PUTRAJAYA 30 Mei - Draf standard prosedur operasi (SOP) keselamatan
pegawai dan bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal
diluluskan dalam masa terdekat bagi memantapkan langkah keselamatan
sedia ada.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan SOP
itu telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pembangunan JKDM SeMalaysia
Ke-71 pada 8 dan 10 Mei lalu.
Beliau berkata, terdapat tiga perkara terkandung dalam SOP itu
dengan yang pertama melibatkan pendekatan mewujudkan dua buah pasukan
tindakan kecemasan di setiap negeri.
Perkara kedua, tambahnya, menyediakan prosedur pengendalian
pengiring dan kawalan untuk menjaga keselamatan pegawai tertinggi
jabatan melibatkan gred tertentu.
Perkara ketiga pula melibatkan keselamatan bangunan dan kuarters
JKDM dan ini termasuklah memasang pengimbas kerana risiko keselamatan
yang dihadapi pegawai semakin tinggi," katanya dalam sidang akhbar
selepas mengadakan lawatan ke JKDM, di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment