Tuesday, September 17, 2013

Lawat Perbendaharaan Msia Sarawak pagi ini di Kuching

Perluas Meritokrasi

Perluas meritokrasi bersaing sesama bumiputera & kaedah "carve-out" iaitu diasingkan kerja tertentu ikut peratusan dlm tender projek2 mega utk sykt2 bumiputera yg tulen. (Harian Metro hari ini)

Saturday, September 14, 2013

Siaran Media Maya:

Berikut adalah kenyataan saya pada hari Khamis 12/9/13 di Kementerian Kewangan MOF Putrajaya selepas Majlis Bantuan sempena Syawal kpd 503 staff MOF yg terpilih drpd kategori sokongan, Oku, ibu tunggal dll ttg Rasionalisasi Subsidi. 7 org pemberita yg hadir & mempunyai alat perakam suara ada bersama ketika sidang media:
"Kajian oleh Kerajaan menunjukkan pemberian subsidi bahan api adalah tidak bersasar tetapi tersasar di mana rakyat berpendapatan tinggi mendapat menafaat terbesar berbanding rakyat berpendapatan rendah. Berdasarkan jumlah perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Msia ke atas petrol RON 95, hanya 30% disumbangkan oleh kumpulan berpendapatan kurang drpd rm3ribu sebulan. PURATA perbelanjaan ke atas petrol isi rumah berpendapatan kurang rm3ribu sebulan adalah rm132 sebulan, berbanding rm375 sebulan oleh isi rumah yg berpendapatan lebih rm5ribu sebulan. Kajian oleh IMF Tabung Kewangan Antarabangsa pula mendapati, di seluruh dunia, manfaat subsidi petrol kpd rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah tidak baik. Lebih 80% drpd manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40% isi rumah berpendapatan tinggi. Manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair LPG, 65% dan 70% drpd manfaat subsidi dinikmati golongan 40% isi rumah berpendapatan tinggi. Namun, pemberian subsidi tertentu akan diteruskan tetapi perlu bersasar ( targeted ) kpd rakyat yg layak bukan tersasar".. [kontroversi kemudian berlaku ttg kenyataan saya itu sbb angka rm132 & rm375 sebulan penggunaan petrol kpd 2 kumpulan pendapatan isi rumah. Saya mengulang kenyataan kpd pemberita yg hadir agar angka2 yg saya sebut tidak silap dipetik. Perlu diingat perkataan PURATA adalah amat penting. Contohnya dlm sebuah isi rumah yg ada ayah, ibu dan 3 anak, maksud purata pendapatan rm3ribu ialah pendapatan 5 org dlm rumah itu samada ibu atau anak2 yg mendiami dlm rumah itu bekerja atau tidak, kecil, besar, masih bersekolah atau tidak. Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah juga begitu, dibahagi kpd yg ada kereta, ada motorsikal dll dlm rumah itu, isi rumah dari Perlis hingga ke Sabah, rumah teres atau rumah panjang, bandar atau di kws pedalaman. Maksud purata juga ialah sbhg isi rumah berbelanja lebih, sbhg pula kurang drpd angka yg dinyatakan itu. Angka itu betul utk purata seluruh negara. Pengiraan purata itu pula bersumberkan drpd Penyiasatan Perbelanjaan Isi rumah 2009/10 (Household Expenditure Survey HES) oleh Jabatan Perangkaan Msia (DOSM) yg dibuat setiap 5 tahun sekali] Tkasih.

D Ahmad b Maslan Timb Menteri Kewangan, 14/9/13

Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. UiTM pagi ini. YAB PM gariskan 5 haluan besar agenda yg akan dilaksana:
1. Mendaya modal insan Bumiputera
2. Memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dlm sektor swasta
3. Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera
4. Memperhebat keusahawanan & perniagaan Bumiputera
5. Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
Hidup Melayu !
Hidup Bumiputera !
Hidup Malaysia !

