoh' Kesyukuran 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi di sini hari ini.

Tidak perlu takut tukar kerajaan Pas Kelantan - Ahmad




RANTAU PANJANG 30 Mac - Rakyat negeri ini tidak harus rasa was-was atau takut untuk menukar kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini biarpun parti itu memainkan sentimen Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas hanya menggunakan strategi bahawa kerajaan negeri ini dipimpin oleh ulama untuk menakutkan rakyat sedangkan kebanyakkan pemimpin mereka bukan dari golongan tersebut.
Beliau berkata, sekiranya benar parti itu memartabatkan ulama, pemimpin seperti Nasharuddin Mat Isa tidak diketepikan sebagai Timbalan Presiden Pas.
"Dalam Pas sendiri orang yang disebut ulama sudah semakin sedikit, kalau kita lihat pemimpin tertinggi Pas, Mohamad Sabu orang nombor dua sejak bila jadi ulama, mereka bukan menjunjung pimpinan ulama, sepatutnya mereka pilih Ustaz Nasharudin sebagai orang nombor dua Pas.
"Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas), sejak bila jadi ulama, serupa kita saja. Memang kita perlu tukar kerajaan, rakyat tidak perlu takut, kita boleh senarai siapa ulama dalam pimpinan mereka, adakah semua Exco dalam kerajaan Pas Kelantan semua ulama?
"Yang penting apakah maksud sebenar ulama, ulama bererti orang berilmu, apa kurang Datuk Seri Mustapa Mohamed, pendidikan tinggi, boleh melaksanakan macam-macam dan jasanya banyak, saya yakin di bawah beliau semua janji termasuk tujuh janji Perdana Menteri boleh dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-33 dan 'Bekwoh' Kesyukuran 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi di sini hari ini.

Maritim Malaysia harap jawatan diselaraskan


Maritim Malaysia tambah kekuatan di Esszone



LANGKAWI 27 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menambah kekuatan anggota dan aset di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penambahan itu termasuk 14 aset, masing-masing lima kapal maritim dan bot, 400 anggota serta mewujudkan enam pangkalan hadapan di kawasan strategik.
''Semua ini akan disediakan segera iaitu dalam tempoh sebulan sebelum 15 April ini,'' katanya selepas merasmikan Persidangan Kawalan Pesisir Pantai sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Gerakan khas pertahan Gelang Patah

Ahmad Maslan (dua dari kiri) melancarkan Sukarelawan Muda BN Parlimen Pontian sempena Feista Mesra Belia Parlimen Pontian di Dataran Jalok, Benut, Johor


PONTIAN 25 Mac - Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional (BN) akan melancarkan gerakan khas di Gelang Patah bagi memastikan kerjaya politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang berakhir di kawasan Parlimen tersebut.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau akan turun ke Gelang Patah dalam masa terdekat bagi menemui jentera penerangan BN dan UMNO supaya cita-cita tinggi Kit Siang tidak akan tercapai kerana kawasan tersebut wajib dipertahan memandangkan ia merupakan lokasi pusat pentadbiran kerajaan negeri dan projek pembangunan mega.
"Selain Parlimen Gelang Patah, BN juga akan merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai serta mempertahankan kerusi DUN Nusajaya yang dimenangi pada tahun 2008 lalu. BN akan guna segala daya untuk pertahan Gelang Patah daripada jatuh ke tangan pembangkang yang mahu menawan Johor.
"Hasrat dan impian mereka itu sebenarnya seperti mimpi siang hari walaupun pembangkang mendakwa mampu menawan 15 kawasan Parlimen di Johor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Mesra Belia Parlimen Pontian di Dataran Jalok, Benut di sini semalam.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO turut melancarkan Sukarelawan Muda BN Parlimen Pontian yang disertai oleh kira-kira 400 peserta bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, gerakan khas tersebut akan menampilkan kelainan dalam usaha melumpuhkan kekuatan lawan melalui penganjuran pelbagai program bagi mendekati hati pengundi Gelang Patah selain perhatian kepada penerangan isu oleh penceramah-penceramah hebat yang bakal memberi penjelasan tentang kedudukan pakatan pembangkang pada hari ini.
"Dakwaan BN akan hilang 15 kerusi Parlimen di Johor adalah perang saraf, BN dan UMNO Johor tidak gentar atau bimbang kerana kita berada di landasan yang kukuh untuk mempertahankan semua kerusi yang dimaksudkan malah rakyat negeri ini sudah sebati dengan BN dan UMNO.
"Isu berbangkit yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang seperti isu pembangunan di Pengerang telah dapat diatasi oleh kerajaan negeri, begitu juga dengan beberapa isu lain. Ia sekali gus menjadikan hasrat pakatan pembangkang menawan Johor dalam PRU-13 sebagai satu angan-angan kosong," katanya lagi.

Sunday, March 24, 2013

Laporan Khas FELDA Sahabat


Ekspedisi Everest FELDA 2013 diketuai wanita muda



Ahmad Maslan Selar Cubaan Rafizi Kaitkan Azzimudie Dengan Umno Sabah

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyelar tindakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang dilihat cuba mengaitkan Agbimuddin Kiram dengan Umno Sabah.
Agbimudin Kiram, adik kepada ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram, didakwa Rafizi pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO)Kudat atau penjawat awam bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.
“Kalau benar dia pernah jadi ADO Kudat pada 1970-an, ia tidak ada kaitan dengan Umno,” kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan ‘Himpunan Patriot Gabungan NGO2 Sabah’ di Dewan Maksak, Likas dekat Kudat, Sabtu.
“Mana ada Umno (di Sabah) waktu itu…Umno masuk ke Sabah pada tahun 1990. Saya kira ini satu lagi tuduhan terhadap Umno. Umno adalah satu parti yang amat rasional dan Barisan Nasional (BN) mempunyai tindakan yang rapi.
“Kita tidak sebodoh apa yang mereka sangkakan…takkan kita ingin melakukan sandiwara,” kata Ahmad sebagai mengulas kenyataan Rafizi yang disiarkan media sosial.
“Saya sendiri pergi melihat (keadaan Lahad Datu) bukan sandiwara…Mereka (pembangkang) hanya duduk di bilik hawa dingin di pejabat PKR di Semenanjung, mana ada melihat apa yang berlaku…susahnya kita berhadapan dengan puak-puak pengganas ini,” tegas Ahmad.
Beliau berkata Umno dan BN sentiasa memikirkan bagaimana mempertahankan bumi Sabah.
“Kita pertahankan supaya tidak ada seinci pun tanah kita ini jatuh ke tangan pengganas itu…itu kerja kita, kerja mereka (pembangkang) asyik menuduh macam-macam hal yang amat menjengkelkan dan (ini) amat mendukacitakan,” katanya.
Mengenai ‘Himpunan Patriot Gabungan NGO2 Sabah’, Ahmad berkata ia bertujuan menunjukkan sokongan kepada usaha kerajan Sabah dan Malaysia bagi menyelesaikan dan menjamin kemenangan dalam membanteras pengganas Kiram.
Ahmad berkata NGO-NGO yang menyertai program itu turut mencadangkan tambahan pengambilan anggota keselamatan di Sabah.
“Kita harap jumlah anak-anak Sabah yang menganggotai polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditambah supaya apabila anak Sabah sendiri yang pertahankan bumi Sabah ini, sentimen patriotisme atau cintakan negeri itu lebih berbanding orang lain,” katanya.

Terus berjuang untuk Sabah yg aman dalam Malaysia

Saturday, March 23, 2013

Empat saluran berkempen


Empat saluran berkempen


Kejayaan Felda membasmi kemiskinan, menyusun masyarakat & membina agensi global menjadi teladan kpd banyak pihak.. Kata D Ahmad Maslan yg lancarkan 12 anak peneroka mendaki Gunung Everest pagi ini.
 5 Pendaki utama
 Wanita ketua pendaki
Moga mereka berjaya catat sejarah FELDA

BN agih 3,000 kemeja T

Ahmad Maslan (kiri) menunjukkan kemeja T kepada para penderma Tabung Wira Lahad Datu semasa semasa pelancarannya di Dewan Yayasan Sarawak, Kuching, kelmarin.



