Wednesday, March 20, 2013

17 pelajar cemerlang terima penghargaan




PONTIAN 14 Mac - Sebanyak 17 pelajar Projek Tuisyen WANCorp yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu masing-masing menerima sijil penghargaan, wang tunai RM50 dan seutas jam tangan.
Majlis penyampaian penghargaan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian di Dewan Seri Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, di sini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf An-Nur Corporation Bhd., Yusof Rahmat.
Yusof berkata, majlis itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada para peserta Projek Tuisyen WANCorp yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
"Diharap penghargaan ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran mereka pada masa depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Projek Tuisyen WANCorp dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Bhd. bagi memberi peluang kepada pelajar khususnya golongan kurang berkemampuan dan anak yatim mengikuti kelas tambahan bagi menghadapi UPSR.
Beliau berkata, usaha itu turut mendapat sokongan Jabatan Pelajaran negeri, Pejabat Pelajaran daerah dan diuruskan Bistari Young Entrepreneur Sdn. Bhd., anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp).

No comments:

Post a Comment