Perasmian Bangunan Baru UTUSAN

Di Depan Api Di Belakang Duri.. Utusan adalah pusaka Melayu. Suatu perjuangan 75 tahun yg amat berjasa kpd agama, bangsa & tanahair. Utusan Mutiara Bangsa

Thursday, September 12, 2013

Program JACTIM

The Japanese Chamber of Trade & Industry Msia JACTIM.. 30th Year Anniversary Celebrations..Partners Together For A Better Future. Today's event with Tun M, YAB PM, Japanese Ambassador & JACTIM Chairman

Live Bernama TV ttg subsidi & Bajet 2014 mlm ini

Wednesday, September 4, 2013

PELARASAN SUBSIDI LEBIH ADIL DAN BERMANFAAT UNTUK RAKYAT


PELARASAN SUBSIDI LEBIH ADIL DAN BERMANFAAT UNTUK RAKYAT

Rasionalisasi harga minyak Petrol RON95 dan Diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah (targeted) khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat,
“Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah (targeted subsidies) khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M.”
“Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat”.
Demikian dinyatakan oleh Datuk Hj. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kewangan selepas merasmikan Kem Cerdik Cukai 2013 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri pagi tadi.
Datuk Hj. Ahmad menegaskan bahawa sungguhpun harga Petrol RON95 dan Diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia boleh mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk Petrol RON95 dan 80 sen untuk Diesel. Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan untuk petroleum bagi tahun 2013 adalah sebanyak 24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion.
Untuk tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperolehi daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan Negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. Dalam pada itu, kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Bloomberg pada Februari 2013 bertajuk Highest and Cheapest Gas Prices by Countries, Malaysia berada pada kedudukan ke-8 daripada 14 negara yang menjual harga minyak terendah berbanding Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria. Selepas itu, menyusul Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.

Monday, September 2, 2013

Hukum penjara pihak hina Jalur Gemilang - Ahmad


PONTIAN 1 Sept. - Pihak berkuasa digesa tidak lagi bertolak ansur, sebaliknya mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan hukuman penjara terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan seorang aktivis propembangkang yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" amat tidak wajar dan biadap sekali dan jelas dipengaruhi kebenciannya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
"Sikap melampau itu perlu dibendung kerana Jalur Gemilang merupakan lambang dan maruah negara yang mesti dihormati dan bukan dicaci, dihina disebabkan berbeza fahaman politik. UMNO amat kesal dengan sikap aktivis propembangkang yang sekali lagi menimbulkan isu ini sepertimana yang dilakukan pada tahun lalu.
"Sikap dan pendirian mereka ini amat bertentangan dengan sikap bertolak ansur kerajaan selama ini yang terus mengadakan provokasi bagi menghina Jalur Gemilang demi untuk kepentingan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai IKS dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian yang baru di Benut, di sini hari ini.
Ahmad berkata demikian sebagai mengulas tindakan aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais yang menggelarkan Jalur Gemilang sebagai "Jalur Temberang" pada Sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.
Selain itu, Hishamuddin juga turut mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan sebagai "Hari Malapetaka", manakala bendera Sang Saka adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menambah, bukan sahaja Hishamuddin yang perlu dikenakan tindakan tetapi sesiapa sahaja yang terlibat mencemar dan menjatuhkan maruah Jalur Gemilang perlu dikenakan tindakan tegas kerana sudah sampai masa kerajaan bertindak tegas dalam isu menghina bendera dan lagu kebangsaan.
"Sikap berlembut dan bertolak ansur selama ini telah menjadikan sesetengah pihak bertambah kurang ajar dan biadap termasuk golongan pelajar yang berada di luar negara seperti yang berlaku di Taiwan sebelum ini.
"Aktivis propembangkang perlu memisahkan diri mereka dengan emosi kepartian dan dendam terhadap kerajaan sebaliknya menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu hari bersejarah kepada setiap lapisan masyarakat," katanya. - UTUSAN ONLINE