KUCHING 20 Mac - Barisan Nasional (BN) negeri menyediakan sebanyak 3,000 helai kemeja T untuk orang ramai yang memberi sumbangan dalam Tabung Wira Lahad Datu, Sabah di sini semalam.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemberian di bawah inisiatif Unit Media Baru (UMB) BN itu merupakan simbolik tanda penghargaan kepada masyarakat yang mengiktiraf pengorbanan pasukan keselamatan negara.
Katanya, pemberian itu secara tidak langsung mampu mendorong penderma terus menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan.
"Ini merupakan antara usaha BN dalam menghargai setiap nilai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu keluarga wira-wira yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Taklimat Penceramah Penerangan dan melancarkan kemeja T tersebut di Dewan Yayasan Sarawak di sini semalam.
Mereka yang memberi sumbangan dalam tabung tersebut akan menerima kemeja T berwarna biru yang mempunyai empat logo parti komponen BN negeri iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara dalam Ops Daulat.
Katanya, walaupun pakatan pembangkang mendakwa operasi berkenaan hanya sandiwara, realitinya ialah 10 anggota pasukan keselamatan negara dan lebih 60 penceroboh pengganas Kiram telah terkorban di medan pertempuran.
"Apa yang berlaku di Sabah itu bukan sandiwara, ini adalah perkara yang benar-benar berlaku. Tidak ada orang yang ingin mati kalau 'lakonan'.
"Kalau dikatakan sandiwara, ini bermakna pakatan pembangkang menggelar wira-wira negara yang terkorban itu adalah 'pelakon'," katanya.

Wednesday, March 20, 2013

Sokong pembangkang mungkin untuk jadi calon


IPOH 18 Mac - Tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin “memotong barisan"
anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.
"Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun...hanya menelan air liur kerana ada pemimpin short cut yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.
"Mereka tengok agaknya berniaga tak bagus, mungkin juga mereka suka berceramah atau mungkin ada perkara yang mereka tidak persetujui (ketika berkhidmat dalam kerajaan), jadi mereka fikir kalau aku masuk parti pembangkang ada peluang jadi calon agaknya," katanya.
Bagaimanapun, katanya tindakan golongan berkenaan tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) kerana mereka adalah suara minoriti.

17 pelajar cemerlang terima penghargaan




PONTIAN 14 Mac - Sebanyak 17 pelajar Projek Tuisyen WANCorp yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu masing-masing menerima sijil penghargaan, wang tunai RM50 dan seutas jam tangan.
Majlis penyampaian penghargaan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian di Dewan Seri Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, di sini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf An-Nur Corporation Bhd., Yusof Rahmat.
Yusof berkata, majlis itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada para peserta Projek Tuisyen WANCorp yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
"Diharap penghargaan ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran mereka pada masa depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Projek Tuisyen WANCorp dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Bhd. bagi memberi peluang kepada pelajar khususnya golongan kurang berkemampuan dan anak yatim mengikuti kelas tambahan bagi menghadapi UPSR.
Beliau berkata, usaha itu turut mendapat sokongan Jabatan Pelajaran negeri, Pejabat Pelajaran daerah dan diuruskan Bistari Young Entrepreneur Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp).

