Wednesday, September 4, 2013

PELARASAN SUBSIDI LEBIH ADIL DAN BERMANFAAT UNTUK RAKYAT


PELARASAN SUBSIDI LEBIH ADIL DAN BERMANFAAT UNTUK RAKYAT

Rasionalisasi harga minyak Petrol RON95 dan Diesel perlu dilaksanakan ketika ini agar subsidi kerajaan lebih adil dan terarah (targeted) khususnya untuk penduduk berpendapatan sederhana dan rendah yang akan mendapat lebih banyak manfaat,
“Segalanya ini adalah kerana komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat dan dengan pelarasan subsidi ini, kita ingin memberi tumpuan kepada subsidi terarah (targeted subsidies) khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan kenaikan bantuan BR1M.”
“Jangan terpedaya dengan hasutan politik yang mengambil kesempatan daripada isu ini sedangkan langkah kerajaan ini lebih adil dan baik demi untuk kebajikan rakyat”.
Demikian dinyatakan oleh Datuk Hj. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kewangan selepas merasmikan Kem Cerdik Cukai 2013 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri pagi tadi.
Datuk Hj. Ahmad menegaskan bahawa sungguhpun harga Petrol RON95 dan Diesel dinaikkan 20 sen, rakyat perlu faham bahawa berbanding negara-negara jiran dan dunia, Malaysia boleh mencapai tahap harga sebenar bahan api kerana kerajaan masih memberi subsidi 63 sen untuk Petrol RON95 dan 80 sen untuk Diesel. Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan untuk petroleum bagi tahun 2013 adalah sebanyak 24.8 bilion dan dengan ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM1.1 bilion.
Untuk tahun 2014, sebanyak RM3.3 bilion akan diperolehi daripada penjimatan yang boleh digunakan untuk mengurus pembangunan Negara termasuk kenaikan pemberian BR1M. Dalam pada itu, kerajaan terus mengekalkan pelbagai pemberian subsidi untuk barangan lain seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Bloomberg pada Februari 2013 bertajuk Highest and Cheapest Gas Prices by Countries, Malaysia berada pada kedudukan ke-8 daripada 14 negara yang menjual harga minyak terendah berbanding Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria. Selepas itu, menyusul Mexico, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia, Pakistan dan Thailand.

No comments:

Post a Comment