Sunday, March 31, 2013

Rakyat Kelantan jangan takut



RANTAU PANJANG 30 Mac - Rakyat negeri ini tidak harus rasa was-was atau takut untuk menukar kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini biarpun parti itu memainkan sentimen Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas hanya menggunakan strategi bahawa kerajaan negeri ini dipimpin oleh ulama untuk menakutkan rakyat sedangkan kebanyakan pemimpin mereka bukan dari golongan tersebut.
Beliau berkata, sekiranya benar parti itu memartabatkan ulama, pemimpin seperti Nasharuddin Mat Isa tidak diketepikan sebagai Timbalan Presiden Pas.
"Dalam Pas sendiri orang yang disebut ulama sudah semakin sedikit, kalau kita lihat pemimpin tertinggi Pas, Mohamad Sabu orang nombor dua sejak bila jadi ulama, mereka bukan menjunjung pimpinan ulama, sepatutnya mereka pilih Ustaz Nasharudin sebagai orang nombor dua Pas.
"Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas), sejak bila jadi ulama, serupa kita saja. Memang kita perlu tukar kerajaan, rakyat tidak perlu takut, kita boleh senarai siapa ulama dalam pimpinan mereka, adakah semua Exco dalam kerajaan Pas Kelantan semua ulama?," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-33 dan 'Bekwoh' Kesyukuran 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment