Friday, August 28, 2015

Wednesday, August 26, 2015

JIKA ANDA BERSIH, MENGAPA TIDAK MENGIKUT PERATURAN?


Ya mengapa? Ramai sedang bertanya. Sila jawab. Mengapa anda tidak ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2011? Akta yang telah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen yang wakil-wakil anda ada di situ.

Sangat terang dalam Akta itu bahawa protes dan demonstrasi jalanan adalah dilarang. Kaedah-kaedah permohonan perhimpunan aman juga dinyatakan dan anda boleh berhimpun walau di dalam stadium setelah diluluskan oleh Polis.

Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang ingin mencari rezeki? Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan Rakyat Malaysia dalam Bulan Kemerdekaan? Mengapa anda ingin membimbangkan pelancong yang sekarang sudah datang dan yang ingin datang melihat keindahan Malaysia dan kota raya?

Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif kepada iklim pelaburan negara?
Bukan senang dan bukan sedikit pelbagai urusan yang diusahakan oleh MITI dan MIDA khasnya dalam menarik pelaburan bagi faedah negara.

Mengapa anda ingin
menyusahkan semua rakyat yang ingin menikmati keamanan? Mengapa anda ingin menyusahkan pemandu teksi, pemandu bas dan orang ramai yang ingin menguruskan keluarga? Mengapa anda ingin memberikan imej yang tidak baik di mata dunia seperti yang telah berlaku dalam siri keganasan demonstrasi jalanan sebelum ini?

Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja berkumpul dalam stadium untuk Bersih 4.0 itu? Adakah kerana jika dalam stadium itu maka nanti tiada aksi kawalan Polis dan tindakan pencegahan yang boleh di"viral"kan dan disensasikan oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke seluruh dunia?

Atau anda memang menggunakan SOP asing ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak sah melalui demonstrasi jalanan? Anda sudah pernah menang di beberapa negeri dalam pilihanraya umum dan menang beberapa pilihanraya kecil. Jika kaedah pilihanraya di Malaysia ini tidak betul, anda tidak akan dapat 88 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen.

Setiap aksi akan berlaku reaksi. Hasrat pelanggaran peraturan anda  telah mengundang gerakan anti Bersih. Mereka kata jika anda batalkan protes jalanan, maka NGO-NGO yg berbaju merah itu juga akan membatalkan hasrat mereka. Ramai berharap agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan yg perlu. Ingatlah pesanan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubat.

Hairan...Mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ianya dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin bertanya, jika Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?

Ahmad b Maslan 26 Ogos 2015

Monday, August 24, 2015

Kami kata ABC tapi mereka "spin" jadi XYZ


Beberapa pemimpin UMNO telah membuat penafian dlm media sosial tentang kenyataan mereka telah diubah suai, ditokok tambah, direka-reka, difitnah dan di"spin".

Malangnya kenyataan berkaitan telah di"viral"kan oleh pelbagai pihak terutama oleh kumpulan mereka. Ramai mereka ini sudah terlupa agaknya tentang maksud surah Al Baqarah ayat 127 bahawa memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Antara sumber pihak yang suka "spin" kenyataan pimpinan UMNO itu samada daripada ucapan yang sebenarnya membawa maksud lain, tajuk media cetak yang sensasi atau ketika ditemuramah yang secara tanpa disedari oleh pimpinan itu bertujuan untuk di"spin" semula apa yang dikatakan.

Tujuan mereka "spin" kenyataan, membuat poster fitnah, mengadakan yg tiada dan meniadakan yg ada itu adalah untuk menimbulkan kebencian, membunuh karektor untuk menghilangkan wibawa dan kepercayaan kepada pemimpin dan parti UMNO.

Sebagai contoh saya pernah sebut bahawa ikan segar tidak kena GST, ikan sardin ada GST dan lebih elok makan ikan segar. Mereka "spin" yg konon saya kata jadikan ikan segar kepada ikan sardin untuk elak GST. Kan lain apa yang saya sebut dan apa yang disebar.

Selama dua jam 45 minit pernah saya menerangkan GST mengguna kaedah multimedia di UiTM Shah Alam dan menjawab puluhan soalan. Namun yang di"spin" ialah saya minta pelajar masak sendiri untuk elak GST. Anak sulung saya pernah belajar di UiTM Shah Alam dan tentu saya tahu pelajar tidak boleh masak dalam hostel. Untuk yang duduk di luar, sesekali masak sendiri apa salahnya.

Ada ratusan barang yang dulu SST 10% diambil Kastam di kilang-kilang. Kini turun cukainya kepada GST 6%. Kereta turun harga pada 1/4/15 kerana dulu SST 10% kini GST 6%. Senarai barang SST 10% sudah lama dulu saya sebarkan dalam twitter @ahmadmaslan.