Kedah duduki senarai teratas untuk ditawan



ALOR SETAR 13 Mac - Kedah diletakkan pada kedudukan nombor satu dalam senarai negeri-negeri untuk ditawan semula Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu berdasarkan beberapa faktor yang dilihat memberi kelebihan kepada BN antaranya sokongan padu daripada pemimpin dan bekas pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, Kedah juga dilihat berpeluang dirampas semula kerana pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 hanya menang dengan majoriti tipis iaitu kira-kira 1,400 undi.
Faktor lain, menurut Ahmad, sentimen kuat rakyat Kedah yang mahu BN mentadbir semula negeri tersebut kerana dari sudut sejarah Kedah selama ini merupakan milik UMNO.
“Rakyat Kedah juga sudah melihat wujudnya pelbagai isu yang menunjukkan Kerajaan Pas Kedah tidak mampu mentadbir negeri dengan baik.
“Ini termasuk isu pembalakan rakus dan pergolakan dalaman kepimpinan Pas Kedah sendiri, jadi peluang BN cukup cerah," katanya dalam sidang akhbar sebelum melancarkan Tabung Perajurit Lahad Datu oleh UMNO Kedah dan Taklimat Penerangan UMNO di Bangunan UMNO, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Menurut Ahmad, golongan muda dan pengundi atas pagar juga dilihat memihak kepada BN berikutan pelbagai dasar yang diumumkan kerajaan seperti skim bantuan orang muda dan penyediaan peluang pekerjaan selain keputusan kerajaan dalam isu-isu semasa seperti di Lahad Datu, Sabah.

Tsunami sudah berakhir, BN yakin menang dua pertiga



JOHOR BAHRU 12 Mac - Tsunami politik yang menimpa Barisan Nasional (BN) diyakini sudah berakhir, sekali gus parti pemerintah itu yakin mampu menang dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menghentikan tsunami politik tanah air yang berlaku sebelum ini menerusi pelbagai program yang dilaksanakan untuk rakyat.
Menurutnya, BN berharap dapat merampas sekurang-kurang lima daripada 23 kerusi Parlimen yang dimenangi Pas, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada 28 kerusi DAP.
"Justeru, jika kita boleh dapat kembali kerusi-kerusi ini dan dicampurkan dengan 140 kerusi sedia ada yang perlu dijaga dan dikekalkan, maka kita yakin boleh mendapat majoriti lebih dua pertiga. Rakyat juga suka Gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Penceramah Penerangan BN peringkat negeri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Sunday, March 10, 2013

APMM tambah kekuatan anggota di pantai timur Sabah

DATUK Ahmad Maslan bertanyakan tentang senjata yang digunakan seorang anggota unit STAR Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika meninjau keadaan anggota agensi itu yang turut terlibat kawalan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu, di Lahad Datu, Sabah hari ini.



LAHAD DATU 10 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah ekoran insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di sini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tambahan itu termasuk lima lagi kapal marin (KM) yang aka tiba dari Semenanjung Malaysia.
Setakat ini kata beliau, pantai timur Sabah mempunyai 337 anggota dan 79 pegawai selain 24 aset APMM dalam mengawal perairan sepanjang kawasan berkenaan.

Kaum Suluk Sabah setia




Lawatan kerja Khas ke FELDA SAHABAT, Lahad Datu

 D. Azeeez, ADUN D. Suhaili, RGM Felda, Juany, hadir
STAR Team Special Task And Rescue, Komando APMM semalam di Lahad Datu
 Semalam tiba di airport Tawau 
 Sidang Media Ops Daulat
Bantuan Polis dan Tentera 
 FELDA Trading beri polis dan tentera bantuan diterima oleh ketua polis Sabah
 Kolej Integrasi ILMU FELDA dijadikan Pusat untuk tentera
 Orang kpg Tandou, Tg.Batu yang diceroboh pengganas berpindah ke Dewan Felda
Anak2 kecil berpindah 
Bersama D.Azeez Rahim beri bantuan pelbagai barang
 Anak2 kecil jadi mangsa pengganas
 ADUN baca doa
Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia
Pemimpin kaum Suluk di Lahad Datu, malam tadi
Lokasi pejabat APMM Sabah

