Monday, June 29, 2015

Saturday, June 20, 2015

Melawat Mini UTC Parlimen Titiwangsa

20 Jun 10am Keramat Mall
Turut hadir Tan Sri Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib, Datuk Bandar DBKL dan ketua2 Agensi

Saturday, June 13, 2015

APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR? najibrazak.com


Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu.

Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai.

Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.

Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014.

Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya5.

Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang".

Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang.

Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau.

Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik.

Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus.

Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan.

Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat.

Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri.

Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia.

Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi?

Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan.

Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. – Blog Najibrazak.com

Friday, June 12, 2015

PELAKSANAAN GST DISAMBUT BAIK PENGUSAHA SYARIKAT


June 11, 2015

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sambutan baik diterima daripada pengusaha dan data mencatatkan sebanyak 380,313 syarikat dan entiti telah berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga semalam.

Beliau berkata semasa sesi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini, jumlah tersebut melebihi sasaran asal kerajaan yang menjangkakan 240,000 syarikat akan berdaftar di bawah GST.

“Oleh itu kerajaan akan meneruskan usaha-usaha penerangan kepada syarikat-syarikat ini berkenaan GST, ” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah.

Ahmad Maslan mahu kementerian kewangan menyatakan tahap dan suasana pelaksanaan GST dan langkah bagi mendepani kelemahan berkaitan pelaksanaannya.

Menurut Ahmad Maslan lagi, sehingga 30 Mei lepas, kira-kira 500 sesi program ‘hand holding’ telah dijalankan melibatkan 59,000 orang dari pelbagai sektor perniagaan dan dijangkakan sebanyak 250 lagi program serupa akan diadakan di masa depan bagi memenuhi keperluan entiti perniagaan.

“Kastam juga telah menubuhkan meja bantuan GST di setiap negeri untuk membimbing peniaga menguruskan GST.”

“Panduan menyeluruh dalam portal Jabatan Kastam disediakan untuk peniaga buat tuntutan atau bayaran GST,” jelas beliau

Ahmad Maslan berkata, sebanyak 42 pertemuan Jabatan Kastam bersama pelanggan telah dijadualkan bermula 8 Jun lepas hingga 3 Julai depan bagi membantu pelanggan yang mempunyai masalah dengan GST.

“Invois secara manual boleh dibuat sehingga 30 september 2015 dengan syarat nombor GST mesti dicetak di atas invois manual tersebut.” Jelas Ahmad Maslan ketika ditanya salah seorang Ahli Parlimen.

Tambah Ahmad Maslan, sebagai usaha melancarkan pelaksanan GST, Jabatan Kastam juga telah membuat pengambilan pegawai baru seramai 805 orang, penempatan semula seramai 1,143 pegawai mengikut keperluan dan 557 pegawai audit GST.

Beliau turut menjelaskan, kutipan import GST sehingga semalam berjumlah sebanyak RM3.37 bilion manakala kutipan bersih tempatan pula berjumlah sebanyak RM2.95 bilion.

Tuesday, June 9, 2015

LAWATAN PM KE RANAU SABAH


Tarikh: 09.06.2015 (Selasa)
Masa: 1.52 petang
Tempat: Dewan Kinabalu (Kinabalu Park)

Ucapan Perdana Menteri
-Terima kasih kepada KM Sabah.

-Pada mulanya memang niat untuk datang ke Sabah pada hari kejadian, namun padi hari yang sama merupakan hari jadi YDPA dan jemputan Raja Arab Saudi.

-Perkara pertama meminta sambutan pesta kaamatan di ranau dibatal dan mengarahkan TPM melakukan lawatan.

-Merasakan amat mustahak untuk datang ke Sabah meskipun SAR hampir tamat, namun tetap teruskan lawatan untuk menyampaikan mesej bahawa Kerajaan Persekutuan akan bersama-sama kerajaan negeri dalam senang dan susah.

- lawatan juga untuk mengenalpasti apa tindakan susulan yang difikirkan perlu untuk memperbaiki dan memulihkan gunung kinabalu sebagai sebuah pusat tarikan pelancongan.

-Menyatakan, atas nama kerajaan pusat amat berpuas hati dengan segala tindakan SAR. Sebarang kelemahan yang dimainkan oleh sesetengah pihak adalah tidak benar kerana SOP menitikberatkan elemen keselamatan terlebih dahulu, mana-mana yang boleh diselamatkan akan diselamatkan terlebih dahulu.

-memuji kerjasama agensi kerajaan negeri dan persekutuan dan SAR.

-Memuji dan menghargai sumbangan Malim Gunung dalam SAR yang sanggup membahayakan diri dalam usaha menyalamat dengan keberanian yang luar biasa.

-Kerajaan pusat dengan syor kerajaan negeri kan memikirkan pemberian atau anugerah yang difikirkan bersesuaian untuk menghargai jasa dan sumbangan mereka yang terlibat dan terkorban.

-Cadangan untuk menggunakan teknologi terkini seperti sensor di kawasan gunung kinabalu. Sensor ini membolehkan kita memantau gempa kecil. Namun kemampuan untuk mengesan gempa bumi besar adalah suatu yang diluar kawalan dan diserahkan kepada pakar.

-mencadangkan 6 pendaki dengan 1 malim gunung dan dibekalkan dengan walkie talkie.

- keperluan penggunaan helikopter akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian. Kawasan Landing point akan diperluas.

-kerajaan pusat sumbang 10juta kepada kerajaan negeri dalam usaha memulihkan kerosakan dan kerja2 pemulihanan gunung kinabalu.

-Pesuruhjaya singapura menyampaikan ucapan takziah dan surat penghargaan daripada PM singapura kepada segala usaha kerajaan negeri dan persekutuan dalam usaha menyelamat.

-Bencana gempa yang melanda negeri pasti ada hikmahnya.

-Ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa terlibat dengan bencana gempa, dan diharapkan keluarga mangsa gempa tabah dan sabar.
Ini laporan biasa dari kawan2 dan bukan laporan rasmi