Sepatutnya barang yang SST 10% seperti pakaian luar dan dalam, perabut rumah dan pejabat, barangan elektrik, tekstil, alat-alat pencuci, kayu, tiles, zink, cat, tayar, tikar, permaidani, pinggan mangkuk, pelbagai "soft drink", pampers, tuala wanita, beg, kasut, telefon tangan / "smart phones" dan beratus barang lagi mesti turun harga bila GST dilaksanakan.

Bila barang-barang itu tidak turun harga malahan sengaja dinaikkan oleh peniaga yang tidak beretika dan yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kemarahan rakyat, maka saya dijadikan mangsa oleh tukang "spin" di luar sana. Saya kata ABC mereka lapor XYZ. Boleh katakan semua sebaran seperti poster tentang saya yang rekaan mereka itu adalah fitnah dan berniat jahat.

Bila minyak naik sepuluh sen maka mereka "spin" konon saya sebut KFC masih penuh, mana rakyat ada terbeban. Terbukti saya tidak pernah sebut kenyataan itu. Mereka sanggup membuat akaun FB palsu seolah-olah saya yang menyebutnya.

Harapan kita ialah jangan mudah percaya kpd poster, tulisan, gambar, kenyataan yang berbunyi pelik, sensasi dan meragukan yang kononnya datang daripada pimpinan UMNO. Semak dulu, bertanya dan jangan mudah percaya serta jangan mudah menyebarkan segala-gala yang diperolehi melalui media sosial.

Kepada mereka yang sengaja "spin" ABC jadi XYZ itu, ingatlah bahawa saudara saudari tidak akan berjaya dlm usaha-usaha jahat kerana kebenaran akhirnya akan mengatasi kebatilan, kejujuran akan mengatasi kejahatan dan kesabaran akan mengatasi kedurjanaan.

Ahmad b Maslan 24/8/2015

Wednesday, August 19, 2015

Lawatan kerja ke Halal Industry Development Corporation

19 Ogos 11am 1st Avenue Bandar Utama

Benarkah saya di "boo" oleh Perwakilan UMNO Pontian?


Lama juga saya berada dalam gelanggang politik dengan keahlian biasa dan pelbagai jawatan hingga kini, sudah sekitar 30 tahun. Namun peristiwa pada petang Ahad 16/8/15 di Dewan Jubli Intan Pontian adalah sesuatu yg ingin saya kongsikan.

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dijemput oleh Ketua UMNO Bhg Pontian, YB Dato Hasni utk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg Pontian. Ketika berucap, TSMY sebut tahniah kpd saya sebab dilantik jadi Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Beliau betulkan kpd Timbalan Menteri.

Pada ketika itu terdengar sorakan hadirin dan ada orang yg "boo" saya. Maklum balas yg saya terima bahawa "boo" itu dimulakan oleh 2 orang hadirin dari luar Pontian yg bukan perwakilan.

Apakah perasaan saya? Di atas pentas itu kelihatan saya tidak menunjukkan reaksi apa-apa walau saya penuh sedar terhadap apa yg berlaku. Sebelum itu ketika pengacara menyebut nama2 dlm senarai protokol, tiada yg "boo" bila nama saya disebut & bunyi tepukan utk saya hampir sama sahaja dgn tepukan bila nama-nama tetamu lain disebut.

Orang Pontian tahu saya balik kawasan hampir setiap minggu sejak mula menjadi Ahli Parlimen tahun 2008 dengan pelbagai program. Saya anak tempatan dari Benut, Pontian. Mereka kenali saya sebagai Tok Mat yg sentiasa berusaha utk mengubah Pontian kpd kawasan yg lebih baik dlm pelbagai perkara.

Peristiwa itu sedikit pun tidak melunturkan semangat saya. Begitu juga cacian dan rekaan dlm media sosial dgn pelbagai "spin" terhadap kenyataan saya yg hampir semuanya fitnah (terutama tentang GST) juga tidak akan melunturkan semangat juang saya.

Habis majlis perasmian itu, saya duduk makan semeja dengan TSMY dan kemudian menghantar beliau ke kereta. Saya menunggu mesyuarat hingga habis termasuk memberikan ucapan penggulungan.

Laporan pihak mereka yg mengatakan konon saya di "boo" banyak kali adalah tidak benar dan konon saya meninggalkan majlis lebih awal juga tidak betul. Itulah antara kerja mereka, mengadakan yg tiada dan meniadakan yg ada.

Perlu juga dikongsi di sini bahawa lepas perasmian itu ada pengundian utk 7 perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO (G7). Setiausaha Sulit & Pegawai Khas saya yg turut bertanding menang dengan mendapat undi ke 2 dan ke 3 tertinggi daripada 15 calon yg bertanding. Jika perwakilan Pontian tidak suka saya, logiknya 2 orang pembantu saya itu juga telah ditolak oleh perwakilan.