Maritim Malaysia akan bina pondok kawalan di Felda Sahabat


LAHAD DATU 9 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu juga bertujuan memperkukuh tahap keselamatan warga Felda dan penduduk tempatan lain selaras pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang diumum Khamis lepas.
"Jeti Felda Sahabat akan diguna sebagai tempat operasi Maritim Malaysia," katanya dalam taklimat bersama 30 ketua peneroka Felda Sahabat di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.
Najib berkata, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Felda Sahabat berkeluasan kira-kira 100,000 hektar dan menempatkan kira-kira 6,500 keluarga peneroka serta 11,000 pekerja ladang kelapa sawit yang kebanyakannya rakyat asing.
Ahmad berkata, pihaknya juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Polis Bantuan Felda diberi senjata lebih canggih manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibekalkan senapang.
Pada masa ini, katanya, Polis Bantuan Felda hanya memiliki senapang patah yang mampu menembak dengan berkesan pada jarak kira-kira 50 meter manakala Rela pula hanya memiliki cota.
"Ini untuk membolehkan mereka mengawal keselamatan penduduk Felda dengan lebih berkesan rentetan peristiwa ini (pencerobohan)," katanya sambil menambah keanggotaan Rela di kawasan itu akan ditambah daripada 200 kepada 400 orang.
Dalam pada itu, Ahmad meminta warga peneroka sentiasa berwaspada dan jangan bersimpati serta berkompromi dengan kumpulan pengganas militan.

Parti Golkar lebar sayap di Malaysia

Aburizal Bakrie (dua dari kiri) menerima cenderahati berupa keratan artikel akhbar Utusan Malaysia mengenai Golkar sambil dibantu Ahmad Maslan (dua dari kanan) serta diperhatikan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Herman Prayitno (kiri) selepas menyempurnakan pelantikan pimpinan baharu Parti Golkar Luar Negara (PGLN) bagi Malaysia dan Brunei serta sayap parti itu di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 7 Mac - Parti tertua Indonesia, Golkar secara serius melebarkan sayapnya bagi mendekati rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia dengan kunjungan Ketua Umumnya, Aburizal Bakrie ke sini, selama dua hari bermula hari ini.
Dalam kempen Golkar memenangi pilihan raya Indonesia tahun depan, kehadiran Aburizal dilihat untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai calon Presiden Indonesia parti berkenaan seperti diputuskan mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu tahun lalu.
Menurut Aburizal, kehadiran beliau ke negara ini menunjukkan Golkar serius mendekati rakyat Indonesia dan membantu mereka walaupun berada di luar negara, seterusnya melayakkan parti itu mendapat mandat sebagai kerajaan.
Katanya, masyarakat Indonesia di sini yang berjumlah lebih dua juta orang seharusnya mengambil bahagian dalam sistem pilihan raya negara itu dengan mengundi secara pos dan berharap lebih ramai akan berbuat demikian berbanding hanya 150,000 orang pada 2009.
"Selepas ini, Golkar melalui Ketua PGLN Malaysia-Brunei, Musthafa Bakri akan ke Hong Kong, Jepun, Korea dan meminta perwakilan Golkar di sana untuk memberitahu masyarakat Indonesia mengenai rancangan Golkar jika memenangi pilihan raya dan pilihan raya Presiden nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelantikan pimpinan baharu Parti Golkar Luar Negara (PGLN) bagi Malaysia dan Brunei serta sayap parti itu di sini hari ini.
Yang hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, Duta Indonesia di sini, Herman Prayitno dan Musthafa.
Sempena kunjungan ke negara ini, Aburizal juga dijadual mengadakan dialog dengan kira-kira 500 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia di Kedutaan Indonesia, di sini esok.
Dalam pada itu, Aburizal mengakui beliau mengikut pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO yang sering turun padang bagi mendekati rakyat dan memahami permasalahan mereka.
Beliau juga secara terbuka melahirkan harapan UMNO akan memenangi pilihan raya umum nanti bagi meneruskan kesinambungan kerjasama antara kedua-dua parti selama ini.
"Banyak lagi kerjasama yang Golkar harapkan daripada UMNO pada masa akan datang dan seperti saya katakan, perhubungan Golkar dan UMNO adalah sebagai trek kedua hubungan diplomasi antara Indonesia dan Malaysia selepas hubungan bilateral kedua-dua negara," katanya.