Monday, June 8, 2015

GST YANG SEBENARNYA:-

Pernahkah kita terfikir mengapa 170 drpd 193 negara dlm dunia ini (88%) sudah melaksanakan GST, Goods & Services Tax atau CBP, Cukai Barang & Perkhidmatan atau VAT, Value Added Tax? Adakah mereka ingin menzalimi rakyat di negara masing2 itu?
Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi (Msia termasuk kategori ini) dan juga negara2 maju.
Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43 drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus & dibolehkan drpd sudut agama Islam.
Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 & 1975.
SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg adil & tidak zalim.
Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli, skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!
Berikut adalah sbhg drpd kebaikan GST utk rakyat & negara:
1) Sistem cukai yg berkesan, telus dan cekap kerana GST mempunyai aturan yg baik, penggunaan sistem komputer dgn perisian yg tepat & boleh diurus sendiri. Buku akaun jadi satu dokumen yg lengkap, bukan sentiasa rugi jika diguna waktu membayar cukai kpd Lembaga Hasil, LHDNM.
2) Mengembangkan ekonomi negara kerana GST jadikan perniagaan berkembang lebih teratur dgn rantaian jualan jadi lebih baik. GST boleh kembangkan ekonomi negara 0.3 - 0.5% dlm tahun pertama pelaksanaannya.
3) Mengurangkan ekonomi terselindung (pengelakan / penipuan cukai). Kini ekonomi gelap di Msia menurut kajian Bank Dunia berjumlah 30% drpd KDNK, Keluaran Dlm Negara Kasar / GDP Gross Domestic Product. Dan dgn GST "the shadow economy" ŵini boleh dikurang kpd 10-15%. Pembangkang yg tak sokong GST adakah mereka sedar ini bermaksud ingin lindungi penipuan cukai??
4) Membantu sektor eksport negara kerana semasa SST cukai dikenakan kpd eksport. GST tidak dikenakan terhadap eksport maka jadikan eksport lebih murah & berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembangkang tidak setuju kpd langkah yg baik ini?
5) Membantu sektor pelancongan kerana pelancong boleh claim GST di airport terhadap barang yg dibawa pulang. Namun khidmat & belanja dlm negara tetap pelancong bayar GST.
6) Mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh claim cukai input 6%. Rantaian kilang, pemborong & peruncit boleh claim balik yg akan turunkan kos niaga. Pengguna tidak claim balik sbb jika claim maka tiadalah sebarang cukai akan dikutip. Tapi pengilang, pemborong & peruncit adalah rakyat yg juga pengguna.
7) Menjadikan harga barang lebih patut bila kos niaga berkurang. Semasa SST, cukai dianggap sbg kos maka ianya dipindah kpd pengguna utk membayarnya. GST bukan suatu kos kpd peniaga. Pembangkang tidak suka harga barang jadi lebih patut?
8) Menambah hasil negara utk manfaat rakyat sbb cukai diguna utk pendidikan, kemahiran, kesihatan, keselamatan, kebajikan, ratusan touchpoints Bajet tahunan & pembangunan negara secara keseluruhan. Cukai adalah dari rakyat, dikutip & di bajet dgn adil oleh Kementerian Kewangan, diproses / lulus di Dewan Rakyat / Dewan Negara dan dikembalikan semula kpd rakyat.
9) GST sistem cukai yg lebih baik drpd cukai jualan & perkhidmatan SST kerana berlaku cukai atas cukai & pindahan nilai dlm SST. 5% SST jadi 8% dan 10% jadi 15%. Ini jadikan harga barang naik. Kesan 8 & 15% itu kini turun kpd hanya 6% GST. Pembangkang tidak suka cukai diturunkan?
10) Membantu Msia jadi negara maju thn 2020 nanti kerana GST menepati standard antarabangsa. Sbb itulah maka majoriti negara di dunia ini sudah laksanakannya. 9 drpd 10 penduduk di dunia berada dlm negara yg laksanakan GST/VAT.
Namun jika GST baik mengapa harga barang naik? Hakikatnya tidak semua peniaga naikkan harga. Peniaga2 yg sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik Kerajaan BN. Mereka suka "sabotaj" ekonomi negara ini, dgn naikkan harga barang agar rakyat marah kpd BN.
Peniaga yg beretika spt puluhan cawangan Mydin, 165 Kedai Rakyat 1Msia, lebih 300 cawangan Pasar Tani, 21 cawangan Jakel, lebih 600 cawangan KFC, Domino Pizza, sbhg besar pasar2 raya besar seluruh negara, hampir semua pengeluar kereta spt Proton dll menjual barang dgn sama harga atau lebih rendah dibanding sebelum GST. Ya GST yg sebenar boleh menurunkan harga barang. Jika barang turun maka pembangkang akan susah hati. Oleh itu adalah menjadi kegembiraan pembangkang jika GST dapat dimanipulasi dgn menaikkan harga barangan.
Penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh KPDNKK & Kastam. Rakyat sedang menanti ada peniaga yg akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dll Akta yg berkaitan dgn perlindungan rakyat & pengguna. Mahkamah baru itu kini ada di setiap buah negeri utk percepatkan perbicaraan.
Denda & penjarakan mereka yg mengambil kesempatan dgn naikkan harga spt kpd barang2 yg sebelum ini ada 10% SST maka patut turun harga kerana tolak SST 10% baru dicampur GST 6% jadi barang turun sekitar 4%. Peniaga mesti ikut SOP GST yg sebenar. Pengguna pula gunakan kuasa 3M, memilih, melapor & memboikot peniaga yg degil.
Sifar GST utk makanan asas yg dibeli dlm peratusan yg tinggi drpd belanja rakyat yg berpendapatan rendah, 4200 ubat2an, buku2, air paip, gas masak, susu bayi. Juga sifar GST utk beras, tepong, gula, garam, rempah, sayur, ulam, buah2an, semua makanan laut basah & kering, daging lembu, kambing, ayam, itik, telur dll.
Kedai kecil, warung2, pasar2 kecil yg pendapatan mereka kurang rm500 ribu setahun tiada GST. Perkhidmatan asas spt pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah & urusan Kjaan juga dikecualikan GST. Model GST sifar yg banyak begini hanya ada di Msia. Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas 3 negara lain yg kadarnya 5%.
Kerana GST maka cukai SST turun 10% kpd 6%, cukai pendapatan individu turun 1-3%, cukai koperasi diturunkan 1-2%, cukai syarikat turun 25% kpd 24% dan cukai PKS/SME turun 20% kpd 19%. Kerana GST maka BR1M dinaikkan kpd rm950. Rakyat tentu inginkan akan ada lagi program2 kebajikan lain yg akan diumumkan dari semasa ke semasa.
GST adalah perubahan sistem cukai yg terbesar dlm sejarah Msia. Perdana Menteri sebut fakta ini dlm perjumpaan dgn Kastam pada 30/3/2015. GST akan stabil dlm masa 6 bulan drpd tarikh 1/4/15, menurut Kastam. Saya harap GST boleh stabil dlm masa 3-4 bulan, mudah-mudahan.
Ada orang minta saya berhenti bercakap ttg GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dlm putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yg GST lebih baik drpd SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan.
Atau dapatkan maklumat GST yg ada di hujung jari kita drpd telefon pintar dll di alamat:
www.gst.customs.gov.my
www.gstmalaysiainfo.com
www.gstpedia.my
www.treasury.gov.my
www.kpdnkk.gov.my
Tkasih. ABM @ DAM @ Tok Mat 21/4/2015

Program mobile CTC (community transformation centre)

26 April 8am Permatang Pauh