Wednesday, March 20, 2013

Tsunami sudah berakhir, BN yakin menang dua pertiga



JOHOR BAHRU 12 Mac - Tsunami politik yang menimpa Barisan Nasional (BN) diyakini sudah berakhir, sekali gus parti pemerintah itu yakin mampu menang dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menghentikan tsunami politik tanah air yang berlaku sebelum ini menerusi pelbagai program yang dilaksanakan untuk rakyat.
Menurutnya, BN berharap dapat merampas sekurang-kurang lima daripada 23 kerusi Parlimen yang dimenangi Pas, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada 28 kerusi DAP.
"Justeru, jika kita boleh dapat kembali kerusi-kerusi ini dan dicampurkan dengan 140 kerusi sedia ada yang perlu dijaga dan dikekalkan, maka kita yakin boleh mendapat majoriti lebih dua pertiga. Rakyat juga suka Gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Penceramah Penerangan BN peringkat negeri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment