Tuesday, August 18, 2015

"Jika esok diadakan PRU, maka BN akan kalah ?"


Maka saya kata, esok tidak perlu lagi diadakan PRU, masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan utk PRU itu.

Saya juga mengakui hakikat bahawa UMNO & BN sedang berhadapan dgn keadaan yg agak mencabar waktu ini. Namun, kita masih ada masa utk memperbaiki keadaan.

Dlm peperangan politik kita perlu memberikan harapan yg positif. Jika kita yg menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yg negatif, contohnya dlm perang ini kita akan kalah, maka segala askar & pejuang tidak akan ada semangat utk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek utk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,

Saya dijemput utk rasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri Teluk Intan, pada Ahad 2/8/15. Keputusan  PRU12, Teluk Intan kalah 3-0. 2 DUN & 1 Parlimen semua kalah. Pada PRU13, BN melalui calon Dato Azhar menang 1 DUN.

Pada PRK pula, yg saya sempat pergi banyak kali, (Dato Mah lawan Diana) parlimen yg telah kalah kpd DAP 7313 undi itu, telah kita menangi dgn majoriti 238 undi. Ya tetap BN berjaya juga kerana dlm PRU/PRK walau lebih 1 undi majoriti, tetap dikira menang. Kini Teluk Intan 2-1, iaitu BN 2, DAP 1. Drpd kalah 3-0 berubah kpd menang 2-1. Alhamdulillah.

Pada 30/7/15 pula saya dijemput merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bhg Pendang. Keputusan PRU13, Dato Wira Osman Abdul calon BN dgn dibantu seluruh jentera UMNO & BN bersama Ketua Bhg Dato Rozai, telah berjaya menawan Parlimen Pendang yg kalah sebelum itu dgn menewaskan Mat Sabu yg pada ketika PRU13 itu adalah Timbalan Presiden PAS Msia. Pada PRU12 di Pendang BN kalah 2-1 lawan PAS tapi pada PRU13 BN pula yg menang 2-1, menang kerusi parlimen & DUN Sg Tiang. Alhamdulillah.

Pada 15/8/15 pula saya dijemput utk merasmikan Mesy Perwakilan Pemuda UMNO Bhg Titiwangsa oleh Sdra Nazir, Ketua Pemuda Bhg yg juga Exco Pemuda Msia. MP Titiwangsa ialah Dato Johari yg merupakan Timb Menteri Kewangan, jawatan yg saya pegang sebelum ke MITI. Perlu diingat bahawa Titiwangsa BN tewas pada PRU12 tapi dapat ditawan pada PRU13. Alhamdulillah.

Senario Teluk Intan, Pendang & Titiwangsa adalah setakat 3 contoh yg boleh berlaku di tempat2 lain. Cerita kejayaan beginilah yg patut dihebahkan ketika memberi ucapan2 & bukan terus-terusan memberi gambaran sebaliknya. Banyak sudah program2 yg baik utk rakyat telah & sedang kita laksanakan. Takkanlah segalanya telah terpadam dgn hanya dua isu iaitu 1MDB dan dana politik, isu yg boleh diselesaikan.

Kita perlu terus ada 4S, Setia, Sepakat, Strategi & Sungguh-sungguh dlm perjuangan. Kita perlu terus mendahulukan rakyat & mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan utk menang?

Utk persiapan PRU yg bermula esok, kita boleh guna formula SMPPSS, berdoa & berusaha "Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh & Senja". Kita juga boleh beri khidmat dgn formula KBSMM iaitu ziarah & bantu ketika "kenduri, bersalin, sakit, malapetaka & mati". Dan kita boleh guna apa juga formula utk memenangi jiwa & minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat & jangan malas utk bertemu dgn rakyat. Namun, tidak akan ada perkara yg positif boleh dicapai dgn berfikiran yg negatif.

"Jika nanti diadakan PRU, BN akan menang, Insya'Allah"

Ahmad b Maslan 17/8/15.

3 comments:

  1. Dato...sejujurnya saya pengundi untuk parlimen putrajaya dan dengan bantuan satu pangkah saya akhirnya kita berjaya kalahkan husam disana..tengku adnan menang..bertapa sayang saya kat BN dan UMNO..dato mungkin duduk diatas takkan rasai jiwa dan denyut nadi rakyat..org yg tegar mcm saya ni ni pun terfikir apa mmg BN dan UMNO akan kalah..buatla mcmna..taburla duit..kali ni percayalah takkan menang..sebab kita boleh nafikan dan tukarkan semua cerita tapi kebenaran tidak boleh disangkal..bukan pasal terpengaruh dgn dakyah pembangkang atau media dajjal tapi apa yg mereka ckp tu setelah dikaji mmg benar.sebagai contoh kecil duit 2.6billion,dato beriya-iya kata takde duit masuk hinggalah sprm dedahkan ada duit masuk semua spin cerita..yg spin ni penjilat saya gelarkan..ingat ada lagi 3 akuan yg sedang disiasat..malas nk cerita panjang lebar dato...belum lagi saya cerita bagaimana cara nak ganggu siasatan tu..ceritanya najib,penjilat dato spinla mcmana kami yg menonton mmg nampak kebenaran...yela pemimpin sibuk makan kekayaan negara rakyat pula tertekan dek ekonomi.nilai 50ringgit pun skrg dh mcm sampah dato oi..buruk mana dato pun,dato yg mampu mengubah segalanya..bercakapla dgn kebenaran,berpihakla pada rakyat..dato akan kembali dihormati..sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Pemimpin, anda x takut ke dgn beban yg anda akn tanggung di akhirat kelak? Besar tanggung jawab anda kpd rakyat. Anda akn dipersoalkan oleh Allah seadilnya. Jadi jika anda mengharapkan dunia,maka ambillah sepuasnya. Kelak anda akn mengetahui akibatnya. Kiralah berapa jumlah rakyat yg anda akn tanggung bebannya nanti. Bertaubatlah.

    ReplyDelete