Saya menerima episod "boo" itu sebagai satu hikmah dan cabaran dlm perjuangan. Ianya suatu pembelajaran politik yg penting dalam kerjaya & khidmat saya utk agama, bangsa & tanahair. Bak kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Pada saya setia dan sepakat dalam perjuangan adalah penting. Seorang sahaja nakhoda dalam perjuangan juga penting. Nakhoda itu perlu dibantu dalam susah dan senang untuk mengemudi kapal meredah gelora lautan agar selamat sampai ke pelabuhan.

Padi ditumbuk lesung di hulu,
Sirih di hilir untuk junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Seorang wira pergi memburu,
Senjata sakti jadi bekalan,
Ku redah negara serata penjuru
Tetap berbakti pada Pontian.

Cahaya kilauan indah terpancar,
Nampak terang serata maya,
Desir cercaan dijadi iktibar,
Ku galas juang hingga berjaya.

Hening buana di malam sepi,
Sinar cahaya ke pohon ara,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada agama bangsa negara.

Ahmad b Maslan 19/8/15

Tuesday, August 18, 2015

"Jika esok diadakan PRU, maka BN akan kalah ?"


Maka saya kata, esok tidak perlu lagi diadakan PRU, masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan utk PRU itu.

Saya juga mengakui hakikat bahawa UMNO & BN sedang berhadapan dgn keadaan yg agak mencabar waktu ini. Namun, kita masih ada masa utk memperbaiki keadaan.

Dlm peperangan politik kita perlu memberikan harapan yg positif. Jika kita yg menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yg negatif, contohnya dlm perang ini kita akan kalah, maka segala askar & pejuang tidak akan ada semangat utk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek utk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,

Saya dijemput utk rasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri Teluk Intan, pada Ahad 2/8/15. Keputusan  PRU12, Teluk Intan kalah 3-0. 2 DUN & 1 Parlimen semua kalah. Pada PRU13, BN melalui calon Dato Azhar menang 1 DUN.

Pada PRK pula, yg saya sempat pergi banyak kali, (Dato Mah lawan Diana) parlimen yg telah kalah kpd DAP 7313 undi itu, telah kita menangi dgn majoriti 238 undi. Ya tetap BN berjaya juga kerana dlm PRU/PRK walau lebih 1 undi majoriti, tetap dikira menang. Kini Teluk Intan 2-1, iaitu BN 2, DAP 1. Drpd kalah 3-0 berubah kpd menang 2-1. Alhamdulillah.

Pada 30/7/15 pula saya dijemput merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bhg Pendang. Keputusan PRU13, Dato Wira Osman Abdul calon BN dgn dibantu seluruh jentera UMNO & BN bersama Ketua Bhg Dato Rozai, telah berjaya menawan Parlimen Pendang yg kalah sebelum itu dgn menewaskan Mat Sabu yg pada ketika PRU13 itu adalah Timbalan Presiden PAS Msia. Pada PRU12 di Pendang BN kalah 2-1 lawan PAS tapi pada PRU13 BN pula yg menang 2-1, menang kerusi parlimen & DUN Sg Tiang. Alhamdulillah.

Pada 15/8/15 pula saya dijemput utk merasmikan Mesy Perwakilan Pemuda UMNO Bhg Titiwangsa oleh Sdra Nazir, Ketua Pemuda Bhg yg juga Exco Pemuda Msia. MP Titiwangsa ialah Dato Johari yg merupakan Timb Menteri Kewangan, jawatan yg saya pegang sebelum ke MITI. Perlu diingat bahawa Titiwangsa BN tewas pada PRU12 tapi dapat ditawan pada PRU13. Alhamdulillah.

Senario Teluk Intan, Pendang & Titiwangsa adalah setakat 3 contoh yg boleh berlaku di tempat2 lain. Cerita kejayaan beginilah yg patut dihebahkan ketika memberi ucapan2 & bukan terus-terusan memberi gambaran sebaliknya. Banyak sudah program2 yg baik utk rakyat telah & sedang kita laksanakan. Takkanlah segalanya telah terpadam dgn hanya dua isu iaitu 1MDB dan dana politik, isu yg boleh diselesaikan.

Kita perlu terus ada 4S, Setia, Sepakat, Strategi & Sungguh-sungguh dlm perjuangan. Kita perlu terus mendahulukan rakyat & mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan utk menang?

Utk persiapan PRU yg bermula esok, kita boleh guna formula SMPPSS, berdoa & berusaha "Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh & Senja". Kita juga boleh beri khidmat dgn formula KBSMM iaitu ziarah & bantu ketika "kenduri, bersalin, sakit, malapetaka & mati". Dan kita boleh guna apa juga formula utk memenangi jiwa & minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat & jangan malas utk bertemu dgn rakyat. Namun, tidak akan ada perkara yg positif boleh dicapai dgn berfikiran yg negatif.

"Jika nanti diadakan PRU, BN akan menang, Insya'Allah"

Ahmad b Maslan 17/8/15.